Ahad, 29 Mac 2009

Detik PerJUANGan

salam,

          Syukur alhamdulillah kini persidangan telah pun selesai, segala percaturan sepanjang persidangan nampaknya telah pun tersurat baru-baru ini, tidak kiralah yang menang mahupun yang kalah, yang gembira dan tidak kurang pula yang berduka, kembalilah rapatkan barisan dan berjuanglah demi agenda yang belum selesai, janganlah terlalu terbawa-bawa sangat akan segala macam keruh yang pernah membuak ketika persidangan yang lalu, bimbang saya kalau-kalau nanti rakyat pula yang bakal terpalit akan permasalahannya. Dengan hati yang tabah dan jiwa yang tenang mulakan langkah baru kerana cabaran tanpa segan silu senantiasa mengetuk pintu tidak kira lah tatkala kita lelap mahupun jaga, silap sekali maka rakyat akan merana lagi!

          Sekalung tahniah diucapkan ke atas presiden UMNO yang baru, dan diharapkan 'kenaikan pangkat' ini bakal memberikan semua ahli dan pemimpin yang terlibat diterangi semangat yang baru dan menyamankan. Persiapan bagi tiga pilihanraya nampaknya masih boleh diperbaiki namun yang lebih perlu di ambil perhatian adalah perjuangan yang semakin hari semakin membara dan perlu terus mendapat input dari kepimpinan yang tertinggi jika tidak mahu ia pudar segera. Mekanisma baru perlulah di canangkan tanpa perlu tergesa-gesa melenyapkan yang lama, andai mana yang kurang tambahkan sahaja janganlah pula tiba-tiba nak berubah terus, bimbang kalau-kalu nanti gelombang penolakan berombak lagi.

         Jika benar perubahan yang dilakukan nanti cukup ketara, maka jangan lah mudah tunduk, kerana yang penting itu ia membawa kebaikan samada dalam tempoh jangka masa panjang mahupun sederhana apatah lagi jika pendek sahaja, dengarlah pendapat dengan berhati-hati tapi jangan terus percaya kerana menjadi hamba kepada rakyat tentu sekali tidak sesempurna mana pemerintahan itu nanti, malah jangan lah pula kerana kejarkan demokrasi, agama tidak dibawa bersama, ikutlah ajaran agama tanpa terpedaya pada petualang-petualang yang hanya gah pada luarnya tapi rosak punah di dalam hati. Ingatlah wahai pemimpin adalah kewajiban bagi rakyat untuk mentaati mu maka apabila terdapat sebahagian yang mengkhianati, ketahuilah yang mereka bukan lah pengikutmu apatah lagi pengikut rasul dan tuhanmu, layanlah mereka sewajarnya tanpa sampai mereka berada di atas kepala setiap masa.

          Ingat lah pemimpin yang baik bukan hanya mereka yang pandai mendengar sahaja tetapi lebih dari itu dapat melaksanakan satu tindakan yang tidak semestinya terjangkau pemikiran oleh mereka yang biasa akan manfaat yang mungkin dikecapi semua di kemudian hari. Pertahan kan lah agama Islam, perjuangkan lah negara Malaysia dan jangan disisihkan anak-anak bangsa, kerana sesungguhnya perjuangan ini masih jauh lagi dan memerlukan kebijaksanaan para pemimpin dalam merealisasikan matlamatnya. Tolak lah rasuah dan salah guna kuasa serta binalah pentadbiran yang kuat dan mantap dalam menghadapi musuh-musuh mu samada yang nyata mahupun yang kabur kelibatnya. Jangan mudah mengalah akan kata fitnah dan janganlah melakukan kesilapan yang mampu memusnahkan bumi dan negara yang tercinta ini,

Andai ku capai si pelangi,
akan ku perjuangkan agar dapat diserah kepadamu,
Tapi janganlah kau rebah tak bangun kembali,
alamat punahlah negara bangsaku.

          Jagalah amanat bumi tercinta ini dengan penuh kesetiaan dan keinsafan sementara bangkitnya anak-anak bangsamu dari tidur yang lena dan mimpi yang indah. Inilah sumpah setia pemuda bangsa, kami akan menjadi cukup dewasa dan akan bersama-sama dalam mempertahan kan negara ini. Walau ranjau penuh berduri, andai kegelapan menyelubungi hari, perjuangan kami disamping kamu wahai pemimpin akan terus kami rencanakan selagi kamu melakukan perkara yang betul demi negara ini. Belajarlah dari bumi yang terbentang luas, tidak ada rintangan kerana yang ada hanyalah peluang, oleh itu gunalah dengan sebaiknya selagi mampu.

Kebangkitan kini mula dirasai, bertahan lah walau hanya seketika ini sebelum pertempuran bermula lagi..

BERANI BERUBAH,

Demi Agama, Bangsa dan Negara

Sabtu, 28 Mac 2009

Keputusan Penuh Pemuda

PENGERUSI TETAP : Datuk Abdul Fattah Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP : Muhammad Yadzan 

Mohammad

KETUA : Khairy Jamaluddin Abu Bakar

NAIB KETUA : Datuk Razali Ibrahim

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

1. Mohamed Suffian Awang
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan
4. Mohd. Gasing Saling
5. Mohd Afandi Yusoff 
6. Jamawi Jaafar
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
9. Ahmad Darus
10. Ahmad Zaki Zahid
11. Ali Mazat Salleh
12. Megat Zulkarnain
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin
15. Lokman Noor Adam
16. Syahrin Md Jamaluddin
17. Tun Faisal Ismail Aziz
18. Muhammad Khairun Aseh
19. Mohd Hisamudin Yahaya
20. Mohamad Iruan Zulkefli


Jumaat, 27 Mac 2009

Keputusan Penuh MT

PENGERUSI TETAP: Datuk Badruddin Amiruldin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP: Datuk Mohamad Aziz

PRESIDEN: Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PRESIDEN: Tan Sri Muhyiddin Yassin

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

AHLI MAJLIS TERTINGGI:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed

2. Datuk Noh Omar

3. Datuk Seri Musa Aman

4. Datuk Azian Osman

5. Datuk Zainal Abidin Osman

6. Datuk Mohd. Zin Mohamed

7. Datuk Ismail Sabri Yaakob

8. Datuk Lajim Ukin

9. Datuk Shaziman Abu Mansor

10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi

11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman

12. Datuk Idris Haron

13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad

14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis

15. Datuk Saifuddin Abdullah

16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad

17. Datuk Seri Mahdzir Khalid

18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

19. Datuk Hamzah Zainuddin 

20. Datuk Bung Moktar Radin

21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin 

22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique 

23. Datuk Ahmad Shabery Cheek

24. Datuk Seri Idris Jusoh

25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim



Selasa, 24 Mac 2009

PerTEMPURan sebelum perSIDANGan

assalamualaikum,

          Di kala kehangatan hampir tibanya Perhimpunan Agung Umno malam nanti, tiba-tiba saya pula yang terpaksa bersusah-payah hari ini, mana kan tidak pelajar-pelajar pro-anwar fakulti asasi undang-undang di kem universiti saya nampaknya berterusan mengungkitkan hal berkenaan hal di Perak, dan ditambah pula dengan hukum hudud bawaan PAS. Dengan jangkaan sekurang-kurangnya terdapat lebih dari 3 orang pelajar pro-pembangkang berterusan menyerang kerajaan akhirnya saya terpaksa membuka mulut dalam berkongsi pemahaman saya terhadap isu tersebut..Lebih menyedihkan hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak kerajaan(walaupun saya tak lah fanatik politik sangat macam pelajar-pelajar ini) dan bertungkus lumus memerah otak dalam mencari idea.

          Alhamdulillah perkara-perkara yang dibangkitkan sebahagian besar nya memang dalam bidang yang saya amat berilmu, tambahan pula persoalan-persoalan dan pernyataan yang dikemukakan sebahagiannya amatlah mudah untuk di jawab serta tidak benar sama sekali. Mahu dijadikan cerita salah seorang pelajar pro-pembangkang ni memang agak popular tetapi memang petah dalam membawa cerita, tanpa saya sedari tiba-tiba perbincangan telah pun mencakupi berkenaan isu hudud(handal jugak dia nie, tadi kan cerita pasal Perak!), lebih merumitkan seorang rakan yang juga(sepatutnya lar) pro kerajaan tiba-tiba berubah angin kepada pro-pembangkang dan turut menyerang saya, tetapi mengenangkan persahabatan kami maka saya membuat keputusan untuk tidak berbicara panjang berkenaan serangan-serangan nya.

          Berbalik kepada hal berkenaan hudud sebentar tadi, bersyukur saya kerana hal yang di bangkitkan meliputi surah al maidah dan perlaksanaan hukum hudud di kelantan dapat saya jelaskan berlandas pada pembacaan terus saya pada tafsir ayat surah berkenaan dan artikel tertentu yang berkaitan. Tapi perkara tersebut tidak berakhir di sini selepas dia membangkitkan pula yang UMNO tolak hudud islam meskipun telah saya perjelaskan undang-undang yang diikuti manusia tidak semesti nya perlu di jumudkan pada Hudud sahaja sedangkan apa-apa undang-undang yang tidak bertentangan al-quran juga tidak bertentangan islam, pun begitu beliau mahu saya menjawab bagi pihak UMNO(pelik betul budak nie) sedangkan saya bukan lah orang dalam UMNO pun.

          Saya telah cuba berkali-kali untuk jelaskan undang-undang islam tidak ditolak kerajaan cuma yang perlu dikaji hanyalah perlaksanaanya sahaja, tapi tiba-tiba dia membangkitkan yang saya pula yang menolak Hudud(tadi punyalah cerita pasal ayat al maidah, x faham lagi kew???), seingat saya tak pernah pula saya cakap macam tu. Pun begitu kami berdua bersetuju yang kami bukanlah 'orang agama' lantas tidak sesuai lah jika kami terus berpanjang lebar berkenaan hal ini, kami mencapai persetujuan yang perkara ini perlulah mendapat nasihat dari yang lebih memahami. Rasanya dari separuh masa pelajaran sehinggalah hampir setengah jam kuliah berakhir kami telah perdebatkan berkenaan hal ini..Penat juga rasanya setelah sekian masa tidak melibatkan diri dalam perdebatan politik seperti ni. Dahulu ketika masih di bangku sekolah perbahasannya lebih ringan dan tidak begitu emosi, malahan masing-masing juga tidak begitu fanatik(tp sekarang dah lain).

          Pun begitu bagi saya debat politik sebegini sebenarnya tidak membawa banyak kebaikan kerana hakikatnya fokus utama kami semua sebenarnya adalah pelajaran. Tiada makna jika berterusan bersikap fanatisme terhadap politik, kalau ya pun eloklah waktu PRU bukan waktu-waktu sebegini. Sesungguhnya islam menganjurkan kesederhanaan dalam hidup jadi moleklah jika saya berusaha untuk memperbetulkan diri dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan, cuma keadaan nya tadi memang ada keperluan untuk tampil ke hadapan maka adalah harapan saya agar saya tidak membawa sebarang keburukan kepada sesiapa pun. Hari yang sangat panjang rasanya setelah perdebatan yang agak hangat.

Mudah-mudahan pertempuran ini bakal membuka lembaran baru berkenaan pemahaman politik di antara kami berdua..

Inyaallah saya akan berusaha untuk memastikan agar sebarang perbahasan sebegini di masa hadapan tidak akan merugikan umat islam mahupun bangsa itu sendiri.

Akhir kalam, salam perjuangan dan nantikanlah PAU kali ini..

Khamis, 19 Mac 2009

Pertemuan BerHARGA...

assalamualaikum,

          Hari ini saya telah melalui saat-saat yang cukup beerti, ketika melayari blog petang tadi kebetulan saya ternampak post baru oleh saudara Panglima Perang. Katanya mungkin akan ada debat lagi nanti..sambil saya menyelusuri blog beliau kemudian saya membuat keputusan untuk menyertai chatroll sejurus selepas seorang peserta yang bernama Chelsy juga memasukinya. Pada mulanya perbualan kami hanyalah agak ringan sebelum seorang lagi peserta yang bernama Sejati menyertainya. Saudara sejati bertanyakan berkenaan parti yang kami berdua sokong maka saya pun nyatakan bahawa saya lebih berat terhadap UMNO, Chelsy pula agak selesa dengan kerajaan yang ada sekarang..

          Saudara Sejati nampaknya bukanlah seorang penyokong kerajaan tetapi kami bertiga dapat berkomunikasi dengan baik meskipun saya dan saudara Sejati tidak sehaluan parti. Beberapa perkara dibincangkan dan saudara Sejati juga ada mengeluarkan beberapa nama bloggers yang kurang di gemarinya, alhamdulillah kami dapat berbicara dengan suasana yang cukup diplomatik dan juga banyak bertanya berkenaan diri masing-masing. Ketika hampir penghujung bicara barulah saya tahu bahawa sebenarnya kami bertiga bukanlah duduk di negara yang sama, Saudara sejati yang kini berumur 19 tahun kini menuntut di Melbourne, Australia manakala saudari Chelsy yang bijaksana dan berumur 21 tahun pula menetap di United Kingdom dan saya pula tentulah di Malaysia. Alangkah terkejut nya apabila diberitahu yang mereka juga berdarah kacukan seperti saya.

          Bapa saudari Chelsy merupakan seorang 'omputeh' yang mengahwini ibunya yang berasal dari Ipoh manakala saudara Sejati pula merupakan anak kacukan yang berdarah melayu, cina dan india. Tidak sangka di kesempatan sebegini tuhan telah merahmati kami bertiga dengan pertemuan yang cukup berharga, meskipun mempunyai pandangan berlainan terhadap politik namun kami dapat berkenalan diantara satu sama lain dengan baik. Saya berasa cukup bersyukur walaupun kami bertiga hanya di anugerahi masa pertemuan di alam maya yang cukup singkat tetapi cukup pilu rasanya ketika berpisahan sebentar tadi. Teringin sangat di benak hati saya ini untuk berjumpa dengan mereka suatu hari nanti, indah sungguh aturan tuhan yang Maha Esa. Sesungguhnya takdir ALLAH yang telah menemukan kami jauh dari tiga benua yang berlainan, diharapkan mereka berdua akan hidup berbahagia dan berjaya mencapai apa yang mereka impikan.

Ketentuan tuhan ini adalah amat bermakna, oleh itu saya amat berterima kasih terhadap ruangan chatroll panglima perang yang membenarkan ia terjadi..Hehe feeling la pulak

Salam pertemuan,

Selasa, 17 Mac 2009

Kerajaan perlu BERSIH

assalamualaikum,

          Pada hari ini beberapa perkara menjadi agak jelas bagi kita semua, beberapa calon dan ahli UMNO telah pun dikenakan tindakan kerana terlibat dengan salah laku politik bagi mendapatkan sokongan menjelangnya pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi, meskipun kesalahan semua yang terlibat ini tidak begitu'detail' dinyatakan akan tetapi rasanya sudah cukuplah apa yang diperjelaskan berkenaan hukuman mereka. Yang paling mengejutkan saya adalah keterlibatan saudara Khairy di dalam permainan ini, rasanya sayang sekali kerana pada saya dia merupakan seorang yang berkebolehan dan mampu mempertahankan parti jika di serang dari pelbagai sudut oleh anasir luar, oleh kerana saya masih agak muda dalam arena ini maka saya amat memerhatikan setiap dari calon-calon ketua pemuda dan dalam keadaan ini rasanya sudah tiada pilihan lain melainkan hanya berharap agar perwakilan memilih calon yang terbaik dan bersih.
          
          Malahan beberapa calon lain yang agak ternama juga telah terlibat sama, meskipun secara langsung mahupun tidak langsung terhadap perlakuan ini..Agak menyedihkan untuk kita semua kerana kerajaan yang di pimpin Barisan Nasional pada hari ini adalah bertulang belakangkan UMNO maka seharusnya ia menunjukkan contoh dan tauladan yang baik terhadap rakyat, tetapi kisah pada hari ini memang cukup mengaibkan dan memalukan sebahagian besar ahli parti dan penyokong UMNO lain yang berada di atas pagar. Andainya masih berterusan dikhuatiri ia akan terus menjadi duri dalam daging bagi parti UMNO dan sekaligus merosakkan imej Barisan Nasional. Perkara ini tentu sekali bakal menjauhkan orang ramai dan pemuda serta pemudi dari kerajaan pemerintah, nescaya kerana nila setitik akan rosaklah susu sebelanga. Maka tohmahan dan fitnahan terhadap kerajaan serta UMNO akan berterusan dan bermaharajalela sehingga mungkin menyebabkan tumbangnya BN suatu hari nanti.

          Masalah paling utama sekarang ini adalah menangani mentaliti sebahagian dari kalangan mereka-mereka yang memang aktif dengan kegiatan kotor ini, masihkah belum terlambat bagi UMNO membersihkan imejnya? Pada pandangan saya selagi UMNO masih lagi merupakan pemimpin bagi kerajaan Barisan Nasional maka segala-galanya masih belum terlambat, namun mampukah Barisan Nasional terus memerintah selepas ini? Bukan mudah mahu melaksanakan nya, apatah lagi masa yang masih berbaki untuk meyakinkan rakyat semakin suntuk pada setiap ketika. Adakah semua pihak cukup bersungguh-sungguh bagi memerangi gejala ini?Teringat saya dahulu ketika Pak Lah melaung-laungkan perkara ini ia hanya di buat bahan ketawa orang UMNO, itu ketika Pak Lah masih mempunyai imej yang cukup dihormati dan memimpin sebuah kerajaan yang amat kuat tetapi kini apabila keadaan sudah amat membimbangkan, mampukah PM yang baru meneruskan agenda pembersihan.

          Oleh itu saya menyeru ahli-ahli UMNO yang baru agar menolak sekeras-kerasnya perlakuan ini dan pada masa yang sama berusaha untuk mempromosi kebersihan dan matlamat parti sebagai agenda utama, marilah kita bersama-sama membawa parti keramat ini kearah sebuah perjuangan yang benar dan di redhai Allah, saya bukanlah seorang yang yakin akan teori sebuah kerajaan perlulah 'oleh rakyat,untuk rakyat dan kepada rakyat', kerana sejujurnya pada saya teori ini(yang dilaung-laungkan pada hari ini) bukan lah sebenar-benarnya sebagaimana yang di anjurkan islam, dan lebih tepat lagi teori ini bukanlah berasas kan kepada pemahaman islam yang sebenarnya. Berjuanglah kita tanpa rasa gentar kerana kita tahu masih ada harapan bagi segalanya (bukan nak promot harapan baru yer) dan bersamalah wahai saudara-saudaraku dalam mempertahan kan agenda negara, bangsa dan agama yang masih lagi belum selesai. Tolak lah politik wang(rasuah politik) demi kesejahteraan negara. 

          Sekadar itu rasanya bagi penganalisaan awal saya berkenaan perkara yang berlaku pada hari ini, pada edisi yang seterusnya saya amat berminat untuk memasukkan ramalan dan tambahan analisa bagi calon-calon UMNO yang saya ikuti. Semoga peristiwa pada hari ini sekurang-kurangnya memberikan pengajaran kepada sebahagian daripada kita. Semoga islam terus megah dibumi Malaysia dan di perjuangkan oleh UMNO dan BN. Marilah bersama kita memberikan ketaatan kepada Ulil Amri...

Salam perjuangan,

Allahualam,

Ahad, 15 Mac 2009

PPSMI lagi!!!!!!!

Salam,

Setelah seketika melayari laman blog dan membaca comment2 para sahabat saya, maka saya berasa amat terpanggil untuk mengemaskini blog ini..sebahagian merupakan tambahan kepada post yang lama..

          Isu PPSMI semakin hari semakin kian hangat diperkatakan, baru-baru ini saya ada terbaca sebuah laman web pembangkang yang menyeru rata-rata rakyat yang menolak PPSMI agar turun berdemonstrasi bagi membantah PPSMI, dikhabarkan sasaran awal adalah 100000 orang. Maka kemudian turunlah segala macam persatuan dan badan-badan yang mewakili golongan tertentu bagi menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan PPSMI. Yang pelik nya majoriti dari mereka ini adalah dari kalangan mereka yang berusia. Saya tidak menolak kalau mereka membantah atas faktor cinta pada bahasa ibunda tetapi antara sebab yang turut dilaungkan adalah seperti berikut ;

1. murid sukar faham(ada yang kata menderita lah sangat)

2. guru sukar mengajar(ada cikgu kata kena touch up markah sblm antar kementerian)

3. belum sampai masa(konon agenda perjuang bahasa ibunda masih panjang)

4. kurang sambutan(kata pembangkang je kot)

         Tetapi tidakkah mereka sedari hakikatnya pada hari ini pembelajaran di universiti-universiti tempatan adalah berorientasikan BI. Rata-rata ilmu duniawi juga terpaksa di telaah dalam bahasa inggeris. Dahulu ketika bermulanya kegemilangan islam mereka tidak pula begitu cerewet apabila terpaksa mempelajari bahasa asing untuk memperkayakan diri sendiri yang pada mulanya dipelopori bangsa rom mahupun yahudi. Ilmu perlu diterokai dan nasiblah kalau sudah ia bukan dalam bahasa ibunda kita. Kalau nanti bila kita sudah cukup berilmu barulah kita berubah semula ke BM. Mengapalah suka sangat dipertikaikan bahasanya sedangkan sudah jelas bangsa yang gagal maju pasti akan kehilangan juga bahasanya itu suatu hari nanti..Sebagai contohnya lihat masihkah bahasa indonesia dan filipina kekal pada bahasa asal, bukankah kalau kita berbahasa indonesia dan filipina sudah berbunyi seolah-olah bahasa inggeris? 
          
          Negara Jepun juga bukannya maju dalam SAINS, TEKNOLOGI dan MATEMATIK dengan menggunakan bahasa ibunda pada mulanya. Dahulu ketika menceburi bidang ini mereka terpaksa membiayai pegawai-pegawai belajar di luar negara dan dalam bahasa asing agar dapat meningkatkan penguasaan dalam bidang berkenaan. Kini setelah maju tengoklah begitu ramai mahu belajar bahasa jepun. Mahu belajar di sana pun kena guna bahasa jepun. Alhamdulillah negara kita ada kepakaran jadi tak perlulah nak antar bebudak nie belajar sampai jauh-jauh, di sekolah menengah pun sudah memadai. Semua ni sebab pemimpin kita bijak bukan macam sesetengah manusia yang tak berfikiran panjang tu.

         Oleh itu PPSMI adalah penting bagi menyediakan anak-anak ini ke alam yang sememangnya berorientasikan BI. Malahan kalau nak diikut kan matapelajaran BM , Agama , Sejarah , Geografi , Pengajian am, Sivik dan banyak lagi masih di pelihara dalam BM. Jadi mengapa pula PPSMI yakni matematik dan sains(sewaktu dengan nya) mahu di pertikaikan perlaksanaannya walhal sudah terang-terangan MP seperti ini banyak dicedok dari luar pengetahuannya. Adakah masih ada yang tak faham matlamat ini? kononnya PPSMI semata-mata untuk kuasai bahasa inggeris, jangan lah berlawak!!!!!!!Bahasa inggeris yang dikuasai adalah untuk menguasai ilmu dunia sebagai tanggungjawab fardhu kifayah bukan da tak de kerja lain yang saje-saje nak belajar bahasa penjajah tu.

         Satu perkara lagi kenapa hal berkenaan PPSMI ini tidak di kembalikan persoalannya kepada pelajar itu sendiri. Mengapa pula hanya orang dewasa yang dibenarkan berbicara panjang berkenaan hal ini. Sudah tiba masanya kuasa kembali diserah kan kepada pelajar. Kerana perkara ini merupakan survival bagi kelangsungan ilmu di negara kita. Survival maknanya untuk yang nak belajar, bagi budak-budak yang tak nak belajar tu lantaklah, suruh lah jadi nelayan ke kuli batak ke, sebabnya kalau bagi bebudak ni belajar yang senang-senang jer buat apa kerajaan susah-susah bagi subsidi pendidikan. Kalau pelajar hanya belajar dalam kerangka yang menguntungkan mereka tanpa memberi faedah kepada negara maka tiada lah maknanya. Senang cerita baik tutup je sekolah, ajar anak tangkap ikan tak pun main guli tak la menderita kot.

          Selain itu saya juga ingin mempersoalkan sikap segelintir ahli politik dalam mempermainkan isu ini. Saya amat hairan adakah mereka yang pandai-pandai berdemonstrasi ini dulu nya belajar PPSMI. Susah sangat ke belajar dalam bahasa inggeris ni? Pelajar tidak boleh bersyair dan bersajak kah bila belajar PPSMI ini? Di pihak kerajaan pula jangan lah takut sangat untuk mempertahankan PPSMI ini. Baru sahaja kalah sikit dalam pilihan raya terus nak percaya semua apa yang pembangkang cakap. Apa yang mereka katakan itu tak semestinya mencerminkan pandangan rakyat secara keseluruhannya. Untuk pengetahuan saya juga merupakan produk PPSMI, keputusan saya tidak lah sebaik mana tapi rata-rata yang belajar di sekolah saya termasuklah saya dan kawan-kawan saya tak de la tak puas hati dengan PPSMI nie. Kalau ada cikgu yang susah nak ajar PPSMI tak payah lah kerja kerajaan sampaikan ada yang mengadu 'terpaksa' memperelok markah sebelum di hantar ke kementerian. Sape suruh buat macam tu, tanda la 'strict sikit' ha dapat pahala jugak asalkan jangan la sampai gagalkan takut nanti ade yang bunuh diri pulakkk.

          Akhir kalam saya merayu kepada semua pihak agar kembali memartabatkan PPSMI, dan seboleh-bolehnya fahami lah kepentingan sebenar PPSMI ini, kalau dah tak de kerja lain nak buat jangan la main hentam jer PPSMI. PPSMI ni untuk budak-budak yang nak belajar sahaja, kalau sudah budak tu sendiri tidak mahu belajar tiada maknanya jika P n P dilaksanakan dalam bahasa apa sekalipun. Malahan jutaan alasan akan diberikan oleh mereka semata-mata kerana tidak mahu belajar - ingat bukan nya sebab tak nak belajar PPSMI tapi sebenarnya memang tak nak belajar langsung pun.. Sepanjang menulis blog ini saya sudah pun cuba sedaya-upaya untuk mengguna bahasa yang baik serta tidak menghina(macam ayat orang pas plak..hehe) tapi saya pelik betul la memang ade yang tak faham-faham, kalau dipersoal benda yang berbeza tak pe jugak, berkembang la isi perbahasan ini, tidak la hanya benda yang sama dipertikai, tak percaya baca post blogger lain yang sokong PPSMI, isi sikit punya banyak tapi kadang-kadang da siap bagi jawapan dalam post pon ada nak tanya lagi, itu belum lagi bagi pelawat yang da bagi penjelasan panjang lebar dalam 'comment', tapi tak, cakap jugak benda yang sama..

Maaf jika ada yang terkasar bahasa..salam perjuangan

Wallahualam..

Selasa, 10 Mac 2009

BerSAMA berganding bahu..

Salam Maulidur Rasul,

Sabda rasulullah S.A.W..

Bermaksud : " Daripada al-Bara' r.a. katanya : telah bersabda Rasulullah s.a.w. : tiada diantara dua orang Islam yang bertemu maka lalu berjabat tangan kedua-duanya melainkan diampunkan bagi kedua-duanya sebelum mereka berpisah ".

( riwayat Abu Daud dan Tarmizi ) 


Begitulah manfaatnya bagi dua orang islam samada muslim, mukmin mahupun mukhsin yang bersaudara, maka wajarlah kalau kita terus memperhebatkan agenda perpaduan dan menolak api kebencian dari terus membakar dijiwa..Saudara-saudari sekalian sedarlah bahawa sesungguhnya ini juga merupakan agenda Islam sejak dari mula lagi..Rapatkan barisan dan perkuatkan lah pertahanan dalam meniti segala ujian yang di alami kita semua pada hari ini.

          Jangan lah walau sekali pun kita melakukan kesilapan dengan membenarkan perosak agama dan bangsa ini menghancurkan segala apa yang telah dibina selama ini, adakah kita tidak belajar dari peristiwa yang berlaku di IRAQ dan AFGHANISTAN? Adakah kita akan menyerah kalah semudah ini kepada permainan Syaitan..Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ;

Bermaksud : " Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Sabda Rasullullah s.a.w. : " demi diriku dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang, sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila  kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih  sayang ? sebarkanlah ucapan salam di kalangan kami  " . 


Maka apabila seorang islam tidak dapat mengasihi seorang islam yang lain dengan sewajarnya, tidak lah layak untuk dia merasai nikmat Allah S.W.T. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku janganlah kita memberi kepercayaan kepada mereka yang sanggup mencaci bangsa seagama mereka sendiri dan seolah-olahnya mengatakan hanya mereka sahajalah yang benar. Bersamalah kita menolak fahaman yang ekstrim dan mampu merosakkan segala kebaikan di muka bumi Allah ini..

Sama-samalah kita renungi ayat 103  dari Surah Ali Imran.. 

Maksudnya : " dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali agama Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu,) lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam,) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga ) demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya ".

Fikir-fikirkanlah demi manfaat kita bersama..

Bersamalah memperjuangkan agama dan bangsa...

Allahuakbar..

Khamis, 5 Mac 2009

MASIHkah kau INGAT

Surah an Nisa' Ayat 59 ;

Yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada " Ulil Amri " ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya".

 

          Masih kah kita ingat ayat ini dan mengangkat ia dengan sewajarnya? Pada hari ini apa yang rakyat mahukan adalah hamba yang mampu bekerja utk mereka , seseorang yang boleh berkhidmat semata-mata untuk mereka samada siang mahupun malam, namun benarkah kemahuan mereka itu sedangkan firman Allah telah dengan jelas menyatakan kedudukan sebenar seorang pemimpin iaitu untuk dihormati dan ditaati serta bukannnya untuk digula-gulakan semata untuk kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya hadith nabi telahpun menyatakan ;

"  Sesiapa yang mati sedangkan ia tidak memberi perakuan taat setia kepada pemimpin adalah ia mati dalam keadaan jahiliah "

(Sahih Muslim)

Maka sejauh mana kah ketaatan kita pada pemimpin kalau mereka sewenang-wenangnya dihina, dimaki dan diburuk-burukkan orang lain..

          Sesungguhnya kebaikan dan kezaliman seseorang pemimpin adalah dinilai oleh Allah S.W.T, maka bagi setiap perlakuan mereka adalah urusan Allah bagi menghakiminya, bukan lah hanya bagi seseorang yang bergelar pengikut. Kalau adapun hak kita adalah sebagaimana doa yang diajar rasulullah kepada kita yakni :

Ertinya : Ya Allah ! barang siapa yang ditugaskan untuk mengurus sesuatu keperluan umat ini, lalu ia berlaku kasih sayang kepada mereka maka sayangilah dia, dan barang siapa yang berlaku rendah hati kepada mereka maka kasihahilah dia"

(dari NASA'IE)

          Saudara-saudari yang dirahmati Allah ,sejauh manakah kedudukan seorang pemimpin telah kita semua letakkan pada hari ini , adakah kita semua telah melupai agama dan sejarah kita? Ataupun kita sudah terlalu taksub dengan idea-idea moden yang datang dari musuh kita. Setiap dari manusia yang di lahirkan di atas muka bumi ini adalah sebagai pemimpin, oleh itu baiklah jika kita saling hormat-menghormati dan mengasihi. Jangan lah lari dari perjuangan asal kita dalam memartabatkan sebuah kesatuan ummah yang bukan hanya molek pada agamanya malah diikuti dengan bangsanya. Agama tidak datang bersendirian, apabila ia turun kepada rasullulah maka ia juga ditujukan kepada bangsa Arab dan keseluruhan bangsa di dunia.

          Oleh itu jangan lah kita pisahkan bangsa dan agama kerana sesungguhnya islam itu dibawa secara keseluruhan, kerana itu lah ketaksuban tidak dituntut di dalam islam,sebaliknya bersederhanalah kita sepanjang masa.

Semoga negara kita sentiasa dirahmati Allah sepanjang masa..

Allahualam.

Selasa, 3 Mac 2009

Setahun yang berLalu...

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini kehangatan pilihan raya seolah-olahnya tidak kan padam dari kehidupan seharian kita. Dimulai dengan PRK Permatang Pauh yang menyaksikan kembalinya DSAI ke dalam kancah politik negara secara rasminya ,berterusan hinggalah ke PRK KT dan kini berkemungkinan pula mendaki ke tiga bukit setelah dua daripadanya sudahpun pasti. Saya tidak pasti kalau ini apa yang tersirat di mahui dalam sanubari setiap dari rakyat malaysia tapi yang pastinya keadaan kelihatan semakin tidak terkawal dan kegelisahan semakin menyelubungi setiap jiwa yang mampu berfikiran waras.

Setahun yang lalu ketika hampir pilihan raya keadaan mulai meriah dan diterima rakyat dengan baik kerana mereka sememangnya amat menantikan hari itu meskipun mengikut perangkaan SPR peratusan keluar mengundi sebenarnya turun manakala undi rosak pula meningkat.Ceramah-ceramah berapi mula di sajikan kepada rakyat, apatah lg tempoh mengundi PRU itu merupakan antara yang paling lama sekali dalam pengamatan sejarah hidup saya.Tidak kira siapa pun yang datang berceramah rakyat akan turun beramai-ramai dalam memeriah kan nya. Di hari-hari terakhir menjelang pilihan raya keadaan semakin meriah apabila ceramah dari pihak pembangkang dan kerajaan saling bersahutan dari satu kawasan terhadap kawasan yang lain.

Teringat saya di kawasan kampung-kampung ada juga penduduk sendiri yang buat ceramah dalam memastikan sentuhan terakhir dapat di berikan sebelum hari mengundi. Keadaan sememangnya amat gamat dan dialukan. Tapi sejurus runtuhnya kerajaan BN di beberapa negeri,kegembiraan ini tidak lagi begitu di rasai. Sambutan kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya membawa kebaikan tidak begitu di rasai lagi. Perbuatan mengkhianati negara menjadi-jadi.DSAI pula tampil dengan idea 16 September nya, saya tidak pasti kalau rakyat begitu gembira dengan rancangan beliau itu.

Mereka yang hampir dengan beliau terus mengeluarkan tarikh baru selepas kegagalan merampas Malaysia pada 16 September tapi yang peliknya bila di tanya pada DSAI dia tidak mengaku pula meskipun mengiyakan yang dia punyai beberapa tarikh lain untuk rancangan nya itu.Kaedah lompat parti di canang sehingga ke seluruh dunia terutamanya media barat dan indonesia.Tertawa kecil saya apabila berbicara dengan seorang pekerja asing berkenaan bagaimana beliau mempermainkan rancangan DSAI yang kempunan untuk menjadi PM itu.

Dalam pada masa yang sama hal khinzir dan keruntuhan moral terus popular untuk dibincangkan.Manakan tidak nya kini keempat-empat negeri paling banyak khinzir telah dikuasai PR iaitu Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor.Tapi bagi PR dan penyokongnya segala yang buruk berkenaan mereka hanyalah mainan media massa yang dituduh pro BN. Sebaliknya ketika dulu apabila media massa ini membongkar kepincangan dalam pentadbiran BN tidak pula penyokong BN kata ia angkara pembangkang. Saya ingat lagi antara negeri bekas pemerintahan BN yang sering mendapat perhatian media dulu iaitu Kedah, Perak dan Selangor. Banyak masalah yang di bongkar tetapi pemimpin yang dulu tetap berusaha untuk memperbetulkannya tetapi sejurus sahaja negeri tersebut dirampas PR segala yang salah bulat-bulat dicampak pada BN. Inilah serba sedikit perangai pemerintah baru yang tidak sedap didengar oleh rata-rata rakyat di bawah ini. 

Tidak lama lepas itu rancangan DSAI kelihatan semakin menjadi kenyataan sebagaimana yang dilakukannya ketika menafikan BN untuk mendapatkan 2/3 kerusi di dewan rakyat apabila Adun BOTA isytihar sertai PR. DAP pula yang beria-ia menghentam anwar sejak akhir-akhir ini pada mulanya memberi sokongan penuh kepada permainan lompat parti ini. Sebagai contoh nya di Perak mereka jugalah yang begitu hebat mencanangkan bahawa ada Adun di negeri lain dari BN juga akan turut melompat ke dalam PR. Datuk Nik Aziz Nik Mat di kelantan juga menyatakan sokongan nya. 

Tetapi akhirnya PR sendiri yang terkena apabila kehilangan Perak dan turut diancam kehilangan kerusi-kerusi mereka yang lain. Mungkinkah mereka akan menang kali ini dan mampu terus bermegah pada rakyat atau akhirnya PR juga akan tersungkur sebagaimana negeri Perak?
O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner