Khamis, 19 Mac 2009

Pertemuan BerHARGA...

assalamualaikum,

          Hari ini saya telah melalui saat-saat yang cukup beerti, ketika melayari blog petang tadi kebetulan saya ternampak post baru oleh saudara Panglima Perang. Katanya mungkin akan ada debat lagi nanti..sambil saya menyelusuri blog beliau kemudian saya membuat keputusan untuk menyertai chatroll sejurus selepas seorang peserta yang bernama Chelsy juga memasukinya. Pada mulanya perbualan kami hanyalah agak ringan sebelum seorang lagi peserta yang bernama Sejati menyertainya. Saudara sejati bertanyakan berkenaan parti yang kami berdua sokong maka saya pun nyatakan bahawa saya lebih berat terhadap UMNO, Chelsy pula agak selesa dengan kerajaan yang ada sekarang..

          Saudara Sejati nampaknya bukanlah seorang penyokong kerajaan tetapi kami bertiga dapat berkomunikasi dengan baik meskipun saya dan saudara Sejati tidak sehaluan parti. Beberapa perkara dibincangkan dan saudara Sejati juga ada mengeluarkan beberapa nama bloggers yang kurang di gemarinya, alhamdulillah kami dapat berbicara dengan suasana yang cukup diplomatik dan juga banyak bertanya berkenaan diri masing-masing. Ketika hampir penghujung bicara barulah saya tahu bahawa sebenarnya kami bertiga bukanlah duduk di negara yang sama, Saudara sejati yang kini berumur 19 tahun kini menuntut di Melbourne, Australia manakala saudari Chelsy yang bijaksana dan berumur 21 tahun pula menetap di United Kingdom dan saya pula tentulah di Malaysia. Alangkah terkejut nya apabila diberitahu yang mereka juga berdarah kacukan seperti saya.

          Bapa saudari Chelsy merupakan seorang 'omputeh' yang mengahwini ibunya yang berasal dari Ipoh manakala saudara Sejati pula merupakan anak kacukan yang berdarah melayu, cina dan india. Tidak sangka di kesempatan sebegini tuhan telah merahmati kami bertiga dengan pertemuan yang cukup berharga, meskipun mempunyai pandangan berlainan terhadap politik namun kami dapat berkenalan diantara satu sama lain dengan baik. Saya berasa cukup bersyukur walaupun kami bertiga hanya di anugerahi masa pertemuan di alam maya yang cukup singkat tetapi cukup pilu rasanya ketika berpisahan sebentar tadi. Teringin sangat di benak hati saya ini untuk berjumpa dengan mereka suatu hari nanti, indah sungguh aturan tuhan yang Maha Esa. Sesungguhnya takdir ALLAH yang telah menemukan kami jauh dari tiga benua yang berlainan, diharapkan mereka berdua akan hidup berbahagia dan berjaya mencapai apa yang mereka impikan.

Ketentuan tuhan ini adalah amat bermakna, oleh itu saya amat berterima kasih terhadap ruangan chatroll panglima perang yang membenarkan ia terjadi..Hehe feeling la pulak

Salam pertemuan,

3 comments:

Cheguman berkata...

Saya setuju ianya sebuah pertemuan yang cukup berharga. Semoga anda bertiga akan mengekalkan keharmonian tersebut.

PAPA GOMO berkata...

SALAM....
SEJATI TU INDIA..TU PASAL CAKAP SEMACAM....

SALAM...BILA NAK JOIN BPN???

ONE berkata...

terima kasih cheguman dan salam bro GOMO..insyaallah sedikit masa lagi saya akan memulakan langkah pertama..

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner