Ahad, 29 Mac 2009

Detik PerJUANGan

salam,

          Syukur alhamdulillah kini persidangan telah pun selesai, segala percaturan sepanjang persidangan nampaknya telah pun tersurat baru-baru ini, tidak kiralah yang menang mahupun yang kalah, yang gembira dan tidak kurang pula yang berduka, kembalilah rapatkan barisan dan berjuanglah demi agenda yang belum selesai, janganlah terlalu terbawa-bawa sangat akan segala macam keruh yang pernah membuak ketika persidangan yang lalu, bimbang saya kalau-kalau nanti rakyat pula yang bakal terpalit akan permasalahannya. Dengan hati yang tabah dan jiwa yang tenang mulakan langkah baru kerana cabaran tanpa segan silu senantiasa mengetuk pintu tidak kira lah tatkala kita lelap mahupun jaga, silap sekali maka rakyat akan merana lagi!

          Sekalung tahniah diucapkan ke atas presiden UMNO yang baru, dan diharapkan 'kenaikan pangkat' ini bakal memberikan semua ahli dan pemimpin yang terlibat diterangi semangat yang baru dan menyamankan. Persiapan bagi tiga pilihanraya nampaknya masih boleh diperbaiki namun yang lebih perlu di ambil perhatian adalah perjuangan yang semakin hari semakin membara dan perlu terus mendapat input dari kepimpinan yang tertinggi jika tidak mahu ia pudar segera. Mekanisma baru perlulah di canangkan tanpa perlu tergesa-gesa melenyapkan yang lama, andai mana yang kurang tambahkan sahaja janganlah pula tiba-tiba nak berubah terus, bimbang kalau-kalu nanti gelombang penolakan berombak lagi.

         Jika benar perubahan yang dilakukan nanti cukup ketara, maka jangan lah mudah tunduk, kerana yang penting itu ia membawa kebaikan samada dalam tempoh jangka masa panjang mahupun sederhana apatah lagi jika pendek sahaja, dengarlah pendapat dengan berhati-hati tapi jangan terus percaya kerana menjadi hamba kepada rakyat tentu sekali tidak sesempurna mana pemerintahan itu nanti, malah jangan lah pula kerana kejarkan demokrasi, agama tidak dibawa bersama, ikutlah ajaran agama tanpa terpedaya pada petualang-petualang yang hanya gah pada luarnya tapi rosak punah di dalam hati. Ingatlah wahai pemimpin adalah kewajiban bagi rakyat untuk mentaati mu maka apabila terdapat sebahagian yang mengkhianati, ketahuilah yang mereka bukan lah pengikutmu apatah lagi pengikut rasul dan tuhanmu, layanlah mereka sewajarnya tanpa sampai mereka berada di atas kepala setiap masa.

          Ingat lah pemimpin yang baik bukan hanya mereka yang pandai mendengar sahaja tetapi lebih dari itu dapat melaksanakan satu tindakan yang tidak semestinya terjangkau pemikiran oleh mereka yang biasa akan manfaat yang mungkin dikecapi semua di kemudian hari. Pertahan kan lah agama Islam, perjuangkan lah negara Malaysia dan jangan disisihkan anak-anak bangsa, kerana sesungguhnya perjuangan ini masih jauh lagi dan memerlukan kebijaksanaan para pemimpin dalam merealisasikan matlamatnya. Tolak lah rasuah dan salah guna kuasa serta binalah pentadbiran yang kuat dan mantap dalam menghadapi musuh-musuh mu samada yang nyata mahupun yang kabur kelibatnya. Jangan mudah mengalah akan kata fitnah dan janganlah melakukan kesilapan yang mampu memusnahkan bumi dan negara yang tercinta ini,

Andai ku capai si pelangi,
akan ku perjuangkan agar dapat diserah kepadamu,
Tapi janganlah kau rebah tak bangun kembali,
alamat punahlah negara bangsaku.

          Jagalah amanat bumi tercinta ini dengan penuh kesetiaan dan keinsafan sementara bangkitnya anak-anak bangsamu dari tidur yang lena dan mimpi yang indah. Inilah sumpah setia pemuda bangsa, kami akan menjadi cukup dewasa dan akan bersama-sama dalam mempertahan kan negara ini. Walau ranjau penuh berduri, andai kegelapan menyelubungi hari, perjuangan kami disamping kamu wahai pemimpin akan terus kami rencanakan selagi kamu melakukan perkara yang betul demi negara ini. Belajarlah dari bumi yang terbentang luas, tidak ada rintangan kerana yang ada hanyalah peluang, oleh itu gunalah dengan sebaiknya selagi mampu.

Kebangkitan kini mula dirasai, bertahan lah walau hanya seketika ini sebelum pertempuran bermula lagi..

BERANI BERUBAH,

Demi Agama, Bangsa dan Negara

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam ONE,
agar UMNO berani berubah.
Berubah untuk lebih baik dan diterima oleh bangsa sendiri.

Aku berkata...

salam saudaraku One,

Tulisan saudara mencerminkan bahawa saudara adalah seorang Muslim yang dahagakan perpaduan ummah dan mahu melihat umat islam di malaysia bersatu. Inshallah sama -sama kita berjuang dan bantu apa yang terdaya untuk membuka minda umat islam supaya mengetahui betapa untungnya kita jika semua umat islam bersatu Inshallah.

dan di harap UMNo akan terus berani untuk berubah dan menjadi parti pemangkin kepada usaha untuk menyatukan umat islam di malaysia sekaligus melahirkan anak-anak islam yang beriman, bertaqwa serta maju ke hadapan dengan ilmu-ilmu yang akan menjadikan kita hebat kembali seperti di zaman kegemilangan ilmuan islam ketika dahulu inshallah.

Panglima Perang Cyber berkata...

salam..

saudara seorang yang begitu teliti.

saya rasa jika saudara kerapkan menulis dan memperkenalkan diri kepada rakan3 blogger yang lain maka saudara dapat menjadi blogger terbilang satu hari nanti.

teruskan menulis dan betulkan niat menulis agar ia menjadi tulisan yang manis dan disukai oleh pembaca..

ONE berkata...

wssalam,

terima kasih semua..

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner