Jumaat, 5 November 2010

AwaN mEndunG Berarak PERgi

Assalamualaikum,

Hmm sudah pun bertahun nampaknya saya tidak mengemaskini entri blog ini, mungkin pengolahan blog saya juga sudah tidak sebaik dahulu namun tidak mengapalah, yang penting BN dan UMNO & PBS terus sukses di Galas dan Batu Sapi!

Majoriti di Batu Sapi contohnya sekali ganda dari yang lepas, cukup cemerlang pencapaian kali ini sebagai sentuhan moral kalau-kalau PRU yang seterusnya telahpun hampir dengan kita..Jika PRU 13 akan diadakan pada 2011 moleklah jika diadakan di penghujung tahun bagi mempersiapkan jentera pilihanraya terlebih dahulu.

Mungkin ramai yang berharap agar PRU tidak diadakan terlalu awal dan rakyat perlulah diberikan perhatian sepenuhnya dengan mengenepikan fahaman politik namun secara peribadi saya melihat sebahagian besar dari kerajaan negeri yang diperintah kedua-dua belah pihak sudah tidak senang lagi duduk di takhta mereka. Semua hal rakyat telah dikaitkan dengan kepentingan politik, angin kebencian politik mula bertiup kencang dikalangan generasi muda..

Oleh itu sebagai mekanisme untuk mengembalikan segalanya ke asal, penyelesaian nya mungkin hanya satu yakni tiada melainkan PRU 13.

UMNO dan BN perlu kembali ke Kelantan demi kebangkitan semula ekonomi negeri pantai timur itu, BN perlu kekal di timur Malaysia agar dapat menolak anasir yang cuba memecahbelahkan rakyat dan negara..

Semoga sukses selalu terhadap semua parti komponen BN di masa yang akan datang!
O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner