he.he.he nampaknya setiap kali saya menulis blog saya pasti akan mendahulukan ''dah lama saya tidak menulis'' atau sesuatu yang seperti itu bagi menggambarkan betapa lamanya saya tidak mengisi dan menambah sebarang post @ entry baru di dalam blog saya, tidaklah saya tahu jika entry kali ini ada pembacanya lagi namun rasa saya menulis adalah jauh lebih baik dari terus dipendamkan segala isi hati...tak begitu?
Sahabat Kawan & Kenalan..
Pengolahan saya mungkin tidak berkisarkan pada Kamus Dewan Bahasa & Pustaka mahupun berkait rapat dengan tajuk di atas, pun begitu entry kali ini seharusnya memaparkan satu kesinambungan dan perkaitan diantaranya.
Rasanya bukan mudah memberikan erti dan darjah sesuatu perhubungan(selain cinta dan kekeluargaan).Perkara ini merunsingkan saya lama dahulu ketika mempersoalkan berkenaan kepercayaan, keraguan, keyakinan dan pengkhianatan. Pada ketikanya kita mungkin meragui tetapi kita masih lagi perlu meletakkan nilai keyakinan agar pertarungan di dalam kehidupan dapat diteruskan, maka saya meyakini betapa kepercayaan tidak semestinya suatu bentuk keyakinan atau keraguan tetapi molek lagi jika diletakkan diantaranya.
Sahabat, kawan dan kenalan adalah di dalam kelas yang tersendiri..Sebetulnya sahabat merupakan darjah yang tertinggi, memaparkan sebuah keyakinan, ruang kepercayaan dan kawalan terbaik terhadap keraguan. Kawan apabila kepercayaan secara adil berubah kepada keyakinan dan keraguan namun tentu sekali komunikasi diantara keduanya jauh berbeza, banyak perkara yang hanya difahami seorang sahabat berbanding seorang kawan. Kenalan pula hanya sekadar watak sampingan dalam kita meneruskan kehidupan, datang dan pergi serta membentuk sebahagian lagi dalam hidup kita yang masih kekosongan.
Aku adalah watak utama dalam cereka hidup ku sendiri, Engkau merupakan sebahagian dari ceritaku tidak kiralah di tahap mana sekalipun darjahnya dan Dia adalah mereka yang senantiasa menghiasi sebahagian daripada rona-rona perjalanan hidupku. Tidak kiralah walau siapapun diantara kita, suatu pertaruhan yang tidak mungkin dapat kita ramalkan perlulah kita lalui dengan hati yang suci dan ikhlas, biarlah engkau walau dimanapun berada ataupun dia dengan cerita hidupnya tetapi akulah pemula dan penghabisannya.
Memang benar kita tidak serupa tapi ada persamaan diantara kita, hargailah selagi ada sebelum benar-benar kehilangan ia..
HiKAyaT AKu ENgkau daN Dia..................
0 comments:
Catat Ulasan