Khamis, 9 April 2009

Senarai Kabinet Harapan

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Rabu, 8 April 2009

TeoRI ' TinDAk BAlas '

Assalamualaikum,

          Sebagaimana yang telah di ketahui semua, BN KALAH pada malam ini! Kemenangan besar di Sarawak banyak merujuk pada perbezaan keadaan politik di sana sekaligus tidak dapat menyelamatkan hakikat yang BN sememangnya telahpun tewas. Sebenarnya saya telah memikirkan sekurang-kurangnya 7 tajuk lain bagi menghiasi blog saya di kala dingin malam ini yang turut ditemani jutaan kehibaan, namun saya memutuskan tajuk ini lah yang paling sesuai sebagai wadah bagi menyampaikan makna sebenar yang terbuku jauh di dalam hati saya. Teori ini bukan lah apa-apa yang baru tetapi perlu saya ungkapkan kembali di kala kejatuhan teruk BN pada akhir-akhir ini..

          Kebetulan perbincangan dengan rakan 'sekepala saya' sebentar tadi kelihatannya tidak mendapat 'feedback' yang positif berkenaan dengan apa yang saya cuba sampaikan pada tiraian malam ini. Tidak mengapalah, yang penting rasanya jika saya dapat membawakan teori ini dengan baik pada kira saya meskipun kurang di persetujui oleh yang lain terutamanya selepas malam ini. Teori ini saya nukilkan atas kesedaran bahawa kebenaran tidak selalunya datang dalam keadaan @ pun rupa bentuk yang kita kenali mahupun mudah diterima akal, tatkala kekalahan berterusan BN sejak akhir-akhir ini tentu ramai yang menyangkakan yang sudah tiada apa lagi yang tinggal bagi BN @ UMNO selepas ini atau lebih tepat lagi pada Pilihan Raya Umum yang ke 13 nanti.

          Kebanyakan analisis yang saya sempat baca menyerang bertubi-tubi saudara Khairy dan juga Pak Lah, tetapi saya kurang pasti apakah kesannya kepada mereka selepas ini namun tidak mengapalah kerana itu bukan persoalannya yang utama. Pandangan saya, kalangan ini tidak belajar dari peristiwa bilamana hampir runtuhnya PAS pada PRU 11 yang membawa kepada desakan kepada perletakan jawatan terhadap Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sebagai menteri besar, apa yang jelas berlaku mereka segera rapatkan barisan dan 'menghapuskan' suara-suara sumbang dari dalam yang mampu mengganggu gugat parti. Mereka membina imej yang baik dan pada masa yang sama berjaya memburukkan imej UMNO di mata rakyat. Politik berfokus diamalkan dan kawasan 'kuat' Pengkalan Chepa juga terus di pertahan. Dan kemudian apabila tibanya PRU 12 mereka tiba-tiba menang dengan majoriti yang cukup besar(berbeza degan BN yg sudah biasa dengan kemenangan mutlak sekali dalam putaran temph 10 tahun @ 2 pilihanraya).

          Perkara di atas saya bawakan didalam teori tindak balas yang saya kemukakan pada sebelumnya. Pola turun naik sepatutnya pasti berlaku mengikut giliran pada setiap putaran 2 pilihanraya atau dikira secara mudah setiap 8 ke 9 tahun(@ 10 tahun), apabila Pas Kelantan dilanda kejatuhan pada pusingan 'turun'(yang pasti berlaku) mereka telah cukup bersedia untuk menghadapi pola menaik pada pusingan pilihanraya yang berikutnya maka pada pandangan saya ini lah sebabnya mereka tiba-tiba menang besar dalam PRU 12, hatta kemenangan UMNO pada 2 kerusi parlimen juga semata-mata atas faktor pengaruh(bukan lagi atas faktor parti sebagaimana biasa) yang menunjukkan parti sudah sedikit hilang sentuhan apabila berlakunya putaran 'turun' @ jatuh ini tadi. Sebaliknya pusingan menaik ini(terhadap BN) sepatutnya kembali berlaku (sebagaimana pada 10 PRU sebelum ini) pada pilihanraya yang akan datang cuma yang perlu di pastikan sebergaya manakah mampu ia dilakukan nanti??

          Sahabat saya kuat menentang teori tersebut atas alasan pada hari ini ada pemboleh ubah yang telah masuk campur yakni faktor 'anwarisme' berbanding dahulu, media juga menurutnya telah bercambah secara tidak terkawal sehingga membolehkan fitnah terhadap kerajaan berleluasa tanpa sebarang sekatan. Media konvensional(pembela kerajaan) sudah tidak lagi di terima anak muda sedangkan hakikatnya itulah sahaja cara yang ada bagi kerajaan untuk memberi penjelasan pada rakyat, begitu juga blog-blog pro kerajaan yang di caci maki dan lebih teruk lagi sebahagian besar blog-blog ini tidak mempunyai asas yang kuat dan tidak mampu menangkis serangan pembangkang. Kesimpulannya dia merasakan teori tindakbalas ini tidak akan berlaku lagi dan UMNO BN berkemungkinan pasti akan kalah selepas ini.

          Maka ini jawapan saya, faktor 'anwarisme' hanya berlaku kerana simpati, dan pada saya semudah ia datang maka ia juga akan segera pergi, percambahan meendadak media pula seharusnya membawa keuntungan dan kerugian kepada dua-dua belah pihak secara rata jika ia mampu digunakan secara bijak mahupun sebaliknya oleh itu tidak perlu ada sekatan jelas bagi mengawalnya, rakyat juga akan cepat bosan jika sering di sajikan dengan keburukan kerajaan maka akan timbul kesan sebaliknya yang memburukkan pembangkang sendiri. Sebagaimana akhbar dan media lain blog juga tidak akan memberi kesan penuh pada pemikiran rakyat, memang benar ia perlu di kawal tetapi jika isu-isu berkenaan mendapat jawapan sewajarnya dari kerajaan maka sekali lagi ia hanya akan memakan pembangkang semula, bagi memperkuatkan hujah-hujah dikalangan blogger pro kerajaan pula saya percaya kerajaan atau blooggers sendiri boleh menyediakan suatu bank maklumat untuk penjelasan bersama.

           Atas sebab-sebab ini saya yakin putaran menaik akan kembali dan BN mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan diri dan rakyat, dan insyaallah jika kita semua berusaha untuk memperbetulkan keadaan dari sekarang maka hasilnya nanti tentu lebih baik. Satu sandaran mudah dapat saya berikan adalah apabila BN menang besar dalam PRU 11, kejayaan ini berterusan dari satu PRK ke satu PRK yang lain, sebaliknya apa yang berlaku pada PRU 12??Sejurus BN kalah teruk pada PRU 12 BN berterusan kalah dalam setiap PRK yang ditandinginya(kemenangan di Sarawak lain cerita) namun saya percaya sebaliknya akan berlaku pada PRU 13 nanti..Kenapa x pcaya kew???
Ini satu lagi bukti, apabila BN menang besar dalam PRU 11 keadaan di Sarawak sebaliknya berbeza apabila BN kalah banyak kerusi d tangan pembangkang di Sarawak pada pilihanraya selepas PRU 11, di sebalik kekalahan teruk BN di semenanjung pada akhir-akhir ini(natijah daripada kekalahn BN pada PRU 12) kemenangan besar di Batang Ai(jumlah majoriti naik 2 kali ganda) sebentar tadi menunjukkkan perbezaan..Mengapa??? Ini lah yang saya simpulkan sebagai signal pembalikan @ teori tindakbalas yakni perkara yang sebaliknya akan berlaku pada setiap putaran pilihanraya..Jika teori saya benar BN pasti akan mencatatkan peningkatan kemenangan bilangan kerusi pada pilihanraya Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi dan berterusan sehinggalah PRU 13.

Insyaallah,

Sekian,

Sabtu, 4 April 2009

PatAH TUmbuH hILang BerGAnti

assalamualaikum,

          Tepat pada jam 10.05 pagi jumaat yang lepas, maka terciptalah sebuah lagi sejarah baru dan penting di Malaysia. Lafaz sumpah Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi memartabatkan nya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Di sebalik mendung siang yang selama ini menyelubungi Kerajaan Barisan Nasional pada seketika yang lalu, kini persoalan yang lain timbul samada mampukah beliau membawa sinar baru sekaligus merealisasikan harapan menggunung yang disandarkan kepada beliau oleh serata rakyat jelata atau sekurang-kurangnya mengembalikan kepercayaan ahli BN sebermulanya pentadbiran beliau ini. 2 bukit satu empangan bakal menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kenaikan pangkat beliau dan jika masih belum cukup lagi, kabinet baru yang dijangka di bentuk pada hari rabu ini yakni sehari selepas keputusan 3 keputusan PRK bakal dinilai sewajarnya.

          Ujian Datuk Seri Perdana Menteri yang baru bukan nya sedikit, saya mungkin tidak cukup layak untuk mengklasifikasikan tahap kesukarannya namun saya tetap percaya tahun pemerintahan PM yang ke 6 beberapa ketika ini bakal mendapat penghakiman yang cukup kasar dan jika ia tidak cukup positif maka BN akan ditarik jatuh pada PRU yang seterusnya. Ucapan sulung Datuk Seri Najib pada malam tadi cukup memberikan kejutan, namun cukupkah sekadar itu??? Aura sebegini jarang sekali dapat bertahan lama jika tidak berterusan mendapat suntikan. Oleh itu tidak boleh tidak, segala perjalanan pentadbiran perlulah di pastikan dapat di gerakkan sesempurna mungkin, tiupan amaran telahpun di berikan, MCA telahpun memulakan tuntutannya di kala parti masih lagi belum cukup bersedia bagi mempertahan kan kedudukan seadanya. Penyelesaian perlulah segera di dapat kan supaya ia tidak akan merosakkan pakatan murni yang telah sekian lama bertahan atas pengorbanan darah dan keringat semua bangsa terutamanya bangsa melayu.

          Andainya tiada penyelesaian konkrit di capai maka rakyat akan terus berhadapan dengan ketidakstabilan yang dialami pada ketika ini, di sebalik keadaan ekonomi dunia yang terus tidak keruan, harga minyak pula kembali melonjak di pasaran antarabangsa, malahan FDI dari luar negara pula semakin berkurangan ditambah pula dengan kejatuhan rizab antarabangsa negara. Bukan ini sahaja pelbagai masalah akan melanda lagi selepas ini dan jika kerajaan dan rakyat tidak cukup gagah untuk menghadapinya, berkecewalah kita semua di kemudian hari kerana kegagalan pada hari ini akan menyebabkan kerosakan dan kecacatan pada persekitaran generasi pada masa hadapan. Teruskan lah perjuangan dengan cekal dan tabah serta jangan sesekali mengalah dalam perjuangan negara bangsa ini.

          Dan kepada Pak Lah yang dikasihi, jasamu tetap dikenang walau hanya kegagalan yang dicanangkan selama pentadbiran Tun, saya begitu berterima kasih atas segala yang telah dilakukan, bukan mudah jika hidup sentiasa dirundungi kesedihan, Pak Lah telah kehilangan ibu,adik ipar dan kemudiannya isteri yang tercinta sepanjang tahun awal pemerintahan dan kini pangkat juga tuhan telah bawa pergi, x mengapalah Pak Lah kini segalanya lebih mudah maka hiduplah dengan penuh kebahagiaan bersama isteri, anak, menantu dan cucu yang tercinta. Saya percaya Pak Lah tidak bersalah dalam arena ini namun apakan daya dunia politik akhirnya telah menelan segala perjuangan Pak Lah tanpa banyak yang tinggal untuk di perkatakan, budimu akan sentiasa di hatiku dan semoga Allah membalas segala yang telah di bina selama ini oleh Pak Lah yang di kasihi. Malahan Pak Lah lah merupakan satu-satunya PM yang pernah melawat kampung saya, walaupun hujan Pak Lah tetap turun untuk bersalaman dengan orang kampung walaupun akhirnya di takdirkan yang ia jatuh ke tangan PAS namun itu lah ketentuan tuhan yang maha ESA..Terima Kasih Pak Lah

          Di Era baru ini adalah amat di dambakan agar negara akan terus di pacu kearah kejayaan yang jauh lebih cemerlamg, gemilang dan terbilang.

Semoga Allah akan terus merahmati Malaysia.
SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Allahuakbar..

Rabu, 1 April 2009

Masihkah ADA KeSEMPATan??

Sebahagian petikan ucapan Benazhir Bhutto sebelum mati di bom...

"Saya telah di beritahu oleh mereka(Amerika Syarikat), jika kita tidak memerangi kalangan ini(pengganas) maka mereka(Amerika Syarikat) akan datang ke sini dan melakukannya. Ini tanah kita, kita harus pertahankannya, saya akan mempertahankannya..."

assalamualaikum,

          Di atas merupakan sebahagian dari kata-kata yang cukup penting dapat saya petik dari ucapan Benazhir di saat-saat terakhir nyawanya sebelum terbunuh. Siapa sangka manusia yang cukup rapat dengan Amerika ini akan meluahkan sesuatu yang sedemikian mendalam sekali. Mengapa????
Saya percaya kerana dia tahu betapa bahaya dan kejinya Amerika Syarikat..sementelahan hubungannya dengan gergasi dunia itu, dia tahu bahawa Amerika pasti akan mencari alasan untuk datang ke negaranya dan mengganggu gugat kesejahteraan rakyat Pakistan dan akhirnya merosakkan negara tanah tumpah kelahirannya itu.

          Amerika merupakan negara pengganas yang dipimpin oleh mereka yang amat berniat jahat terhadap orang lain tetapi masih menjaga kepentingan di kalangan mereka sendiri kerana mereka tahu kekuatan yang ada pada mereka tidak akan mampu di tandingi oleh sesiapapun, sebaliknya perkara dan faktor dalamanlah yang mungkin mampu untuk menjatuhkan mereka. Maka sepatutnya kita pelajari betapa pentingnya perpaduan di antara kita semua dalam mempertahankan masa hadapan yang lebih gemilang sekaligus merealisasikan hasrat untuk mengangkat martabat negara bangsa Malaysia ke tahap yang jauh lebih tinggi dan mampu untuk menandingi negara-negara yang lain di dunia ini.

          Perpaduan tidak datang dengan mudah, ia datang hanya apabila adanya kepentingan penghayatan serta pengorbanan ke atas sesuatu. Maka sebarang usaha ke arahnya perlulah di pandang secara positif tanpa perlu tergesa-gesa dalam apa jua jenis pemetraian di antara dua pihak. Namun seketika melalui prosesnya jika ada yang secara jelas menyebabkan kerosakan maka kita harus lah berusaha dengan sedaya upaya untuk melenyapkannya. Sebagaimana yang Benazhir sampaikan pada ceramahnya, mahupun seperti mana Amerika menjaga rakyatnya sendiri, masing-masing tahu akan kepentingan yang diperjuangkan agar tidak mudah punah dek sebab perkara-perkara kurang penting.

          Oleh itu pada PRK kali ini keputusan yang cukup bijak perlulah dilakukan agar kerosakan tidak akan dapat terus di lakukan oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa dan agama ini. Jangan benarkan perpecahan di kalangan umat islam dan tolak lah mereka yang sudah jelas berhubungan rapat dengan Amerika. Berjanjilah yang tanah air ini akan dijaga dengan sempurna sebelum di serahkan kepada generasi masa hadapan, ambillah pengajaran dari peristiwa yang berlaku di Pakistan agar kesilapan tidak akan mengambil tempat semata-mata kerana emosi yang tidak seimbang.

Bersamalah berjuang kearah kekuatan ummah,
Demi segala yang kita yakini, percayai serta pegangi.

Keranamu Malaysia...

Ahad, 29 Mac 2009

Detik PerJUANGan

salam,

          Syukur alhamdulillah kini persidangan telah pun selesai, segala percaturan sepanjang persidangan nampaknya telah pun tersurat baru-baru ini, tidak kiralah yang menang mahupun yang kalah, yang gembira dan tidak kurang pula yang berduka, kembalilah rapatkan barisan dan berjuanglah demi agenda yang belum selesai, janganlah terlalu terbawa-bawa sangat akan segala macam keruh yang pernah membuak ketika persidangan yang lalu, bimbang saya kalau-kalau nanti rakyat pula yang bakal terpalit akan permasalahannya. Dengan hati yang tabah dan jiwa yang tenang mulakan langkah baru kerana cabaran tanpa segan silu senantiasa mengetuk pintu tidak kira lah tatkala kita lelap mahupun jaga, silap sekali maka rakyat akan merana lagi!

          Sekalung tahniah diucapkan ke atas presiden UMNO yang baru, dan diharapkan 'kenaikan pangkat' ini bakal memberikan semua ahli dan pemimpin yang terlibat diterangi semangat yang baru dan menyamankan. Persiapan bagi tiga pilihanraya nampaknya masih boleh diperbaiki namun yang lebih perlu di ambil perhatian adalah perjuangan yang semakin hari semakin membara dan perlu terus mendapat input dari kepimpinan yang tertinggi jika tidak mahu ia pudar segera. Mekanisma baru perlulah di canangkan tanpa perlu tergesa-gesa melenyapkan yang lama, andai mana yang kurang tambahkan sahaja janganlah pula tiba-tiba nak berubah terus, bimbang kalau-kalu nanti gelombang penolakan berombak lagi.

         Jika benar perubahan yang dilakukan nanti cukup ketara, maka jangan lah mudah tunduk, kerana yang penting itu ia membawa kebaikan samada dalam tempoh jangka masa panjang mahupun sederhana apatah lagi jika pendek sahaja, dengarlah pendapat dengan berhati-hati tapi jangan terus percaya kerana menjadi hamba kepada rakyat tentu sekali tidak sesempurna mana pemerintahan itu nanti, malah jangan lah pula kerana kejarkan demokrasi, agama tidak dibawa bersama, ikutlah ajaran agama tanpa terpedaya pada petualang-petualang yang hanya gah pada luarnya tapi rosak punah di dalam hati. Ingatlah wahai pemimpin adalah kewajiban bagi rakyat untuk mentaati mu maka apabila terdapat sebahagian yang mengkhianati, ketahuilah yang mereka bukan lah pengikutmu apatah lagi pengikut rasul dan tuhanmu, layanlah mereka sewajarnya tanpa sampai mereka berada di atas kepala setiap masa.

          Ingat lah pemimpin yang baik bukan hanya mereka yang pandai mendengar sahaja tetapi lebih dari itu dapat melaksanakan satu tindakan yang tidak semestinya terjangkau pemikiran oleh mereka yang biasa akan manfaat yang mungkin dikecapi semua di kemudian hari. Pertahan kan lah agama Islam, perjuangkan lah negara Malaysia dan jangan disisihkan anak-anak bangsa, kerana sesungguhnya perjuangan ini masih jauh lagi dan memerlukan kebijaksanaan para pemimpin dalam merealisasikan matlamatnya. Tolak lah rasuah dan salah guna kuasa serta binalah pentadbiran yang kuat dan mantap dalam menghadapi musuh-musuh mu samada yang nyata mahupun yang kabur kelibatnya. Jangan mudah mengalah akan kata fitnah dan janganlah melakukan kesilapan yang mampu memusnahkan bumi dan negara yang tercinta ini,

Andai ku capai si pelangi,
akan ku perjuangkan agar dapat diserah kepadamu,
Tapi janganlah kau rebah tak bangun kembali,
alamat punahlah negara bangsaku.

          Jagalah amanat bumi tercinta ini dengan penuh kesetiaan dan keinsafan sementara bangkitnya anak-anak bangsamu dari tidur yang lena dan mimpi yang indah. Inilah sumpah setia pemuda bangsa, kami akan menjadi cukup dewasa dan akan bersama-sama dalam mempertahan kan negara ini. Walau ranjau penuh berduri, andai kegelapan menyelubungi hari, perjuangan kami disamping kamu wahai pemimpin akan terus kami rencanakan selagi kamu melakukan perkara yang betul demi negara ini. Belajarlah dari bumi yang terbentang luas, tidak ada rintangan kerana yang ada hanyalah peluang, oleh itu gunalah dengan sebaiknya selagi mampu.

Kebangkitan kini mula dirasai, bertahan lah walau hanya seketika ini sebelum pertempuran bermula lagi..

BERANI BERUBAH,

Demi Agama, Bangsa dan Negara

Sabtu, 28 Mac 2009

Keputusan Penuh Pemuda

PENGERUSI TETAP : Datuk Abdul Fattah Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP : Muhammad Yadzan 

Mohammad

KETUA : Khairy Jamaluddin Abu Bakar

NAIB KETUA : Datuk Razali Ibrahim

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

1. Mohamed Suffian Awang
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan
4. Mohd. Gasing Saling
5. Mohd Afandi Yusoff 
6. Jamawi Jaafar
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
9. Ahmad Darus
10. Ahmad Zaki Zahid
11. Ali Mazat Salleh
12. Megat Zulkarnain
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin
15. Lokman Noor Adam
16. Syahrin Md Jamaluddin
17. Tun Faisal Ismail Aziz
18. Muhammad Khairun Aseh
19. Mohd Hisamudin Yahaya
20. Mohamad Iruan Zulkefli


O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner