Surah an Nisa' Ayat 59 ;
Yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada " Ulil Amri " ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya".
Masih kah kita ingat ayat ini dan mengangkat ia dengan sewajarnya? Pada hari ini apa yang rakyat mahukan adalah hamba yang mampu bekerja utk mereka , seseorang yang boleh berkhidmat semata-mata untuk mereka samada siang mahupun malam, namun benarkah kemahuan mereka itu sedangkan firman Allah telah dengan jelas menyatakan kedudukan sebenar seorang pemimpin iaitu untuk dihormati dan ditaati serta bukannnya untuk digula-gulakan semata untuk kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya hadith nabi telahpun menyatakan ;
" Sesiapa yang mati sedangkan ia tidak memberi perakuan taat setia kepada pemimpin adalah ia mati dalam keadaan jahiliah "
(Sahih Muslim)
Maka sejauh mana kah ketaatan kita pada pemimpin kalau mereka sewenang-wenangnya dihina, dimaki dan diburuk-burukkan orang lain..
Sesungguhnya kebaikan dan kezaliman seseorang pemimpin adalah dinilai oleh Allah S.W.T, maka bagi setiap perlakuan mereka adalah urusan Allah bagi menghakiminya, bukan lah hanya bagi seseorang yang bergelar pengikut. Kalau adapun hak kita adalah sebagaimana doa yang diajar rasulullah kepada kita yakni :
Ertinya : Ya Allah ! barang siapa yang ditugaskan untuk mengurus sesuatu keperluan umat ini, lalu ia berlaku kasih sayang kepada mereka maka sayangilah dia, dan barang siapa yang berlaku rendah hati kepada mereka maka kasihahilah dia"
(dari NASA'IE)
Saudara-saudari yang dirahmati Allah ,sejauh manakah kedudukan seorang pemimpin telah kita semua letakkan pada hari ini , adakah kita semua telah melupai agama dan sejarah kita? Ataupun kita sudah terlalu taksub dengan idea-idea moden yang datang dari musuh kita. Setiap dari manusia yang di lahirkan di atas muka bumi ini adalah sebagai pemimpin, oleh itu baiklah jika kita saling hormat-menghormati dan mengasihi. Jangan lah lari dari perjuangan asal kita dalam memartabatkan sebuah kesatuan ummah yang bukan hanya molek pada agamanya malah diikuti dengan bangsanya. Agama tidak datang bersendirian, apabila ia turun kepada rasullulah maka ia juga ditujukan kepada bangsa Arab dan keseluruhan bangsa di dunia.
Oleh itu jangan lah kita pisahkan bangsa dan agama kerana sesungguhnya islam itu dibawa secara keseluruhan, kerana itu lah ketaksuban tidak dituntut di dalam islam,sebaliknya bersederhanalah kita sepanjang masa.
Semoga negara kita sentiasa dirahmati Allah sepanjang masa..
Allahualam.
0 comments:
Catat Ulasan