Ahad, 22 Februari 2009

Makna keHIDUPan

Hidup....

          Kadang-kadang kehidupan ini seolah nya merupakan sebuah cerita dongeng karya agung yang mengisahkan tentang warna-warna perjuangan. Penuh dengan kesakitan apabila menyelusuri nya tapi terasa amat rugi apabila tidak terlibat sama. Menceritakan kisah saya sejak akhir-akhir ini banyak persoalan semakin saya temui berbanding jawapan. Lebih banyak kekusutan berbanding penyelesaian, maka saya mula tertanya-tanya inikah kehidupan seorang manusia.

          Selalunya orang menasihati kita agar memilih jalan untuk mendekati kesempurnaan, tetapi seringkali saya mempersoalkan kesempurnaan apakah itu. Agama merupakan sebahagian dari pada nya hatta kematian dan kehidupan selepas kematian juga merupakan sebahagian daripada kehidupan dalam erti kata yang lebih besar. Maka skop nya kini lebih kecil dalam memfokuskan erti kehidupan di dunia ini. Perkara ini adalah bagi memudahkan penyampaian segala maksud saya yang kini masih terbuku jauh di dalam hati.

          Sejauh manakah saya malahan kita semua telah melalui kehidupan seperti yang sepatutnya kita lalui? Sekurang-kurangnya sebagaimana yang telah lama sebahagian daripada kita laung-laungkan selama ini. Betapa benarkah kita dalam setiap percaturan dan perancangan sehari-harian kehidupan pada setiap ketika mahupun setiap saat yang mampu kita kira seadanya. Benarkah dan yakinkah kita setiap kesalahan itu adalah salah dan sejauh mana ilmu pengetahuan kita dapat megenali erti kebenaran itu sendiri. Namun bicara kita tidak terhenti di sini.

          Maka saya mula meneliti dan terus meneliti perkara ini, sebelum menyedari hakikatnya setiap yang berlaku dalam kehidupan kita walau sekecil dan sebesar mana sekali pun akhirnya menjadikan kita semua lebih dekat pada kesempurnaan yang dicari tanpa kita sedari. Tidak perlu kita persoalkan kenapa ia terjadi meskipun mekanisma pembetulan adalah suatu keperluan tetapi benarkah itu suatu jawapan.

          Setiap yang kita lalui, sesali mahupun percayai adalah sebahagian dari jawapan bagi segala persoalan. Oleh itu yakinilah kita tidak pernah terlewat ataupun sebenar-benarnya gagal untuk apa-apa  kerana sesungguhnya perjalanan hidup kita telah di tentukan oleh yang ESA dan kita masih mampu untuk mengulangi keajaiban yang kedua. Orang kata keajaiban hanya berlaku sekali dalam hidup kita tapi percayalah yang kedua pasti akan menyusul cuma bentuk nya sahaja mungkin tidak sama. Yakini lah juga yang tuhan senantiasa bersama dengan kita, waima jangan lah mudah kita berputus asa.

          Kerana kasih kita terhadap agama, kerana cinta kita terhadap bangsa dan kerana keyakinan kita terhadap sebuah negara, berjuang lah dengan kebenaran kerana ia tidak akan sia-sia. Jangan musnah kan harapan mereka yang memerlukan kita.

Sekadar penyeri bicara bagi hati yang gundah gulana,

Terima kasih.

0 comments:

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner