Khamis, 21 Mei 2009

BerTAndinG Di PEnanTI????

Assalamualaikum,

          Tulisan hari ini antara lain ingin mengupas pandangan saya berkenaan ketidak terlibatan BN @ UMNO dalam pilihanraya kecil di Penanti pada kali ini..Memang ramai kata tindakan tidak melibatkan diri yang merupakan kali paling wahid ini amat bijak kerana berjaya melepasi dari permainan politik DSAI, maklumlah dari berjuta(kinayah) PRK lepas PRU 12 yang lepas cuma satu sahaja yang dimenangi BN itupun sebab kalau menurut pusingan teori yang pernah saya kemukakan sebelum ini, kali ini memang BN lebih bersedia untuk menang besar di Sarawak(kalau kalah sdey la)..Maka yang menerobos keluar dari teori ini nampaknya tiada perubahan langsung sebagaimana dijangkakan.

          Cuma ini pandangan saya, kalau nak selamatkan wang memang sudah pasti pun akan terbazir kerana nampaknya berlambak yang menawar diri untuk bertanding, PRK adalah sesuatu yang hampir pasti, jadi kalau nak letak calon dan kalah pon bukan nya bazir walau sepitih mana sekali pun. Namun jika dilihat dari segi strategi jika PR asyik menang di tempat yang sama, moral penyokong BN pasti akan jatuh juga dan semakin ramai lah anak-anak kecil akan menyukai PR..Emh BN tidak bertanding, malulah lah penyokong BN, nak cakap apa dekat permatang pauh nanti dalam PRU13. Ramai juga yang kata tidak letak calon(walau yang pertama dalam sejarah sekali pun) lebih baik dari letak calon dan kalah sebab bila benar-benar kalah moral lebih teruk, penyokong lebih malu, negara lebih huru-hara....

          Hmmmm nampaknya ini adalah analisis kontra saya, mungkin ramai yang kurang mendalami perkara ini, pada hari ini negara kita mengalami krisis ekonomi yang cukup teruk, Presiden AS Barack Obama memang ada membayangkan petunjuk-petunjuk positif yang dialami ekonomi mereka namun tahukah anda bilakah mungkin ekonomi global kita kembali pulih??Di dalam negara pelajar baru yang memohon pinjaman MARA pada tahun ini mula merasai tempiasnya, banyak borang pinjaman yang telah dipulangkan semula ke universiti tanpa kelulusan, pelajar-pelajar asal kini mula dihantui kebimbangan kemungkinan masalah pada pinjaman mereka, ketika kerajaan menurunkan harga minyak, hanya sebahagian kecil harga barangan yang diturunkan peniaga, sebahagian besar yang lain terus dinaikkan sehinggakan ke hari ini. Namun kini apabila mengalami krisis, negara(tempatan) mempunyai masalah besar dari segi kesediaan dan pengawalan, peniaga terpaksa meneruskan penjualan produk dengan harga tinggi dan tidak mampu lagi menurunkan harga kerana cara perbelanjaan mereka telah dipaku sebagaimana sebelumnya, rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan dan penularan wabak dan penyakit berjangkit, pembangkang pula sibuk nak meneruskan rentak agar dapat berkuasa pada PRU 13 nanti.

          Jika dilihat satu persatu, haruslah kita kuasai betapa penting ketidak terlibatan BN kali ini, lupakan pasal air muka, lupakan pasal kuasa, hanya dengan mengelakkan penyertaan kali ini BN mampu menyelamatkan sejumlah besar wang kempen(bukan wang PRK) yang mencecah jutaan ringgit, apatah lagi ia diadakan di kubu kuat DSAI, jika kempen secara holistik tidak dijalankan mustahil BN dapat memberikan sentuhan yang nyata..tapi ini semua kos, wang BN mampu dimanfaatkan untuk negara!!!! Biarlah PR dengan wang haramnya dari Soros itu(bukan dapat bantu negara apa pon), tapi duit dari BN perlulah disalur pada rakyat, sepengatahuan kita semua, sebahagian besar dari wang kerajaan telah disuntik kedalam projek pembangunan bagi mengekalkan momentum ekonomi negara, maka yang tertinggal itu sudah terlalu kecil jumlahnya untuk pengurusan yang lain, maka wang yang ada pada BN janganlah dibazirkan pada permainan 'syaitan' yang melalaikan..

          BN perlulah tumpukan pada negara, tumpukan pada ekonomi, biarlah rakyat yang menentukan nasib anda pada PRU 13..Lakukanlah perkara yang betul, sesungguhnya cabaran pada masa sekarang terlalulah amat rencamnya, sekurang-kurangnya kalau BN berjaya masih ada sebuah 'negara' untuk diserahkan pada pemerintahan yang lain tapi jika BN gagal apalah jenis pentadbiran yang bakal diwarisi sesiapa pun jua nanti..

Teruskan lah berjuang dengan kegagahan, bukan semata-mata kerana anda, kami atau negara ini tapi untuk kesemuanya sekali, demi matlamat yang murni melalui perjuangan yang suci..maralah ke hadapan, semoga setiap langkah akan dirahmati Allah S.W.T.

Ayuh bangkitlah mempertahankan negara ini, dengan doa dan harapan agar kita semua akan terus bersatu dalam menempuh saat-saat ini....

Sekian......

Rabu, 20 Mei 2009

hARi itU...

Salam,

          Sehingga tampilnya post kali ini rasanya sudahpun hampir-hampir 2 minggu saya tidak menulis sebarang wadah yang baru, jadi rasanya mungkin banyak juga hal yang saya telah terlepas untuk memberi pandangan dan cadangan. Cuma yang cukup saya kesalkan terdapat beberapa tarikh penting yang sememangnya saya telah lama menanamkan cita-cita untuk melakarkan penulisan khas namun kurang berkesampatan dek kerana masalah tertentu(mesti kerja anon asyik kacau nie). Namun walau betapa lewat sekalipun saya tetap ingin menulis ucapan-ucapan ini :

a)      SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

b)      SELAMAT HARI LAHIR UMNO

c)      SELAMAT HARI GURU(PENSYARAH)

d)      SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA

 

-----------------Sekian ini sahaja--------------------------

 

          Wah penatnya minggu ni, selepas seolah segalanya hampir selesai tiba-tiba semakin banyak pula yang datang…Mahu dijadikan cerita hari sabtu lepas saya telah menyertai sebuah perkhemahan anjuran fakulti asasi kursus undang-undang di universiti, memang tak tahan penatnya, kalau tidak terkhilaf ilmu matematik saya rasanya sejurus selepas pulang dari aktiviti perkhemahan tersebut saya telah melelapkan mata tidak kurang dari 13 JAM!!!!(ish nasib baik bangun jugak pagi tu) Memang tidak dinafikan aktiviti yang dijalan kan sepanjang penganjuran cukup menyeronokkan dan mencabar samada dari segi fizikal mahupun mental(tapi harga diapun mencabar jugak).

          Setiap aktiviti yang dijalankan cukup untuk memastikan agar setiap keringat dikerahkan tanpa henti dan dengan paduan yang jitu. Kerjasama dari setiap ahli kumpulan adalah begitu didambakan demi mencapai matlamat yang satu, namun tentulah aktiviti begini tentu sekali tidak pernah sunyi dari sebarang permasalahan dan ketidak teraturan, cuma bagi saya yang penting ia nya memberi manfaat yang cukup berharga dan tidak ternilai untuk bandingan manusiawi..

Jadi sebagai kesimpulan bagi penulisan kali ini saya ingin menjemput para pembaca untuk menimbangkan sebuah percutian untuk mendapatkan ketenangan minda dan menghilangkan masalah ketaksuban(tak hilang gak tak tau lar) dari membelenggu diri.

Pergilah bercuti di selerakan tanah yang bertuah ini sebelum terlambat untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna di Malaysia yang telah dipelihara semenjak sekian lama(52 tahun), mungkin pada tahun ke 55 nanti segalanya akan berubah(arap tak lar)..

 

Semoga Allah terus merahmati bumi Malaysia ini..

Pergilah melancong!!!

 

CUTI-CUTI MALAYSIA

Jumaat, 8 Mei 2009

SejENak : YanG KIta TERlupa

Assalamualaikum..


Isi nukilan saya pada hari ini lebih lembut bagi renungan kita semua..


(Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Ahad, 3 Mei 2009

OOwwhh BeNArKah??

Assalamualaikum,

          Setelah membaca tulisan GAP berkenaan usia blognya saya pun tercari-cari akan tarikh saya menulis blog ini, tidak langsung saya sangka rupanya blog saya juga adalah seusia dengan blog saudara GAP, tetapi tidaklah semudah itu sebenarnya, jika dilihat pada post penulisan blog saya maka pengunjung tentu akan menyedari sebenarnya blog ini ditulis secara aktif tidak sampai setahun pun, bermula Februari kalau tidak silap rasanya bila saya mula berjinak untuk mengisi ruang kosong di dalam blog ini.

          Hmm rasanya ada sesuatu yang berlaku pada bulan itu sehingga saya membuat keputusan demikian, tapi tak berapa ingatlah (saje tak nak bagi tahu), walaubagaimanapun saya tidak lah sementah mana dalam ber'blogging' ini, kali pertama saya menulis blog adalah pada tahun 2007 (x ingat plak tarikh tepat) melalui perumah blog.com. Pada ketika itu semua penulisan adalah dikarang dalam Bahasa Inggeris (sekarang da karat la) alamaklum sahajalah kan masih segar dengan P n P dalam Bahasa Inggeris ketika di sekolah dahulu. Tajuk yang dipilih adalah LivinPEACE yang kemudiannya juga di daftar pada Blogspot dan ditukar nama kepada LivinPEACE malaysia.

          Ketika awalnya kebanyakan aktiviti saya lebih tertumpu bagi memberi sokongan berbentuk tulisan dan komen pada kerajaan Malaysia berkenaan hal perebutan Pulau Batu Puteh(Lingua Franca) dengan Singapura dan kes HINDRAF khianat ketika hal tersebut masih panas sekitar masa yang berlegar. Jadi memang patutlah rasanya blog dalam BI tersebut meskipun saya rasa tak lebih sepuluh orang pun yang pernah membaca sepanjang hayatnya, oleh sebab merasakan yang ia kurang berjaya ditambah pula dengan masa yang memang terhad untuk menumpukan pada aktiviti ini maka saya banyak meluangkan masa untuk membaca tulisan blog lain(dulu ramai blogger BI jer, BM x jumpa pon) berkenaan isu yang telah saya nyatakan dan perjuangan utama hanyalah dalam tulisan komen bagi memberi penjelasan berpandukan pada pandangan dan bacaan saya serta merujuk pada penjelasan yang dilakukan oleh kerajaan melalui media massa .

          Pun begitu merumitkan cerita pada 8 MAC 2008 BN pula buat hal bila hanya sekadar menang dengan majoriti mudah pada PRU tersebut, jadi sayapun malaslah nak terus tulis blog dalam BI yang membiulkan jiwa ini. Kemudiannya pada sekitar Mei 2008 saya pun mengilhamkan nama blog berasaskan BM yang bertajuk O.N.E forever yakni asas kepada tulisan yang saya paparkan pada hari ini sebelum bergerak benar-benar aktif pada bulan Februari yang lepas, baiklah sekadar ini sahajalah bagi yang berminat dengan sejarah blog ini saya akan paparkan pada Edisi Eksklusif ONE forever pada Julai nanti(kalau saya ingatlah,kalo x mintak maaf yer) bersempena dengan tarikh penting yang akan saya nyatakan jika teringat.

          Mengambil tarikh Mei 2008 sebagaimana yang dipaparkan dalam maklumat saya dalam blog ini, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang berkunjung sepanjang setahun usia blog saya yang tidak seberapa ini tidak kiralah samada memberi komen yang memuji @ mengeji, kawan mahupun lawan dan sebagainya. Sesungguhnya sokongan dari semua pihak ke atas perjuangan blog ini amatlah saya hargai.

Saya akan terus mendoakan kebahagiaan pengunjung semua dan di harapkan agar matlamat untuk memperjuangkan agenda agama bangsa dan negara akan terus dapat dilaksanakan selagi ada kudrat yang di berikan Allah S.W.T..

Demi segala yang kita yakini..

Semoga Berjaya Semua!!!!!!!!!!!!!
O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner