Rabu, 29 April 2009

JaLAn YanG LUrus (2)

Salam,

          Semalam saya telah berkesempatan untuk membaca tulisan saudara NMA berkenaan penjelasan terhadap post nye sebelum ini. Sebetulnya telah banyak perkara baru yang bermain-main di dalam benak fikiran saya sebelum ini selepas mendapat input dari penulisan blog nya yang pertama, namun selepas pembacaan blognya yang terbaharu semalam, konklusi saya pada kiranya mungkin saya telahpun membuat sedikit penelahan yang salah@saya yang berfikir terlalu banyak(mungkin)..Yang pastinya post tersebut sememangnya membuktikan yang NMA adalah anak kepada TGNA..

          Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar seperti beberapa tulisan pada blog nya yang segar tersebut kelihatan sekali lagi membuka pekung dada PAS, mengambil kira keyakinan beliau terhadap post nya itu saya rasa sudah tidak berminat untuk menggali sebarang permasalahan di dalam Parti PAS sebagaimana yang di nukilkannya, hal dalam Parti nya eloklah jika di selesaikan mereka sendiri.

          Meneruskan penulisan sahaya di dalam blog ini adalah berikutan kebimbangan saya betapa tulisan NMA akan jadi polemik lagi, bukan sebab hal PR tapi tentu sebahagian dari blogger akan menggunakan kesempatan untuk membandingkan hal yang diriwayat NMA dengan perlakuan di dalam UMNO BN, jika ini berlaku maka para blogger akan terperangkap dengan kelebihan senjata sendiri!!!! Adalah menjadi harapan saya agar kita tidak perlu bermegah pada perkara yang tidak baik dan berusahalah menolak fahaman membenarkan yang salah itu.

          Dan yang terbaru mendapat perhatian saya adalah mengenai PRK di DUN PENANTI, di dalam Parlimen PERMATANG PAUH, salah seorang rakan blogger saya telahpun menulis tentang kekeliruannya terhadap pertandigan PRK itu, dan pada hemat saya yang lebih mengelirukan adalah persoalan dasar mengapa BN tidak menunjukkan minat mendalam untuk menyertai PRK tersebut, biarkan sahaja apa yang di katakan orang pembangkang namun sewajarnya BN perlu menempatkan wakil di kawasan tersebut meskipun peluang untuk menang itu agak tipis sekali..

          Jika kos menjadi faktor, ia hanya boleh dipertimbangkan hanya jika tiada pertandingan langsung di kawasan tersebut, sebaliknya hakikat yang perlu diketahui bahawa sekurang-kurangnya ada seorang calon bebas yang telah menyatakan kesediaan untuk menandingi kawasan itu, jadi jika sudah pasti PRK perlu diadakan maka BN perlulah sertai kerana perbelanjaan untuk PRK  sudah tentu akan di gunakan berikutan kehadiran calon bebas di kawasan itu nanti. Kebijaksaan perlulah diambilkira secara serius dalam mengadili perkara ini..(namun saya tetap harap BN akan bertanding)

Sekian bicara,

Ahad, 26 April 2009

JalaN YanG LUrus

Assalamualikum..

          Selepas seketika sudah pun mencecah seminggu lagi nampaknya saya tidak membuat post baru, namun kali ini bukan nya sebab urusan peribadi tetapi kerana terpaksa melayan anon(x tau berape orang ntah) yang bertubi-tubi menyerang post sebelumnya, nasib baik banyak yang dikatakannya itu tidak pernah saya tulis pun dalam post maka senanglah sikit untuk menjawabnya..dengan ini saya menjemput mana-mana pembaca yang lain untuk membaca post dan komen saya sebelum ini untuk di buat perbandingan dengan apa yang telah dikomenkan saudara anon, tentu saudara semua akan jumpa banyak perkara yang diada-adakan tanpa tertulis dalam post!!!Baik lah kembali semula pada perkara utama yang ingin saya kongsikan..

          2 hari lepas seorang sahabat blog saya AKU313 telah memberikan komen berkenaan tulisan anak kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang bertajuk kerja-kerja bodoh dalam PAS.. Walaupun tulisannya seolah-olah memperlekehkan PAS tapi sebenarnya tidak, saya berpendapat ia dilakukan demi penambahbaikan dalam PAS juga, sudah lama rasanya saya tidak membaca tulisan-tulisan di kem pembangkang yang bersifat bebas, namun kali ini yang menulis itu sendiri adalah anak kepada antara pemimpin tetinggi dalam PAS.. Seonok juga hati ini membaca warkah tersebut, bukankah sejak akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan perangai-perangai mereng dalam PAS, nah dalam blog tersebut ada tertulis sebabnya bagi penelaahan kita semua..

          Namun yang terlalu amat melucukan adalah terdapat para penyokong-penyokong yang terlalu taksub dengan PR ini, terutamanya kepada Anwar, itulah bila ada orang lain kata ada yang tak betul dalam PR terus ada yang menyerang blog saya..Sudahlah tidak faham lepas tu sebab nak menunjukkan yang saya ni amat buruk maka berkali-kali lah dia mengulangi tuduhan yang sama seolah-olah saya ni sudah sesat, tentulah jika diamati (sila lihat tulisan blog sblm ini), tiada cara lain lagi untuk mengenakan saya melainkan mengalihkan tumpuan dari coretan sebenar diri ini. Malahan terdapat beberapa sahabat pro-pembangkang yang saya jumpa enggan mengakui kelemahan dalam PR tetapi tak mengapalah yang penting pada saya kelemahan dalam kerajaan dan UMNO sendiri perlu di perbetulkan. Kalau PR terus berkelakuan buruk pun tak mengapa kerana yang rugi itu mereka sendiri.

          Oleh itu adalah penting supaya PM yang baru berusaha melakukan yang terbaik demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Terus-terang saya katakan beberapa tindakan yang dilakukan beliau agak menunjukkan kebijaksanaan seperti pelantikan anggota kabinet yang benar-banar berkebolehan, pemilihan ustaz Jamil sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama islam, tindakan turun padang bagi merasai sendiri kehidupan rakyat terutamanya di kawasan kota, menarik balik larangan penerbitan ke atas akhbar lidah rasmi pembangkang serta menyelesaikan beberapa isu tertunggak yang lain. Di sebalik semua fitnah dan cercaan yang diterima, Datuk Seri Perdana Menteri perlulah terus gagah berusaha dalam menyelesaikan agenda yang masih lagi jauh dari pencapaian yang sepatutnya. Walaubagaimanapun saya berasa sedikit musykil berkenaan keputusan yang baru sahaja dilakukan, yakni berkenaan penukaran status anak dari pasangan yang salah seorangnya memeluk islam, mungkin terlalu awal bagi saya untuk membuat sebarang kesimpulan tetapi sewajarnya perkara ini mendapat penjelasan yang lebih mendalam dari kerajaan sendiri terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak.

          Saya cukup jelas betapa seseorang yang telah memeluk islam seharusnya memberanikan diri bagi menyelesaikan masalah keluarga terlebih dahulu sebelum mula mengislam kan anak-anak, namun perlu di ambil perhatian sekiranya salah seorang dari pasangan membuat keputusan untuk memeluk islam dan gagal untuk menyelesaikan 'masalah keluarganya' itu sehingga membawa kepada penceraian, dan kemudian telah diputuskan pula hak penjagaan anak diperolehi oleh yang beragama islam, bukankah pelik sangat serta terang-terangan melanggar hukum syarak jika anak itu tidak boleh di islamkan??Walaubagaimanapun kepada mereka yang beria-ia menghentam kerajaan di luar sana dengan mengatakan kononnya jika kedua-dua ibu bapa yang telah memeluk islam tidak boleh mengislamkan anak-anak mereka adalah sesuatu yang salah dan boleh diabaikan..Pun begitu masalah besar tetap timbul sebagaimana yang dinyatakan jika perceraian berlaku dan hak kepada yang menjaga untuk mengislam kan anak pula tidak sepatutnya digugurkan dalam apa keadaan sekalipun.

          Oleh itu semua pihak perlulah bekerja keras dalam memperjelaskan berkenaan perkara tersebut dan jika benar seperti telahan saya kesilapan ini perlulah segera diperbetulkan. Sekiranya terdapat sebarang perkembangan terbaru berkenaan hal ini maka saya mengalu-alukan sebarang komen berkenaan isu ini. Namun mengambil pengajaran dari peristiwa sebelum ini saya merayu agar post @ pandangan saya tidak ditokok tambah dan sebarang kesulitan bagi menguasai maksud yang disampaikan boleh lah di highlight dalam komen pembaca sebelum membuat kesimpulan berkenaan blog saya.. Sokongan yang berterusan dari semua pihak amat saya hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih..

Wassalamualaikum..

Isnin, 20 April 2009

BuKAn BudaYA KiTA

Assalamualaikum..

          Kata mereka hukum hudud itu wajib, dalilnya nya ia hukum islam tapi yang peliknya orang yang membawa itu terang-terangan tidak mengikut islam, adakah memaki hamun itu itu cara islam? Kata seseorang memaki itu sebagai menurut cara firman Allah yang mencelakakan golongan tertentu manusia.Mengikut Allah???

Nabi=lemah lembut=manusia
Allah=tuhan(ghaib)=asma u wassifat

Mengapa mahu berkelakuan seperti tuhan??Tidak seperti seorang manusia...adakah sudah terlalu gian mahu menjadi tuhan sehinggalah membawa tarekat baru yang tidak berasaskan islam yang sebenar...Tidak mahu ikut nabi kerana nabi itu pemimpin sebuah kerajaan???Kalau ikut nabi maka terpaksalah patuh pada pemimpin Malaysia iaitu BN UMNO dan tidak lah dapat mereka berkuasa!!!

Double standard!!!

Kita kembali semula pada hukum hudud tadi, kita semua tahu samada Hudud, Qisas dan Takzir masing masing mempunyai prioriti sendiri maka tidak hairan lah ada yang lebih keras dari yang lain..Mengapa???bukannya kerana hukum spesisifik yang penting tetapi lebih kepada hukum yang tidak bertentangan dengan islam itulah hukum islam!!!! itulah sebabnya Hudud, Qisas dan Takzir mempunyai perbezaan kerana hukum islam bukan pada nama tetapi sejauh mana ia beriringan dengan al-quran dan mengikut maslahat manusia pada perkara yang furu'..
Oleh itu relevankah lagi hudud PAS itu, adakah ia satu lagi retorik sebagaimana

Dulu "ikut perlembagaan itu kafir" @
"berkawan dengan syaitan x mengapa asalkan memerangi golongan kafir"

tetapi kemudiannya ada seseorang kata buktikan kalau ada mana-mana transkrip @ perembagaan dlm PAS yang menunjukkan yg PAS mahu menubuhkan negara islam(NIZAR CAMRY)..dan bersahabat dengan DAP kafir Harbi (guna ayat quran serta sirah nabi untuk dapat sokongan orang@pengundi bukan utk dalami islam!) yang seseorang pernah kata "langkah mayat saya dahulu kalau mahu tubuh negara islam(karpal)" dan memberi sokongan moral melalui ucapan "ini semua salah kerajaan kerana melakukan provokasi" terhadap kumpulan yang pernah menuduh Islam sebagai pengganas(HINDRAF).. 


sokong musuh islam=cakap x serupa bikin=mudah terpedaya pada orientalis=islamkah???
bsahabat dengan mereka yg pentingkan kaum sendiri=pertahan islam selama lbih setengah abad=kafirkah???

Double Standard!!!!!

Berterusan dengan kes pembebasan Anwar dari tuduhan meliwat(2004), kata mereka keadilan telah terlaksana..rata-rata pemimpin BN UMNO yang telah di buktikan tidak bersalah samada pada siasatan SPR@SPRM atau prosiding mahkamah pula sebaliknya dikatakan sebagai tidak adil!

Double Standard!!!!

Merencanakan lompat parti dari BN kepada PR melalui projek 16 Sept merupakan hijrah yang lebih baik, seseorang kata lompat ke dalam PR x pa, lompat ke BN dosa!!!Bila kerajaan 'puppet' Perak runtuh kerana lompat ke dalam BN maka tiba-tiba ia merupakan moral yang buruk, khianat kepercayaan rakyat etc...

Double Standard!!!

Kerajaan Terengganu yang membeli kereta Merce di kata kan membazir wang, salah guna wang rakyat tapi apabila Perak (bukan negeri kaya apa pon) beli Camry tidak mengapa pulak??? pandai pula bangkitkan hal kereta nasional tak berkualiti..

Double Standard!!!!

Menantu MB Kelantan masuk pejabat MB, MB kata nak diikutkan zaman rasullullah lagi kronisme sebab Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar menjadi khalifah???Anwar, isteri dan anak perempuan menjadi @ pernah jadi ahli parlimen, ini bukan kronisme..Anwar proposed Khalid Ibrahim utk dapat syer PNB wkt krisis ekonomi 1998 bukan kronisme???Pemilihan Fong Po Kuan dan suami sebagai calon pilihanraya bukan kronisme??? Jawapan nya memang seperti yang di katakan MB Kelantan ini bukan kronisme cuma kalau BN UMNO yang wat kronisme lah kalau PR relak jer...

Double Standard!!!!!

Pembohong Besar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Astaghfirullah al azim..Ini bukan budaya kita tapi merekaa!!!

Rabu, 15 April 2009

aNDai Ku TAhu..

Assalamualikum,

          Seminggu sudah saya tidak mengemaskini blog ini gara-gara mempunyai sedikit urusan peribadi. Namun pada hari ini saya kembali bagi mengupas semula cerita-cerita indah sepanjang pembentukan perjuangan saya. Pernahkah kita terfikir walau sekalipun ungkapan ini...

Andai ku tahu segalanya berlaku sebegini rupa!

          Dahulu rasanya pelik sangat apabila melihat keadaan politik negara yang 'terlalu' stabil sehingga kadang-kadang terasa amat bosan sekali perasaan di hati, namun kini segalanya telah berubah, semua yang pernah saya fikirkan terasa amat jauh sekali berbanding realiti selepas PRU 12..Tiada apa yang menggembirakan sanubari halus dalam diri sebaliknya berasa begitu sedih sekali melihat keadaan politik semasa. Alangkah sakitnya hati kecil melihat segala macam kerosakan dan ketidakstabilan yang berlaku tetapi inilah realiti kehidupan, kadang tenang dan kadang bergelora.

          Kini terlalu banyak yang perlu di persalahkan, mudah sahaja untuk kita fahami kerana kebenarannya jika kita tidak menyalahkan orang lain bukankah kita akan di persalah kan? Permainan jenis apakah ini yang sedang menggelumangi kita semua warga pencinta politik! Acap kali saya membaca artikel yang menyalahkan pemimpin negara tidak kiralah yang 'dahulu' itu mahupun yang meng'ganti'kannya kemudian ataupun yang baru-baru ini sahaja. Istilah ketaatan telah hilang dari kita semua, bukan salah mereka saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian. Sebaliknya ini semua dek kerana kaki-kaki fitnah dan jahil yang tidak bertamadun di luar sana.

          Salahkah apabila Tun Dr. Mahathir memajukan Malaysia dan menerapkan elemen modenisasi ke dalam negara yang tercinta ini? Menceritakan detik di mana saya membuat keputusan hidup dan sumpah setia perjuangan, pernah sekali saya berada di sebuah bangunan tinggi di kota raya Kuala Lumpur yang mana pemandangannya indah meliputi segenap lapisan panorama pusat bandar yang dihiasi lampu-lampu bergemerlapan di kala waktu malam yang dingin. Terdetik di hati saya betapa banyak nya jiwa-jiwa diluar sana yang rosak akhlaknya, seolah-olah setiap pelosok bandaraya ini ada cacat cela yang tersembunyi meskipun begitu di tutup rapi oleh rupa kosmetik bandar metropolitan..Salahkah Tun M apabila semua ini berlaku? Berdosakah dia menanam impian dan masa depan dalam sanubari setiap insan di selerakkan kota ini? Tidak, tentu sekali tidak, semua ini dan tidak walau satu pun darinya adalah salah beliau, bukankah telah dibinanya platform terbaik bagi kita semua untuk melaksanakan mekanisma pengawalan itu dan salah kah jika Tun M memberi kebebasan untuk kita mencorakkan sendiri asas sebagaimana kertas putih yang telah diusahakannya. Ini semua salah kita sendiri @ sekurang-kurangnya salah saya kerana gagal mempertahankan amanat berharga tersebut, dosa kita kerana tidak berjuang dengan penuh kebenaran demi negara bangsa dan agama ini, malahan salah kita kerana tidak bersama-sama dalam membentuk masa depan mengikut acuan kita sendiri.

          Mungkinkah ini semua salah Pak Lah yang gagal mendapatkan sokongan dalam melaksanakan transformasi yang didambakan, meskipun begitu silapkah dia memerintah dengan penuh kelembutan dan ketaqwaan, berdosakah dia apabila memberikan kepercayaan yang keterlaluan kepada rakyat madani untuk memberi penilaian terhadap pemerintahannya sehingga dipijak sementelahan rupa. Apabila pertama kali mencanangkan berkenaan pembersihan rasuah, masihkah kita ingat betapa Pak Lah telah di permainkan dan di sindir oleh pelbagai pihak? Di ikuti pula dengan pembawaan gagasan Islam Hadhari yang juga di iktiraf Syeikhul al Azhar, Syeikh Muhammad Al Tantawi sebagai manhaj ke arah pemahaman islam sebenar, sekali lagi ia dijadikan sebagai bahan gurau senda oleh mereka yang jahil. Apakah jenis rakyat dan manusia yang kita semua telah jadi? Menjalankan tugas tuhan tanpa mendalami tanggungjawab diri dan sewenang-wenangnya mencacai amanat Allah yakni para pemimpin yang telah di pilih? Sejauh mana kah hak kita dalam mentadbir alam semesta yang terbentang luas jika dibandingkan dengan mereka yang terlibat secara langsung dalam tugasan berkaitan. Berjuang dengan penuh kesakitan dan kadangkala terasa bagai keseorangan dalam dunia, adakah sesiapa yang benar-benar peduli akan pengorbanan tersebut.

Andai ku tahu kalau ini semua sebenarnya adalah salah ku sendiri!
Andai ku mampu merubahnya dengan tangan yang ini..
Namun berjayakah perjuangan itu nanti dengan melihat keadaan semasa yang semakin kalut dan huru-hara.
Mungkinkah Datuk Najib merupakan mangsa yang seterusnya permainan kumpulan pengatur dunia itu..
Andai ku tahu sebelum segalanya terlambat..

Semoga Allah akan memberikan bantuan dalam perjuangan suci agenda bangsa. Pertahankanlah islam dan umat bangsaku ini..

Ya Allah selamatkanlah kami semua, 
Jika andainya masih ada lagi sebarang kesempatan sebelum saat kejatuhan..

Khamis, 9 April 2009

Senarai Kabinet Harapan

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Rabu, 8 April 2009

TeoRI ' TinDAk BAlas '

Assalamualaikum,

          Sebagaimana yang telah di ketahui semua, BN KALAH pada malam ini! Kemenangan besar di Sarawak banyak merujuk pada perbezaan keadaan politik di sana sekaligus tidak dapat menyelamatkan hakikat yang BN sememangnya telahpun tewas. Sebenarnya saya telah memikirkan sekurang-kurangnya 7 tajuk lain bagi menghiasi blog saya di kala dingin malam ini yang turut ditemani jutaan kehibaan, namun saya memutuskan tajuk ini lah yang paling sesuai sebagai wadah bagi menyampaikan makna sebenar yang terbuku jauh di dalam hati saya. Teori ini bukan lah apa-apa yang baru tetapi perlu saya ungkapkan kembali di kala kejatuhan teruk BN pada akhir-akhir ini..

          Kebetulan perbincangan dengan rakan 'sekepala saya' sebentar tadi kelihatannya tidak mendapat 'feedback' yang positif berkenaan dengan apa yang saya cuba sampaikan pada tiraian malam ini. Tidak mengapalah, yang penting rasanya jika saya dapat membawakan teori ini dengan baik pada kira saya meskipun kurang di persetujui oleh yang lain terutamanya selepas malam ini. Teori ini saya nukilkan atas kesedaran bahawa kebenaran tidak selalunya datang dalam keadaan @ pun rupa bentuk yang kita kenali mahupun mudah diterima akal, tatkala kekalahan berterusan BN sejak akhir-akhir ini tentu ramai yang menyangkakan yang sudah tiada apa lagi yang tinggal bagi BN @ UMNO selepas ini atau lebih tepat lagi pada Pilihan Raya Umum yang ke 13 nanti.

          Kebanyakan analisis yang saya sempat baca menyerang bertubi-tubi saudara Khairy dan juga Pak Lah, tetapi saya kurang pasti apakah kesannya kepada mereka selepas ini namun tidak mengapalah kerana itu bukan persoalannya yang utama. Pandangan saya, kalangan ini tidak belajar dari peristiwa bilamana hampir runtuhnya PAS pada PRU 11 yang membawa kepada desakan kepada perletakan jawatan terhadap Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sebagai menteri besar, apa yang jelas berlaku mereka segera rapatkan barisan dan 'menghapuskan' suara-suara sumbang dari dalam yang mampu mengganggu gugat parti. Mereka membina imej yang baik dan pada masa yang sama berjaya memburukkan imej UMNO di mata rakyat. Politik berfokus diamalkan dan kawasan 'kuat' Pengkalan Chepa juga terus di pertahan. Dan kemudian apabila tibanya PRU 12 mereka tiba-tiba menang dengan majoriti yang cukup besar(berbeza degan BN yg sudah biasa dengan kemenangan mutlak sekali dalam putaran temph 10 tahun @ 2 pilihanraya).

          Perkara di atas saya bawakan didalam teori tindak balas yang saya kemukakan pada sebelumnya. Pola turun naik sepatutnya pasti berlaku mengikut giliran pada setiap putaran 2 pilihanraya atau dikira secara mudah setiap 8 ke 9 tahun(@ 10 tahun), apabila Pas Kelantan dilanda kejatuhan pada pusingan 'turun'(yang pasti berlaku) mereka telah cukup bersedia untuk menghadapi pola menaik pada pusingan pilihanraya yang berikutnya maka pada pandangan saya ini lah sebabnya mereka tiba-tiba menang besar dalam PRU 12, hatta kemenangan UMNO pada 2 kerusi parlimen juga semata-mata atas faktor pengaruh(bukan lagi atas faktor parti sebagaimana biasa) yang menunjukkan parti sudah sedikit hilang sentuhan apabila berlakunya putaran 'turun' @ jatuh ini tadi. Sebaliknya pusingan menaik ini(terhadap BN) sepatutnya kembali berlaku (sebagaimana pada 10 PRU sebelum ini) pada pilihanraya yang akan datang cuma yang perlu di pastikan sebergaya manakah mampu ia dilakukan nanti??

          Sahabat saya kuat menentang teori tersebut atas alasan pada hari ini ada pemboleh ubah yang telah masuk campur yakni faktor 'anwarisme' berbanding dahulu, media juga menurutnya telah bercambah secara tidak terkawal sehingga membolehkan fitnah terhadap kerajaan berleluasa tanpa sebarang sekatan. Media konvensional(pembela kerajaan) sudah tidak lagi di terima anak muda sedangkan hakikatnya itulah sahaja cara yang ada bagi kerajaan untuk memberi penjelasan pada rakyat, begitu juga blog-blog pro kerajaan yang di caci maki dan lebih teruk lagi sebahagian besar blog-blog ini tidak mempunyai asas yang kuat dan tidak mampu menangkis serangan pembangkang. Kesimpulannya dia merasakan teori tindakbalas ini tidak akan berlaku lagi dan UMNO BN berkemungkinan pasti akan kalah selepas ini.

          Maka ini jawapan saya, faktor 'anwarisme' hanya berlaku kerana simpati, dan pada saya semudah ia datang maka ia juga akan segera pergi, percambahan meendadak media pula seharusnya membawa keuntungan dan kerugian kepada dua-dua belah pihak secara rata jika ia mampu digunakan secara bijak mahupun sebaliknya oleh itu tidak perlu ada sekatan jelas bagi mengawalnya, rakyat juga akan cepat bosan jika sering di sajikan dengan keburukan kerajaan maka akan timbul kesan sebaliknya yang memburukkan pembangkang sendiri. Sebagaimana akhbar dan media lain blog juga tidak akan memberi kesan penuh pada pemikiran rakyat, memang benar ia perlu di kawal tetapi jika isu-isu berkenaan mendapat jawapan sewajarnya dari kerajaan maka sekali lagi ia hanya akan memakan pembangkang semula, bagi memperkuatkan hujah-hujah dikalangan blogger pro kerajaan pula saya percaya kerajaan atau blooggers sendiri boleh menyediakan suatu bank maklumat untuk penjelasan bersama.

           Atas sebab-sebab ini saya yakin putaran menaik akan kembali dan BN mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan diri dan rakyat, dan insyaallah jika kita semua berusaha untuk memperbetulkan keadaan dari sekarang maka hasilnya nanti tentu lebih baik. Satu sandaran mudah dapat saya berikan adalah apabila BN menang besar dalam PRU 11, kejayaan ini berterusan dari satu PRK ke satu PRK yang lain, sebaliknya apa yang berlaku pada PRU 12??Sejurus BN kalah teruk pada PRU 12 BN berterusan kalah dalam setiap PRK yang ditandinginya(kemenangan di Sarawak lain cerita) namun saya percaya sebaliknya akan berlaku pada PRU 13 nanti..Kenapa x pcaya kew???
Ini satu lagi bukti, apabila BN menang besar dalam PRU 11 keadaan di Sarawak sebaliknya berbeza apabila BN kalah banyak kerusi d tangan pembangkang di Sarawak pada pilihanraya selepas PRU 11, di sebalik kekalahan teruk BN di semenanjung pada akhir-akhir ini(natijah daripada kekalahn BN pada PRU 12) kemenangan besar di Batang Ai(jumlah majoriti naik 2 kali ganda) sebentar tadi menunjukkkan perbezaan..Mengapa??? Ini lah yang saya simpulkan sebagai signal pembalikan @ teori tindakbalas yakni perkara yang sebaliknya akan berlaku pada setiap putaran pilihanraya..Jika teori saya benar BN pasti akan mencatatkan peningkatan kemenangan bilangan kerusi pada pilihanraya Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi dan berterusan sehinggalah PRU 13.

Insyaallah,

Sekian,

Sabtu, 4 April 2009

PatAH TUmbuH hILang BerGAnti

assalamualaikum,

          Tepat pada jam 10.05 pagi jumaat yang lepas, maka terciptalah sebuah lagi sejarah baru dan penting di Malaysia. Lafaz sumpah Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi memartabatkan nya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Di sebalik mendung siang yang selama ini menyelubungi Kerajaan Barisan Nasional pada seketika yang lalu, kini persoalan yang lain timbul samada mampukah beliau membawa sinar baru sekaligus merealisasikan harapan menggunung yang disandarkan kepada beliau oleh serata rakyat jelata atau sekurang-kurangnya mengembalikan kepercayaan ahli BN sebermulanya pentadbiran beliau ini. 2 bukit satu empangan bakal menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kenaikan pangkat beliau dan jika masih belum cukup lagi, kabinet baru yang dijangka di bentuk pada hari rabu ini yakni sehari selepas keputusan 3 keputusan PRK bakal dinilai sewajarnya.

          Ujian Datuk Seri Perdana Menteri yang baru bukan nya sedikit, saya mungkin tidak cukup layak untuk mengklasifikasikan tahap kesukarannya namun saya tetap percaya tahun pemerintahan PM yang ke 6 beberapa ketika ini bakal mendapat penghakiman yang cukup kasar dan jika ia tidak cukup positif maka BN akan ditarik jatuh pada PRU yang seterusnya. Ucapan sulung Datuk Seri Najib pada malam tadi cukup memberikan kejutan, namun cukupkah sekadar itu??? Aura sebegini jarang sekali dapat bertahan lama jika tidak berterusan mendapat suntikan. Oleh itu tidak boleh tidak, segala perjalanan pentadbiran perlulah di pastikan dapat di gerakkan sesempurna mungkin, tiupan amaran telahpun di berikan, MCA telahpun memulakan tuntutannya di kala parti masih lagi belum cukup bersedia bagi mempertahan kan kedudukan seadanya. Penyelesaian perlulah segera di dapat kan supaya ia tidak akan merosakkan pakatan murni yang telah sekian lama bertahan atas pengorbanan darah dan keringat semua bangsa terutamanya bangsa melayu.

          Andainya tiada penyelesaian konkrit di capai maka rakyat akan terus berhadapan dengan ketidakstabilan yang dialami pada ketika ini, di sebalik keadaan ekonomi dunia yang terus tidak keruan, harga minyak pula kembali melonjak di pasaran antarabangsa, malahan FDI dari luar negara pula semakin berkurangan ditambah pula dengan kejatuhan rizab antarabangsa negara. Bukan ini sahaja pelbagai masalah akan melanda lagi selepas ini dan jika kerajaan dan rakyat tidak cukup gagah untuk menghadapinya, berkecewalah kita semua di kemudian hari kerana kegagalan pada hari ini akan menyebabkan kerosakan dan kecacatan pada persekitaran generasi pada masa hadapan. Teruskan lah perjuangan dengan cekal dan tabah serta jangan sesekali mengalah dalam perjuangan negara bangsa ini.

          Dan kepada Pak Lah yang dikasihi, jasamu tetap dikenang walau hanya kegagalan yang dicanangkan selama pentadbiran Tun, saya begitu berterima kasih atas segala yang telah dilakukan, bukan mudah jika hidup sentiasa dirundungi kesedihan, Pak Lah telah kehilangan ibu,adik ipar dan kemudiannya isteri yang tercinta sepanjang tahun awal pemerintahan dan kini pangkat juga tuhan telah bawa pergi, x mengapalah Pak Lah kini segalanya lebih mudah maka hiduplah dengan penuh kebahagiaan bersama isteri, anak, menantu dan cucu yang tercinta. Saya percaya Pak Lah tidak bersalah dalam arena ini namun apakan daya dunia politik akhirnya telah menelan segala perjuangan Pak Lah tanpa banyak yang tinggal untuk di perkatakan, budimu akan sentiasa di hatiku dan semoga Allah membalas segala yang telah di bina selama ini oleh Pak Lah yang di kasihi. Malahan Pak Lah lah merupakan satu-satunya PM yang pernah melawat kampung saya, walaupun hujan Pak Lah tetap turun untuk bersalaman dengan orang kampung walaupun akhirnya di takdirkan yang ia jatuh ke tangan PAS namun itu lah ketentuan tuhan yang maha ESA..Terima Kasih Pak Lah

          Di Era baru ini adalah amat di dambakan agar negara akan terus di pacu kearah kejayaan yang jauh lebih cemerlamg, gemilang dan terbilang.

Semoga Allah akan terus merahmati Malaysia.
SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Allahuakbar..

Rabu, 1 April 2009

Masihkah ADA KeSEMPATan??

Sebahagian petikan ucapan Benazhir Bhutto sebelum mati di bom...

"Saya telah di beritahu oleh mereka(Amerika Syarikat), jika kita tidak memerangi kalangan ini(pengganas) maka mereka(Amerika Syarikat) akan datang ke sini dan melakukannya. Ini tanah kita, kita harus pertahankannya, saya akan mempertahankannya..."

assalamualaikum,

          Di atas merupakan sebahagian dari kata-kata yang cukup penting dapat saya petik dari ucapan Benazhir di saat-saat terakhir nyawanya sebelum terbunuh. Siapa sangka manusia yang cukup rapat dengan Amerika ini akan meluahkan sesuatu yang sedemikian mendalam sekali. Mengapa????
Saya percaya kerana dia tahu betapa bahaya dan kejinya Amerika Syarikat..sementelahan hubungannya dengan gergasi dunia itu, dia tahu bahawa Amerika pasti akan mencari alasan untuk datang ke negaranya dan mengganggu gugat kesejahteraan rakyat Pakistan dan akhirnya merosakkan negara tanah tumpah kelahirannya itu.

          Amerika merupakan negara pengganas yang dipimpin oleh mereka yang amat berniat jahat terhadap orang lain tetapi masih menjaga kepentingan di kalangan mereka sendiri kerana mereka tahu kekuatan yang ada pada mereka tidak akan mampu di tandingi oleh sesiapapun, sebaliknya perkara dan faktor dalamanlah yang mungkin mampu untuk menjatuhkan mereka. Maka sepatutnya kita pelajari betapa pentingnya perpaduan di antara kita semua dalam mempertahankan masa hadapan yang lebih gemilang sekaligus merealisasikan hasrat untuk mengangkat martabat negara bangsa Malaysia ke tahap yang jauh lebih tinggi dan mampu untuk menandingi negara-negara yang lain di dunia ini.

          Perpaduan tidak datang dengan mudah, ia datang hanya apabila adanya kepentingan penghayatan serta pengorbanan ke atas sesuatu. Maka sebarang usaha ke arahnya perlulah di pandang secara positif tanpa perlu tergesa-gesa dalam apa jua jenis pemetraian di antara dua pihak. Namun seketika melalui prosesnya jika ada yang secara jelas menyebabkan kerosakan maka kita harus lah berusaha dengan sedaya upaya untuk melenyapkannya. Sebagaimana yang Benazhir sampaikan pada ceramahnya, mahupun seperti mana Amerika menjaga rakyatnya sendiri, masing-masing tahu akan kepentingan yang diperjuangkan agar tidak mudah punah dek sebab perkara-perkara kurang penting.

          Oleh itu pada PRK kali ini keputusan yang cukup bijak perlulah dilakukan agar kerosakan tidak akan dapat terus di lakukan oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa dan agama ini. Jangan benarkan perpecahan di kalangan umat islam dan tolak lah mereka yang sudah jelas berhubungan rapat dengan Amerika. Berjanjilah yang tanah air ini akan dijaga dengan sempurna sebelum di serahkan kepada generasi masa hadapan, ambillah pengajaran dari peristiwa yang berlaku di Pakistan agar kesilapan tidak akan mengambil tempat semata-mata kerana emosi yang tidak seimbang.

Bersamalah berjuang kearah kekuatan ummah,
Demi segala yang kita yakini, percayai serta pegangi.

Keranamu Malaysia...
O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner