Rabu, 1 April 2009

Masihkah ADA KeSEMPATan??

Sebahagian petikan ucapan Benazhir Bhutto sebelum mati di bom...

"Saya telah di beritahu oleh mereka(Amerika Syarikat), jika kita tidak memerangi kalangan ini(pengganas) maka mereka(Amerika Syarikat) akan datang ke sini dan melakukannya. Ini tanah kita, kita harus pertahankannya, saya akan mempertahankannya..."

assalamualaikum,

          Di atas merupakan sebahagian dari kata-kata yang cukup penting dapat saya petik dari ucapan Benazhir di saat-saat terakhir nyawanya sebelum terbunuh. Siapa sangka manusia yang cukup rapat dengan Amerika ini akan meluahkan sesuatu yang sedemikian mendalam sekali. Mengapa????
Saya percaya kerana dia tahu betapa bahaya dan kejinya Amerika Syarikat..sementelahan hubungannya dengan gergasi dunia itu, dia tahu bahawa Amerika pasti akan mencari alasan untuk datang ke negaranya dan mengganggu gugat kesejahteraan rakyat Pakistan dan akhirnya merosakkan negara tanah tumpah kelahirannya itu.

          Amerika merupakan negara pengganas yang dipimpin oleh mereka yang amat berniat jahat terhadap orang lain tetapi masih menjaga kepentingan di kalangan mereka sendiri kerana mereka tahu kekuatan yang ada pada mereka tidak akan mampu di tandingi oleh sesiapapun, sebaliknya perkara dan faktor dalamanlah yang mungkin mampu untuk menjatuhkan mereka. Maka sepatutnya kita pelajari betapa pentingnya perpaduan di antara kita semua dalam mempertahankan masa hadapan yang lebih gemilang sekaligus merealisasikan hasrat untuk mengangkat martabat negara bangsa Malaysia ke tahap yang jauh lebih tinggi dan mampu untuk menandingi negara-negara yang lain di dunia ini.

          Perpaduan tidak datang dengan mudah, ia datang hanya apabila adanya kepentingan penghayatan serta pengorbanan ke atas sesuatu. Maka sebarang usaha ke arahnya perlulah di pandang secara positif tanpa perlu tergesa-gesa dalam apa jua jenis pemetraian di antara dua pihak. Namun seketika melalui prosesnya jika ada yang secara jelas menyebabkan kerosakan maka kita harus lah berusaha dengan sedaya upaya untuk melenyapkannya. Sebagaimana yang Benazhir sampaikan pada ceramahnya, mahupun seperti mana Amerika menjaga rakyatnya sendiri, masing-masing tahu akan kepentingan yang diperjuangkan agar tidak mudah punah dek sebab perkara-perkara kurang penting.

          Oleh itu pada PRK kali ini keputusan yang cukup bijak perlulah dilakukan agar kerosakan tidak akan dapat terus di lakukan oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa dan agama ini. Jangan benarkan perpecahan di kalangan umat islam dan tolak lah mereka yang sudah jelas berhubungan rapat dengan Amerika. Berjanjilah yang tanah air ini akan dijaga dengan sempurna sebelum di serahkan kepada generasi masa hadapan, ambillah pengajaran dari peristiwa yang berlaku di Pakistan agar kesilapan tidak akan mengambil tempat semata-mata kerana emosi yang tidak seimbang.

Bersamalah berjuang kearah kekuatan ummah,
Demi segala yang kita yakini, percayai serta pegangi.

Keranamu Malaysia...

4 comments:

GOMO berkata...

SALAM BRO...
ARTIKEL YANG MENARIK...
PENUH DENGAN MAKSUD YANG TERSIRAT..HE HE HE...

BILA NAK JOIN BPN???

Panglima Perang Cyber berkata...

Ye benar bro GOMO... Penulisan saudara tuan blog bagus.

Mari kita ramaikan team BPN kita..

Salam.

kryptonian child berkata...

btol....
aku setuju dgn pendapat ko sal isu2 yg disentuh kt dlm ni....
berkenaan dengan agenda amerika yang menggelar diri mereka sebagai polis dunia, seluruh pendudukplanet bumi ni ckp jelas dgn tindakan dyorg yang menyerang negara lain secara membabi buta........
di iraq umpamanya,atas alasan negara ini mempunyai senjatabiologi dan sebagainya telah mengakibatkan ribuan nyawa yang terkorban akibat serangan dyorang sebaliknya senjata merbahaya yang dyorg uar2kan lgsg x dijumpai pown....
di palestin,ape tidakan polis dunia ni ketika hak asasi rakyat palestin dicabuli..........jutaan mayat yang terdapar punmasihlagi x merubah pendapat mereka menghalalkan serangan israel ke atas bumi palestin.....
sangat menyedihkan.....
memang mudah nak melabel orang lai sebagai pengganas tapi mereka perlu cermin dulu diri mereka......dalam keadaan rakyat dunia melaungkan bantahan secara besar-besaran amerika masih x membantukebajikan palestin pun..........
langsung tiada desakan oleh amerika kepada israel untuk membuka pintu sempadan agarbantuan dapat disampaikan....ini ke yang dikatakan sbg polis dunia????
menyentuh tentang keadaan di negara ini, saya rasa adalah satu keperluan utk pemimpin negara menubah persepsi antara satu sama lain........
rakyat dah muak nk mendengar mereka mengutuk antara stu sama lain.........pemimpi harusnya memberi contoh dan teladan yang baikkepada rakyat.....
fitnah,rauah,kutuk,menjatuhkan org lain........
ini ke contoh yang patut ditunjukkan??????
kesimpulan yg ckp jelas...........
nk menang secara total caranya bukan dengan memburukkan dan menjatuhkan org lain sebaliknya perlu ada sikap menghormati dan juga tidak ada sengketa antara satu sam lain.......barulah negara akan aman dan harmoni dl jangka masa yang panjang...........

ONE berkata...

salam,

terima kasih bro gomo,hehe tersirat untuk semua..

terima kasih saudara panglima, insyaallah saya sedang melakukan transformasi pada blog agar lebih sempurna utk menyertai BPN..

terima kasih kc,
mmg amerika adalah negara yang x baik tu pasal aq x pcaya separation of power dia..hehe betol pemimpin sewajarnya menunjukkan contoh yg baik pada rakyat demi kepentingan bersama..

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner