Jumaat, 27 Februari 2009

BerSATU kita berSATU!

salam,

          Sebermula nya sebuah cerita maka akan kita coretkan segala permasalahan, kekusutan dan segala macam perbezaan kerana kita tahu di akhirnya nanti segala kejayaan yang dikecapi dengan penuh susah payah mungkin akan hilang begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah malahan tidak pun cuba dilakukan sesuatu sebagai mekanisma pembetulan oleh mereka semua yang mungkin terlibat dalam mewarisinya. Kerana kita juga tahu tidak segalanya akan baik dan selesa selamanya , maka berterusan lah kita mengarang sebuah perjuangan agar suatu hari nanti kita tidak akan walau sekalipun melihat kemungkinan hancurnya apa yang telah kita bina.

 

          Tapi manusia mudah lupa kerana segala yang telah dibina selama ini kini di ambang kemusnahan. Sepanjang meneluri sebuah cerita, maka sudah terlalu banyak perkembangan plot yang terbina sehingga kan asas nun di bawah sana kita semakin di ancam kehilangan dek kerana ingin mempertahankan yang di puncak itu. Dahulu kita bersatu, dahulu kita mengenepikan segala pertelingkahan kerana matlamat kita tidak jauh berbeza tapi kini kita berpecah kerana semakin alpa dibuai permainan dunia, sebahagian terlupa yang semua ini tidak akan berkekalan jika tiada pengorbanan dilimpahkan demi masa depan.

 

          Dulu  kita bersatu atas nama negara dan bangsa tetapi kini keretakan mula parah kerana agenda persendirian, hasutan, dan salah faham. Terlalu lemah kah kita sehingga tidak mampu lagi untuk kita pertahankan kebenaran serta memisahkan kebatilan. Lebih memeritkan keretakan ini memberi ruang dan peluang pada percambahan benih-benih kebencian yang tidak tahu menilai sesiapa melainkan rasa diri nya sahaja. Dahulu sebarang perbezaan tidak di temani api kemarahan akan tetapi kini segalanya bagaikan mendapat campurtangan syaitan.

 

          Sudahkah tiada lagi kesabaran, rasa ihsan dan berkurangkah kepercayaan dan keyakinan di antara kita semua. Salahkah kalau kita kembali memartabatkan sebuah negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya? Bukan kah tanah ini kita berkongsi secara bersama, dan hari ini Malaysia adalah kerana sebahagian dari kita semua. Sudah lupakah yang musuh nyata sentiasa mencari kelemahan dan kealpaan kita. Matlamat yang selama ini di perjuangkan bukanlah sebegitu dekat di depan mata.

 

          Bukankah masih jauh lagi langkah kita? Mengapa perlu terus mengadu-domba sedangkan hampir segalanya masih lagi belum selesai. Sedarlah wahai negara dan bangsa ku , kita mungkin akan terus hayut jika tidak bermuhasabah sekarang. Lihatlah dunia yang semakin meninggalkan kita, jangan sekadar terhenti di setakat ini, risikonya  akan hancur musnahlah negara kta nanti.

 

Kepada mu Allah yang maha berkuasa,

 

Selamatkan lah negara Malaysia.

Kerana kami mungkin kehilangan ia tanpa kami sendiri sedarinya…

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa?

gotahlantun berkata...

KITO NI TERBAWAK RESAM LAMO,
MELAYU AKAN MUSNAH DI SOBABKAN OLIH MELAYU TU SONDIRI.
TAPI ITULAH HAKIKAT SOBONA EE SEKARANG NIH.
EDEN TAK KAN MAAFKAN MELAYU YANG SODANG DAN CUBO UNTUK MEMUSNAHKAN BANGSO SONDIRI.

MAUN YO KONO PONAMPAR JOPUN!.

USD berkata...

Salam, tk tuan kerana m'ingatkan...anyway alhamdulilah!

A-I-B berkata...

Ngko masih mentah dalam berpolitik. Belajar dulu dan tamatkan sekolah baru aktif dalam gerakan politikus. Makan pun mak bapak ngko tanggung. Pesanan dari penaja.

ONE berkata...

salam,
saya merupakan penuntut ipts dan membuat kerja part time..tq

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner