Ahad, 26 April 2009

JalaN YanG LUrus

Assalamualikum..

          Selepas seketika sudah pun mencecah seminggu lagi nampaknya saya tidak membuat post baru, namun kali ini bukan nya sebab urusan peribadi tetapi kerana terpaksa melayan anon(x tau berape orang ntah) yang bertubi-tubi menyerang post sebelumnya, nasib baik banyak yang dikatakannya itu tidak pernah saya tulis pun dalam post maka senanglah sikit untuk menjawabnya..dengan ini saya menjemput mana-mana pembaca yang lain untuk membaca post dan komen saya sebelum ini untuk di buat perbandingan dengan apa yang telah dikomenkan saudara anon, tentu saudara semua akan jumpa banyak perkara yang diada-adakan tanpa tertulis dalam post!!!Baik lah kembali semula pada perkara utama yang ingin saya kongsikan..

          2 hari lepas seorang sahabat blog saya AKU313 telah memberikan komen berkenaan tulisan anak kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang bertajuk kerja-kerja bodoh dalam PAS.. Walaupun tulisannya seolah-olah memperlekehkan PAS tapi sebenarnya tidak, saya berpendapat ia dilakukan demi penambahbaikan dalam PAS juga, sudah lama rasanya saya tidak membaca tulisan-tulisan di kem pembangkang yang bersifat bebas, namun kali ini yang menulis itu sendiri adalah anak kepada antara pemimpin tetinggi dalam PAS.. Seonok juga hati ini membaca warkah tersebut, bukankah sejak akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan perangai-perangai mereng dalam PAS, nah dalam blog tersebut ada tertulis sebabnya bagi penelaahan kita semua..

          Namun yang terlalu amat melucukan adalah terdapat para penyokong-penyokong yang terlalu taksub dengan PR ini, terutamanya kepada Anwar, itulah bila ada orang lain kata ada yang tak betul dalam PR terus ada yang menyerang blog saya..Sudahlah tidak faham lepas tu sebab nak menunjukkan yang saya ni amat buruk maka berkali-kali lah dia mengulangi tuduhan yang sama seolah-olah saya ni sudah sesat, tentulah jika diamati (sila lihat tulisan blog sblm ini), tiada cara lain lagi untuk mengenakan saya melainkan mengalihkan tumpuan dari coretan sebenar diri ini. Malahan terdapat beberapa sahabat pro-pembangkang yang saya jumpa enggan mengakui kelemahan dalam PR tetapi tak mengapalah yang penting pada saya kelemahan dalam kerajaan dan UMNO sendiri perlu di perbetulkan. Kalau PR terus berkelakuan buruk pun tak mengapa kerana yang rugi itu mereka sendiri.

          Oleh itu adalah penting supaya PM yang baru berusaha melakukan yang terbaik demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Terus-terang saya katakan beberapa tindakan yang dilakukan beliau agak menunjukkan kebijaksanaan seperti pelantikan anggota kabinet yang benar-banar berkebolehan, pemilihan ustaz Jamil sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama islam, tindakan turun padang bagi merasai sendiri kehidupan rakyat terutamanya di kawasan kota, menarik balik larangan penerbitan ke atas akhbar lidah rasmi pembangkang serta menyelesaikan beberapa isu tertunggak yang lain. Di sebalik semua fitnah dan cercaan yang diterima, Datuk Seri Perdana Menteri perlulah terus gagah berusaha dalam menyelesaikan agenda yang masih lagi jauh dari pencapaian yang sepatutnya. Walaubagaimanapun saya berasa sedikit musykil berkenaan keputusan yang baru sahaja dilakukan, yakni berkenaan penukaran status anak dari pasangan yang salah seorangnya memeluk islam, mungkin terlalu awal bagi saya untuk membuat sebarang kesimpulan tetapi sewajarnya perkara ini mendapat penjelasan yang lebih mendalam dari kerajaan sendiri terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak.

          Saya cukup jelas betapa seseorang yang telah memeluk islam seharusnya memberanikan diri bagi menyelesaikan masalah keluarga terlebih dahulu sebelum mula mengislam kan anak-anak, namun perlu di ambil perhatian sekiranya salah seorang dari pasangan membuat keputusan untuk memeluk islam dan gagal untuk menyelesaikan 'masalah keluarganya' itu sehingga membawa kepada penceraian, dan kemudian telah diputuskan pula hak penjagaan anak diperolehi oleh yang beragama islam, bukankah pelik sangat serta terang-terangan melanggar hukum syarak jika anak itu tidak boleh di islamkan??Walaubagaimanapun kepada mereka yang beria-ia menghentam kerajaan di luar sana dengan mengatakan kononnya jika kedua-dua ibu bapa yang telah memeluk islam tidak boleh mengislamkan anak-anak mereka adalah sesuatu yang salah dan boleh diabaikan..Pun begitu masalah besar tetap timbul sebagaimana yang dinyatakan jika perceraian berlaku dan hak kepada yang menjaga untuk mengislam kan anak pula tidak sepatutnya digugurkan dalam apa keadaan sekalipun.

          Oleh itu semua pihak perlulah bekerja keras dalam memperjelaskan berkenaan perkara tersebut dan jika benar seperti telahan saya kesilapan ini perlulah segera diperbetulkan. Sekiranya terdapat sebarang perkembangan terbaru berkenaan hal ini maka saya mengalu-alukan sebarang komen berkenaan isu ini. Namun mengambil pengajaran dari peristiwa sebelum ini saya merayu agar post @ pandangan saya tidak ditokok tambah dan sebarang kesulitan bagi menguasai maksud yang disampaikan boleh lah di highlight dalam komen pembaca sebelum membuat kesimpulan berkenaan blog saya.. Sokongan yang berterusan dari semua pihak amat saya hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih..

Wassalamualaikum..

6 comments:

orang biasa berkata...

Salam..

Anda rasa saudara "aku313" itu berilmu? Saya boleh tunjukkan bukti yang dia mengamalkan sifat "angkat bakul masuk sendiri". Saudara one mahu? Saya boleh tunjukkan bukti..

ONE berkata...

salam orang biasa,

jika saudara merasakan AKU313 begitu maka saudara bolehlah mempertikai terus kedalam blognya..

walaubagaimanapun terima kasih kerana sudi berkunjung..

arizWanmerahs berkata...

Salam buat tuan rumah, moga sihat n gembira selalu,

saya, baca saja, no komen... :)

ONE berkata...

salam merah,

terima kasih atas kunjungan,semoga saudara juga sihat dan gembira selalu serta Allah akan terus merahmati seluruh rakyat Malaysia..

amin yarabbal alamin..

Aku berkata...

salam saudara One,

saudara One, ada orang cakap saya angkat bakul sendiri? kalau benar apa yg dia rasa, silalah beri komen di blog saya sendiri dan beritahu saya sendiri. kalau cakap belakang, ini dah jadi gheebah ni..saudara orang biasa sedang membuat gheeba terhadap saya eh? tak pe la..


saudara One, saudara cuma link kan blog saya dengan entri saudara, sudah di chop tetiba bahawa saudara fikirkan saya berilmu? Lol.. saya tak pernah pun terfikir bahawa saya ni berilmu.. bahkan jauh lagi perjalanan saya dalam perjalanan ilmu ni.

apa apa pun terima kasih kerana saudara sudi memberi saranan kepada si 'orang biasa' ni supaya ke blog saya.itu baru dikatakan gentleman ,;)

teruskan perjuangan kita demi agama bangsa dan negara inshaallah:)

ONE berkata...

saalam saudara AKU,

terima kasih kerana menjengah..
di harap kedua-dua saudara AKU dan orang biasa akan dapat menyelesaikan perkara ini..

biasa lar benda macam nie, kalo ada penjelasan ok ler tue..

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner