Jumaat, 27 Februari 2009

BerSATU kita berSATU!

salam,

          Sebermula nya sebuah cerita maka akan kita coretkan segala permasalahan, kekusutan dan segala macam perbezaan kerana kita tahu di akhirnya nanti segala kejayaan yang dikecapi dengan penuh susah payah mungkin akan hilang begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah malahan tidak pun cuba dilakukan sesuatu sebagai mekanisma pembetulan oleh mereka semua yang mungkin terlibat dalam mewarisinya. Kerana kita juga tahu tidak segalanya akan baik dan selesa selamanya , maka berterusan lah kita mengarang sebuah perjuangan agar suatu hari nanti kita tidak akan walau sekalipun melihat kemungkinan hancurnya apa yang telah kita bina.

 

          Tapi manusia mudah lupa kerana segala yang telah dibina selama ini kini di ambang kemusnahan. Sepanjang meneluri sebuah cerita, maka sudah terlalu banyak perkembangan plot yang terbina sehingga kan asas nun di bawah sana kita semakin di ancam kehilangan dek kerana ingin mempertahankan yang di puncak itu. Dahulu kita bersatu, dahulu kita mengenepikan segala pertelingkahan kerana matlamat kita tidak jauh berbeza tapi kini kita berpecah kerana semakin alpa dibuai permainan dunia, sebahagian terlupa yang semua ini tidak akan berkekalan jika tiada pengorbanan dilimpahkan demi masa depan.

 

          Dulu  kita bersatu atas nama negara dan bangsa tetapi kini keretakan mula parah kerana agenda persendirian, hasutan, dan salah faham. Terlalu lemah kah kita sehingga tidak mampu lagi untuk kita pertahankan kebenaran serta memisahkan kebatilan. Lebih memeritkan keretakan ini memberi ruang dan peluang pada percambahan benih-benih kebencian yang tidak tahu menilai sesiapa melainkan rasa diri nya sahaja. Dahulu sebarang perbezaan tidak di temani api kemarahan akan tetapi kini segalanya bagaikan mendapat campurtangan syaitan.

 

          Sudahkah tiada lagi kesabaran, rasa ihsan dan berkurangkah kepercayaan dan keyakinan di antara kita semua. Salahkah kalau kita kembali memartabatkan sebuah negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya? Bukan kah tanah ini kita berkongsi secara bersama, dan hari ini Malaysia adalah kerana sebahagian dari kita semua. Sudah lupakah yang musuh nyata sentiasa mencari kelemahan dan kealpaan kita. Matlamat yang selama ini di perjuangkan bukanlah sebegitu dekat di depan mata.

 

          Bukankah masih jauh lagi langkah kita? Mengapa perlu terus mengadu-domba sedangkan hampir segalanya masih lagi belum selesai. Sedarlah wahai negara dan bangsa ku , kita mungkin akan terus hayut jika tidak bermuhasabah sekarang. Lihatlah dunia yang semakin meninggalkan kita, jangan sekadar terhenti di setakat ini, risikonya  akan hancur musnahlah negara kta nanti.

 

Kepada mu Allah yang maha berkuasa,

 

Selamatkan lah negara Malaysia.

Kerana kami mungkin kehilangan ia tanpa kami sendiri sedarinya…

Rabu, 25 Februari 2009

The Road Not Taken!


This is actually my favourite poem..just wanna share!


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I -
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 




Isnin, 23 Februari 2009

DiMANAkah kita?

Rasanya masih hampir,

          Pada ketika negara kita malaysia masih mengecapi zaman kegemilangan nya dahulu..
Segalanya terasa amat dekat sekali, manakan tidaknya dari berdirinya bangunan berkembar petronas yang megah mencakar langit, Litar F1, KLIA, menara KL, Putrajaya, Cyberjaya, Terowong SMART, dan sehinggalah pemasyuran angkasawan malaysia yang pertama. Ada suara-suara sumbang mengatakan tiada perlu bagi semua ini, bukankah lebih baik kalau semua wang yang terlebih itu diserah terus kepada rakyat @ melaksanakan projek yang lebih memberi manfaat pada rakyat?

          Saya amat mengerti semua ini, tetapi eloklah kalau kiranya kita mengkaji satu lagi situasi yang pada mulanya amat di dambakan sekalian manusia yang bergelar rakyat. Penurunan kadar cukai, peningkatan elaun sara diri, gaji, pencen serta subsidi yang menggila terhadap segalanya termasuklah subsidi petrol yang menghanguskan segala projek pembangunan, subsidi makanan sehinggakan situasi yang selama ini memperlihat kan beras dari luar di seludup masuk berubah menjadi beras tempatan pula di seludup keluar, penumpuan besar-besaran terhadap pembangunan di luar bandar sehingga mengalahkan perancangan allahyarham Tun Razak, pembasmian rasuah, keterbukaan tahap dewa dan akhir sekali mungkin penekanan yang bertepatan terhadap agama.

          Kalau dapat kita lihat yang mana satukah lebih diterima rakyat, dan yang mana kah lebih patut untuk dilaksanakan. Kita menyaksikan dewasa ini perkara yang seringkali diharapkan tidak semestinya benar-benar apa yang kita selesa kan sedangkan apa yang mungkin kelihatan tidak baik ada banyak manfaat yang diperolehi pada kemudian hari. Kalau di kaji secara kasar kedua-dua situasi diatas memberi kesan kritikal yang hampir sama iaitu kedua-duanya ;

1. membantu meningkatkan taraf hidup rakyat 

2. menyediakan pelbagai peluang dan alternatif kepada rakyat

3. menyebabkan peningkatan harga barang

4. mendapat tentangan dan di maki hamun pembangkang

          Tetapi yang pastinya pertama itu menumpukan pada negara manakala yang terkemudian pula menumpukan pada rakyat. Melaksanakan sesuatu yang baik demi negara bermakna harapan untuk masa depan manakala manfaat pada rakyat kurang lebih membentuk harapan semasa. Kedua-dua melakarkan kepentingan ia sendiri disamping hanya dapat memanfaat kan mereka yang benar-benar tahu menghargai nya.

           Zaman berubah, diikuti dengan kehendak dan kemahuan rakyat. Manusia berubah juga seiringan dengan tuntutan persekitaran bersesuaian dengan ilmu yang terkandung dalam diri tetapi pemimpin tetap perlu bijak dalam merancana perancangan demi masa depan , dapat diterima mengikut keadaan semasa dan pada masa yang sama tidak menhapuskan norma-norma yang telah sekian lama terbina sejak dahulu. Perubahan pucuk pimpinan tidak seharusnya menghentikan segala perancangan masa lampau kerana sesungguhnya masa lampau jugalah yang mencorak dunia kita pada hari ini. Jangan lah sesekali lupa diri dalam menerajui pembaharuan ini.

          Yakinilah yang tuhan sentiasa di sisi kita dan masih ada ruangan bagi segalanya.Teruskan perjuangan kerana misi dan matlamat yang di galas masih belum tercapai.

Dahulu, Kini, dan Selamanya

Di sinilah kita...

Ahad, 22 Februari 2009

Makna keHIDUPan

Hidup....

          Kadang-kadang kehidupan ini seolah nya merupakan sebuah cerita dongeng karya agung yang mengisahkan tentang warna-warna perjuangan. Penuh dengan kesakitan apabila menyelusuri nya tapi terasa amat rugi apabila tidak terlibat sama. Menceritakan kisah saya sejak akhir-akhir ini banyak persoalan semakin saya temui berbanding jawapan. Lebih banyak kekusutan berbanding penyelesaian, maka saya mula tertanya-tanya inikah kehidupan seorang manusia.

          Selalunya orang menasihati kita agar memilih jalan untuk mendekati kesempurnaan, tetapi seringkali saya mempersoalkan kesempurnaan apakah itu. Agama merupakan sebahagian dari pada nya hatta kematian dan kehidupan selepas kematian juga merupakan sebahagian daripada kehidupan dalam erti kata yang lebih besar. Maka skop nya kini lebih kecil dalam memfokuskan erti kehidupan di dunia ini. Perkara ini adalah bagi memudahkan penyampaian segala maksud saya yang kini masih terbuku jauh di dalam hati.

          Sejauh manakah saya malahan kita semua telah melalui kehidupan seperti yang sepatutnya kita lalui? Sekurang-kurangnya sebagaimana yang telah lama sebahagian daripada kita laung-laungkan selama ini. Betapa benarkah kita dalam setiap percaturan dan perancangan sehari-harian kehidupan pada setiap ketika mahupun setiap saat yang mampu kita kira seadanya. Benarkah dan yakinkah kita setiap kesalahan itu adalah salah dan sejauh mana ilmu pengetahuan kita dapat megenali erti kebenaran itu sendiri. Namun bicara kita tidak terhenti di sini.

          Maka saya mula meneliti dan terus meneliti perkara ini, sebelum menyedari hakikatnya setiap yang berlaku dalam kehidupan kita walau sekecil dan sebesar mana sekali pun akhirnya menjadikan kita semua lebih dekat pada kesempurnaan yang dicari tanpa kita sedari. Tidak perlu kita persoalkan kenapa ia terjadi meskipun mekanisma pembetulan adalah suatu keperluan tetapi benarkah itu suatu jawapan.

          Setiap yang kita lalui, sesali mahupun percayai adalah sebahagian dari jawapan bagi segala persoalan. Oleh itu yakinilah kita tidak pernah terlewat ataupun sebenar-benarnya gagal untuk apa-apa  kerana sesungguhnya perjalanan hidup kita telah di tentukan oleh yang ESA dan kita masih mampu untuk mengulangi keajaiban yang kedua. Orang kata keajaiban hanya berlaku sekali dalam hidup kita tapi percayalah yang kedua pasti akan menyusul cuma bentuk nya sahaja mungkin tidak sama. Yakini lah juga yang tuhan senantiasa bersama dengan kita, waima jangan lah mudah kita berputus asa.

          Kerana kasih kita terhadap agama, kerana cinta kita terhadap bangsa dan kerana keyakinan kita terhadap sebuah negara, berjuang lah dengan kebenaran kerana ia tidak akan sia-sia. Jangan musnah kan harapan mereka yang memerlukan kita.

Sekadar penyeri bicara bagi hati yang gundah gulana,

Terima kasih.
O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner