Selasa, 24 Mac 2009

PerTEMPURan sebelum perSIDANGan

assalamualaikum,

          Di kala kehangatan hampir tibanya Perhimpunan Agung Umno malam nanti, tiba-tiba saya pula yang terpaksa bersusah-payah hari ini, mana kan tidak pelajar-pelajar pro-anwar fakulti asasi undang-undang di kem universiti saya nampaknya berterusan mengungkitkan hal berkenaan hal di Perak, dan ditambah pula dengan hukum hudud bawaan PAS. Dengan jangkaan sekurang-kurangnya terdapat lebih dari 3 orang pelajar pro-pembangkang berterusan menyerang kerajaan akhirnya saya terpaksa membuka mulut dalam berkongsi pemahaman saya terhadap isu tersebut..Lebih menyedihkan hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak kerajaan(walaupun saya tak lah fanatik politik sangat macam pelajar-pelajar ini) dan bertungkus lumus memerah otak dalam mencari idea.

          Alhamdulillah perkara-perkara yang dibangkitkan sebahagian besar nya memang dalam bidang yang saya amat berilmu, tambahan pula persoalan-persoalan dan pernyataan yang dikemukakan sebahagiannya amatlah mudah untuk di jawab serta tidak benar sama sekali. Mahu dijadikan cerita salah seorang pelajar pro-pembangkang ni memang agak popular tetapi memang petah dalam membawa cerita, tanpa saya sedari tiba-tiba perbincangan telah pun mencakupi berkenaan isu hudud(handal jugak dia nie, tadi kan cerita pasal Perak!), lebih merumitkan seorang rakan yang juga(sepatutnya lar) pro kerajaan tiba-tiba berubah angin kepada pro-pembangkang dan turut menyerang saya, tetapi mengenangkan persahabatan kami maka saya membuat keputusan untuk tidak berbicara panjang berkenaan serangan-serangan nya.

          Berbalik kepada hal berkenaan hudud sebentar tadi, bersyukur saya kerana hal yang di bangkitkan meliputi surah al maidah dan perlaksanaan hukum hudud di kelantan dapat saya jelaskan berlandas pada pembacaan terus saya pada tafsir ayat surah berkenaan dan artikel tertentu yang berkaitan. Tapi perkara tersebut tidak berakhir di sini selepas dia membangkitkan pula yang UMNO tolak hudud islam meskipun telah saya perjelaskan undang-undang yang diikuti manusia tidak semesti nya perlu di jumudkan pada Hudud sahaja sedangkan apa-apa undang-undang yang tidak bertentangan al-quran juga tidak bertentangan islam, pun begitu beliau mahu saya menjawab bagi pihak UMNO(pelik betul budak nie) sedangkan saya bukan lah orang dalam UMNO pun.

          Saya telah cuba berkali-kali untuk jelaskan undang-undang islam tidak ditolak kerajaan cuma yang perlu dikaji hanyalah perlaksanaanya sahaja, tapi tiba-tiba dia membangkitkan yang saya pula yang menolak Hudud(tadi punyalah cerita pasal ayat al maidah, x faham lagi kew???), seingat saya tak pernah pula saya cakap macam tu. Pun begitu kami berdua bersetuju yang kami bukanlah 'orang agama' lantas tidak sesuai lah jika kami terus berpanjang lebar berkenaan hal ini, kami mencapai persetujuan yang perkara ini perlulah mendapat nasihat dari yang lebih memahami. Rasanya dari separuh masa pelajaran sehinggalah hampir setengah jam kuliah berakhir kami telah perdebatkan berkenaan hal ini..Penat juga rasanya setelah sekian masa tidak melibatkan diri dalam perdebatan politik seperti ni. Dahulu ketika masih di bangku sekolah perbahasannya lebih ringan dan tidak begitu emosi, malahan masing-masing juga tidak begitu fanatik(tp sekarang dah lain).

          Pun begitu bagi saya debat politik sebegini sebenarnya tidak membawa banyak kebaikan kerana hakikatnya fokus utama kami semua sebenarnya adalah pelajaran. Tiada makna jika berterusan bersikap fanatisme terhadap politik, kalau ya pun eloklah waktu PRU bukan waktu-waktu sebegini. Sesungguhnya islam menganjurkan kesederhanaan dalam hidup jadi moleklah jika saya berusaha untuk memperbetulkan diri dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan, cuma keadaan nya tadi memang ada keperluan untuk tampil ke hadapan maka adalah harapan saya agar saya tidak membawa sebarang keburukan kepada sesiapa pun. Hari yang sangat panjang rasanya setelah perdebatan yang agak hangat.

Mudah-mudahan pertempuran ini bakal membuka lembaran baru berkenaan pemahaman politik di antara kami berdua..

Inyaallah saya akan berusaha untuk memastikan agar sebarang perbahasan sebegini di masa hadapan tidak akan merugikan umat islam mahupun bangsa itu sendiri.

Akhir kalam, salam perjuangan dan nantikanlah PAU kali ini..

1 comments:

ONE berkata...

emh mmg rosak orang macam nie.. masyaallah

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner