Rabu, 2009 November 18

TAyanGAN 2012 : Saya MIMpi KiamaT


Assalamualaikum,

Hari nie terus hujan lagi, memang seronok juga kerana di sini jarang hujan tapi mungkin disebabkan sekarang musim hujan sesuai lah. Cuma cerita nya cukup memberi impak terhadap saya bila bangun hari ini, tidak pastilah samada bersifat positif ataupun negatif namun sebagaimana coretan tajuk di atas saya memang benar-benar bermimpi sesuatu seperti hari kiamat(rasanyalah). Malahan disebabkan saya agak berminat dengan permainan catur, mimpi saya juga ada situasi saya sedang bermain catur(he.he.he)

Memang benar hal ghaib bukanlah perkara sebarangan, namun memang terkejut betul keadaannya ketika itu(dalam mimpi). Mungkin benar saya dipengaruhi aura 2012 yang hangat di tayangkan, tapi saya masih pun belum menontonnya lagi, hatta trailer cerita ini pun saya tidak berkesempatan ikuti. Hmm pelik betul, satu kelebihan dalam mimpi ini tentu sekali apabila saya berjaya melalui hari tersebut dengan tenang(dalam mimpi), malahan mimpi ini juga amat istimewa kerana saya dapat mengingatinya dengan cukup jelas sehinggalah sekarang tidak seperti mimpi-mimpi yang lain.

Tidak tahulah samada ini merupakan satu peringatan atau mainan kamar tidur, yang pastinya ia membantu menyediakan saya dari segi mental sekiranya berlaku situasi yang hampir serupa.

Yang pastinya cerita 2012 bukanlah idea terbaik mengenai hari kiamat..

Sekian,


Isnin, 2009 November 16

Aku ENgKAu & DiA



Assalamualaikum..

he.he.he nampaknya setiap kali saya menulis blog saya pasti akan mendahulukan ''dah lama saya tidak menulis'' atau sesuatu yang seperti itu bagi menggambarkan betapa lamanya saya tidak mengisi dan menambah sebarang post @ entry baru di dalam blog saya, tidaklah saya tahu jika entry kali ini ada pembacanya lagi namun rasa saya menulis adalah jauh lebih baik dari terus dipendamkan segala isi hati...tak begitu?

Sahabat Kawan & Kenalan..

Pengolahan saya mungkin tidak berkisarkan pada Kamus Dewan Bahasa & Pustaka mahupun berkait rapat dengan tajuk di atas, pun begitu entry kali ini seharusnya memaparkan satu kesinambungan dan perkaitan diantaranya.

Rasanya bukan mudah memberikan erti dan darjah sesuatu perhubungan(selain cinta dan kekeluargaan).Perkara ini merunsingkan saya lama dahulu ketika mempersoalkan berkenaan kepercayaan, keraguan, keyakinan dan pengkhianatan. Pada ketikanya kita mungkin meragui tetapi kita masih lagi perlu meletakkan nilai keyakinan agar pertarungan di dalam kehidupan dapat diteruskan, maka saya meyakini betapa kepercayaan tidak semestinya suatu bentuk keyakinan atau keraguan tetapi molek lagi jika diletakkan diantaranya.

Sahabat, kawan dan kenalan adalah di dalam kelas yang tersendiri..Sebetulnya sahabat merupakan darjah yang tertinggi, memaparkan sebuah keyakinan, ruang kepercayaan dan kawalan terbaik terhadap keraguan. Kawan apabila kepercayaan secara adil berubah kepada keyakinan dan keraguan namun tentu sekali komunikasi diantara keduanya jauh berbeza, banyak perkara yang hanya difahami seorang sahabat berbanding seorang kawan. Kenalan pula hanya sekadar watak sampingan dalam kita meneruskan kehidupan, datang dan pergi serta membentuk sebahagian lagi dalam hidup kita yang masih kekosongan.

Aku adalah watak utama dalam cereka hidup ku sendiri, Engkau merupakan sebahagian dari ceritaku tidak kiralah di tahap mana sekalipun darjahnya dan Dia adalah mereka yang senantiasa menghiasi sebahagian daripada rona-rona perjalanan hidupku. Tidak kiralah walau siapapun diantara kita, suatu pertaruhan yang tidak mungkin dapat kita ramalkan perlulah kita lalui dengan hati yang suci dan ikhlas, biarlah engkau walau dimanapun berada ataupun dia dengan cerita hidupnya tetapi akulah pemula dan penghabisannya.

Memang benar kita tidak serupa tapi ada persamaan diantara kita, hargailah selagi ada sebelum benar-benar kehilangan ia..

HiKAyaT AKu ENgkau daN Dia..................


Sabtu, 2009 Oktober 17

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Assalamualaikum,

Pesta cahaya kali ini diharapkan dapat terus memberikan kegembiraan kepada setiap mereka yang menyambutnya tidak kira yang muda mahupun yang tua, di dalam kepelbagaian rakyat Malaysia kita perlulah bersama-sama mengangkat semangat toleransi dan perpaduan sesama kita agar segala kebaikan yang selama ini dikecapi akan terus dirasai sepanjang masa..

Kepada semua penganut hindu saya ingin mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI..

DIWALI NAN VATHUKEL..

P.A.U 60


Berubah atau Diubah!

Sejuk rasanya mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut Datuk Seri Perdana Menteri baru-baru ini, namun saya amat tetanya-tanya benarkah UMNO benar-benar mampu berubah? Yang mahu berubah itu adalah pihak yang berada di atas..jika dikaji satu persatu pindaan perlembagaan rata-rata merupakan tolak ansur kepada mereka yang berada dibawah, apa guna jika yang diatas berkata namun yang lain terus berleka??

Sejarah UMNO membuktikan UMNO bukan dikuasai oleh mereka yang berada diatas semata, jika nak buat syok sendiri memang tunggu masa sahaja untuk ditendang keluar, jika mahu buat ikut kehendak orang pun akan ditendang keluar juga(paham-paham la yer). Senang cerita jika mahu transformasi ini berjaya, orang di atas yang kena berusaha keras! Adil jika saya kata ramai anggota UMNO pada hari ini kurang tetap pendirian mereka, maka seharusnya PM sendiri menyediakan garis panduan terhadap sesuatu rancangan sebelum mengharapkan mereka yang di bawah itu melakukan sesuatu.

Dalam masa 2 tahun setengah lagi keputusan awal boleh dilihat, oleh itu segala jenis keringat perlu ditumpahkan dalam tempoh masa ini agar penanda aras itu nanti dapat dicorakkan sepositif mungkin sebagai persediaan kepada PRU ke 13..

Kepada perwakilan yang pulang, lakukanlah sedaya mungkin! Jangan biarkan UMNO dilukakan lagi!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam..

Hmm seringkali kira saya sepanjang perjalanan hidup ini, dikala tibanya hari raya pastinya perasaan sebak dan gembira akan menyelubungi diri.. kata orang hidup ini cuma sekali tapi raya walaupun setiap tahun tetap memberikan impak yang cukup berkesan..Hmm dahulu ketika masih kecil lagi perasaannya cukup riang sekali tetapi kini setelah menjengah kedewasaan, rasa sayu begitu mencengkam diri ini, alangkah seronoknya kalau dapat kembali semula ke masa dahulu, tapi begitulah hakikatnya..hehe saya muda sangat lagi!!

Ini merupakan post saya yang pertama selepas beberapa bulan, nak dipendekkan cerita,semuanya salah capaian internet yang cukup lembap namun lebih dari itu sebenarnya melangkah ke alam baru dalam melanjutkan pelajaran menyebab kan saya berasa begitu penat dan kurang berdaya untuk meneruskan penulisan blog ini..Nasib baiklah kini sedang bercuti maka wajarlah kira nya saya meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan segala isi di dalam hati ini.

Tidak mengapalah rasanya tulisan kali ini mungkin kurang mendapat sambutan kerana sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini tetapi tudak sah rasanya jika tidak mengucapkan dengan seadilnya ucapan Selamat hari raya kepada semua..!

Dengan ingatan tulus dan Ikhlas...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Khamis, 2009 Julai 09

Edisi Khas : O.N.E forever

Assalamualaikum..

Sebagaimana yang telah saya janjikan sebelum nya, Edisi Khas O.N.E forever kali ini adalah untuk memperjelaskan lagi sedikit sebanyak berkenaan blog ini dengan lebih mendalam. Kira-kira setahun yang lepas saya mula memikirkan kembali bagi merancakkan semula penulisan blog ini kerana telah pun seketika memendamkannya. Ketika melayari internet, pada suatu ketika saya mula menyedari betapa banyak telah munculnya blog-blog tempatan baru terutamanya yang pro kerajaan berlainan sungguh jika hendak dibandingkan dulu(2 tahun sebelum ini) yang mana kebanyakan blog adalah dikendalikan oleh penulis-penulis blog anti Malaysia dan anti kerajaan terutamanya dari Singapura.

Membaca blog-blog tersebut saya mula menjangkakan masih ada lagi walaupun sekelumit harapan bagi kerajaan Barisan Nasional untuk terus mempertahankan kedudukan. Bermula sebagai seorang yang berfahaman bebas yang mendapat banyak input-input politik PAS dari datuk saudara saya, saya juga didedahkan dengan input politik UMNO dari bekas ketua kampung nun jauh di Seremban dahulu. Berdasarkan pengetahuan saya yang tidak seberapa itulah saya mula berdikit-dikit dalam menimba ilmu politik dan mula menyedari betapa sebenarnya realiti dalam wacana kehidupan adalah jauh berbeda berbanding apa yang kelihatan. Ingatlah betapa kita tidak harus membuat penghakiman berdasarkan pada rupa fizikal semata kerana isinya berkemungkinan amat mengelirukan. Namun begitu saya juga menyedari kadang-kadang dan selalunya berbanding sebaliknya adalah rupa luaran akan mencerminkan secara tidak langsung sebahagian dari sanubari seorang manusia jauh di lubuk hati mereka.

Berdasarkan pengetahuan yang semakin berkembang ini akhirnya saya memberanikan diri untuk menerobos ke ruang siber dan membuat keputusan untuk mempertahankan kerajaan dalam perkara berkaitan perlaksanaan dasar dan tindakan bagi mana yang saya agak tahu. Namun begitu saya cukup sedar pengetahuan dan pengalaman saya masih terlalu cetek jika mahu dibandingkan dengan yang lain. Sepanjang menulis blog beberapa purnama ini , saya juga banyak terlibat dalam perdebatan secara siber, menyumbang buah fikiran pada laman web dan blog yang tertentu selain bergaul rapat dengan rakan-rakan di Bloggers Pembela Negara(BPN) dan AIDC. Bagi tujuan input-input perdana saya sering melayari laman web Utusan, Hara*** dan Suara ********. Memahami yang aliran penyebaran maklumat diantara kerajaan dan pembangkang kadangkala agak kontroversi saya juga banyak mendapatkan maklumat dari penulis-penulis blog yang berpandangan bebas.

Saya adalah seorang penuntut ijazah sarjana muda di sebuah universiti swasta di Selangor yang mana sebahagian besar dari pembelajaran saya adalah berkaitan undang-undang meskipun bercampur juga dengan perkara berkaitan perdagangan. Dengan penulisan blog ini saya amat berharap untuk berkongsi pendapat saya terhadap isu-isu semasa samada yang hangat mahupun menjadi kegemaran saya semata, saya juga akur betapa nukilan dan pandangan saya kadangkala tidak menepati citarasa pembaca, pun begitu penghayatan diharap dapat diberikan semasa melakukan penelahan terhadap wacana tersebut yang dikupas dari pelbagai sudut yang tersendiri.

Selepas sekian masa menjayakan blog ini, saya kini lebih bersedia untuk memberikan pandangan pandangan pro Barisan Nasional terutamanya UMNO. Walaupun kini kerajaan Barisan Nasional yang dikepalai UMNO mungkin semakin hilang kekuasaannya namun saya tetap percaya masih lagi ada ruang untuk memperbaiki ia dari dalam tanpa perlu gangguan dari luar. Saya menghargai segala pandangan yang telah diberikan sepanjang mengendalikan blog ini.

Sekian untuk setakat ini..

HIduP uMNo!!
O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner