Rabu, 29 April 2009

JaLAn YanG LUrus (2)

Salam,

          Semalam saya telah berkesempatan untuk membaca tulisan saudara NMA berkenaan penjelasan terhadap post nye sebelum ini. Sebetulnya telah banyak perkara baru yang bermain-main di dalam benak fikiran saya sebelum ini selepas mendapat input dari penulisan blog nya yang pertama, namun selepas pembacaan blognya yang terbaharu semalam, konklusi saya pada kiranya mungkin saya telahpun membuat sedikit penelahan yang salah@saya yang berfikir terlalu banyak(mungkin)..Yang pastinya post tersebut sememangnya membuktikan yang NMA adalah anak kepada TGNA..

          Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar seperti beberapa tulisan pada blog nya yang segar tersebut kelihatan sekali lagi membuka pekung dada PAS, mengambil kira keyakinan beliau terhadap post nya itu saya rasa sudah tidak berminat untuk menggali sebarang permasalahan di dalam Parti PAS sebagaimana yang di nukilkannya, hal dalam Parti nya eloklah jika di selesaikan mereka sendiri.

          Meneruskan penulisan sahaya di dalam blog ini adalah berikutan kebimbangan saya betapa tulisan NMA akan jadi polemik lagi, bukan sebab hal PR tapi tentu sebahagian dari blogger akan menggunakan kesempatan untuk membandingkan hal yang diriwayat NMA dengan perlakuan di dalam UMNO BN, jika ini berlaku maka para blogger akan terperangkap dengan kelebihan senjata sendiri!!!! Adalah menjadi harapan saya agar kita tidak perlu bermegah pada perkara yang tidak baik dan berusahalah menolak fahaman membenarkan yang salah itu.

          Dan yang terbaru mendapat perhatian saya adalah mengenai PRK di DUN PENANTI, di dalam Parlimen PERMATANG PAUH, salah seorang rakan blogger saya telahpun menulis tentang kekeliruannya terhadap pertandigan PRK itu, dan pada hemat saya yang lebih mengelirukan adalah persoalan dasar mengapa BN tidak menunjukkan minat mendalam untuk menyertai PRK tersebut, biarkan sahaja apa yang di katakan orang pembangkang namun sewajarnya BN perlu menempatkan wakil di kawasan tersebut meskipun peluang untuk menang itu agak tipis sekali..

          Jika kos menjadi faktor, ia hanya boleh dipertimbangkan hanya jika tiada pertandingan langsung di kawasan tersebut, sebaliknya hakikat yang perlu diketahui bahawa sekurang-kurangnya ada seorang calon bebas yang telah menyatakan kesediaan untuk menandingi kawasan itu, jadi jika sudah pasti PRK perlu diadakan maka BN perlulah sertai kerana perbelanjaan untuk PRK  sudah tentu akan di gunakan berikutan kehadiran calon bebas di kawasan itu nanti. Kebijaksaan perlulah diambilkira secara serius dalam mengadili perkara ini..(namun saya tetap harap BN akan bertanding)

Sekian bicara,

19 comments:

Tanpa Nama berkata...

dah kecut nak wat cane kan..

timbul la persoalan lain..

bazir la..tak berpelembagaan la..

loser always try to get the excuse..

think it..

ONE berkata...

salam n tq anon,

loser alway try to give excuse..thats rite!

c clearly, n youll get d answer..

ISAC berkata...

ANON CAKAP BANYAK X NAK LAH....
KALAU MEMANG ADA CALON BEBAS AKAN BERTANDING...SURE BN JUGA AKAN HANTAR WAKIL....

NAK BUAT MCM MANA PASAL ADA DIKALANGAN KITA YG LEBIH SUKA MAIN POLITIK SAMPAI BILA2....

MCM MANA DUIT YAHUDI SOROS TU PUN KORANG SANGGUP "MAKAN" YE? ENTAH APE LAH AGAKNYA YG DSAI DAH JANJI NAK BAGI DIA JIKA PR MEMERINTAH...

PERHAPS, MENTERI KEWANGAN PERTAMA NEGARA DARI KALANGAN BUKAN WARGANEGARA....GEORGE SOROS....HARUS KENA GADAI NEGARA NI MCM CITE DULU2 CITE ZORO....

ONE berkata...

salam,

time kaseh ISAC kerana melawat, salam persahabatan..

Tanpa Nama berkata...

kalo duit judi and duit haram maksiat and duet tax arak kat malaysia nie korunk suke makan la ye ISAC...

cube la pkir sejenak duet isi umah kite tue dari sumber yang haram atau halal..mmg kite keje bende yang halal tapi pernah tak terpkir sumber duet kerajaan tue halal atau tidak..
bercampur ke tak duet2 dari sumber haram and halal untuk dibayar gaji kepada pekerja government..

skang korunk dah diberitahu korunk kene amek tahu la dan berfikir la.
jgn men sental je kan halal dan haram..tanye la menteri2 ULAMAK korunk duet korunk dari sumber haram ke tak..

kalo kite imbas kembali pada zaman DSAI sebagai menteri kewangan..
DSAI menubuhkan 2 tabung kewangan negara..

pertama berasaskan sumber yang halal seperti eksport import, jualan minyak dan sebagainya..

kedua berasakan sumber yang haram seperti tax kepada arak,judi dan maksiat2 yang sewaktu dgnnye..

tabung yang berasaskan kepada sumber halal akan dibayar gaji pekerja government supaya memastikan sumber isi umah kite datang dari cara yang halal dan sah...juga dibuat sekolah dan pembangunan..

tabung yang berasaskan kepada sumber yang haram akan digunakan untuk membuat jalan dan memusing modal untuk bende2 maksiat yang disebut takdi..

mesti ade persoalan kenapa DASI tidak mengambil tindakan seperti menghapuskan sumber2 haram nie??

jawapannye tanye la Menteri perdagangan ketika itu sape kan..
tanye la perdana menteri ketika itu..kuasa bukan ditangan Menteri kewangan semua yang dijangka..ade limitnye kan..

skang ko tanye la PEMIMPIN UMNO ULAMAK tue ade lg tak tabung nie..
ke main sental je smue kan..

fikir2kan lah..

ONE berkata...

salam anon..

berikut merupakan pertanyaan anon

'cube la pkir sejenak duet isi umah kite tue dari sumber yang haram atau halal..mmg kite keje bende yang halal tapi pernah tak terpkir sumber duet kerajaan tue halal atau tidak..
bercampur ke tak duet2 dari sumber haram and halal untuk dibayar gaji kepada pekerja government..

skang korunk dah diberitahu korunk kene amek tahu la dan berfikir la.
jgn men sental je kan halal dan haram..tanye la menteri2 ULAMAK korunk duet korunk dari sumber haram ke tak..'

-terima kasih anon tapi mungkin ketika menukilkan persoalan diatas saudara anon terlupa utk menambah sesuatu yakni halalkah gaji dan elaun-elaun yang diterima oleh DSAI, DSH Hadi Awang, YB Salahuddin Ayub, Ustaz Taib Azamuddin, Nizar Jamaluddin, dan ahli-ahli parlimen lain PKR dan PAS, dari dana kerajaan persekutuan @ mungkin kah saudara mahu bertanya juga halalkah peruntukan ke atas agensi-agensi bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang(x kira lah sikit ke tak cukup kew)?????

bagaimana pula gaji yang diterima MB negeri dan exco-exconya yg datang dari peruntukan kerajaan negeri(hasil pendapatan dari negeri yg kemudiannya juga disalurkan pada kerajaan pusat..)kalau saudara tidak jelas, perlulah diketahui gaji bagi kakitangan awam adalah dibayar berdasarkan dari hasil mahsul sesebuah negeri jadi adakah saudara juga terlupa untuk bertanya negeri mana yang hasil mahsulnya terdiri dari pendapatan bercampuraduk dengan pemerolehan dari arak,judi dan lain-lain..jika kerajaan pusat perlu dipersalahkan kerana mendapat cukai terus dari pengusaha produk haram tanpa melakukan pemutihan terlebih dahulu, manakah bukti kesucian pendapatan kerajaan-kerajaan negeri ini termasuklah negeri di bwh pembangkang???? lagipon kalo nk tanya psl pendapatan dr arak dan judi(saya tambah lagi satu yakni penternakan khinzir) eloklah tanya je kat Selangor, Penang, Kelantan dan bekas kerajaan Perak(mana dapat duit beli Camry tue????)saya yakin setiap negeri yang terlibat seharusnya mengetahui status kewangan mereka sendiri hatta komen dr saudara yang saya percaya bukanlah seorang pentadbir negeri pon x payah lah dipakai..biar pemerintah negeri yang memberi justifikasi sendiri terhadap kewangan mereka itu..

Seterusnya saudara seperti kenalan-kenalan PR saya yang lain sekali lagi begitu ingin untuk mengangkat martabat DSAI.. yang baik tu elok lah pada saya walaupun ada yang mempertikai kan..nk tahu kenapa??? mari kita belek-belek kenyataan dan tulisan dari kalangan pembangkang(bukan saya x nk bagi sumber dari utusan@ media2 arus perdana lain yang saya lebih percayai tp kompom anon x nk pcaya jd tpaksa lah guna tulisan dr kalangan pembangkang jugak(ish x rela aku)!!!!

ia nya merupakan tulisan dr Ahmad Lutfi Othman yang bertajuk

"PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993.

antaranya menulis berkenaan penyelewengan DSAI sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM9.3 bilion(angka rasmi) dan angka dikeluarkan pembangkang sebanyak RM 10.1 bilion malahan menurut tulisan beberapa penganalisis mencecah sehingga berbelas bilion ringgit..ini bukan persoalan nya tetapi utk dikaitkan dengan cerita saudara sebentar tadi berikut merupakan tulisan haraqah bertajuk “Wang Rakyat Diperjudikan” 23 April 1993..

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,”

pandangan ini disambut oleh DR. JOMO yang disampaikan kepada penulis buku:

“Dasar Bank Negara, seperti yang ditegaskan oleh Anwar, salah dari segi Islam. Kita tidak dibenarkan berspekulasi. Kita tidak boleh membeli buah semasa pohon baru berbunga. Apa hujah Anwar membolehkan kita berspekulasi sebegitu rupa? Amat janggal apabila Bank Negara mengambil sikap untuk lebih berspekulasi dalam tukaran asing lebih daripada bank-bank perdagangan lain, “jelas Dr. Jomo.

Beliau mengulangi hujah yang pernah dikemukakan oleh Dr. Syed Hussin Ali : “Oleh kerana bank pusat pada pokoknya ialah mengawas, soalan yang timbul ialah siapakah yang akan mengawasi pengawas ini bila polisi-polisi yang tidak bijak dibiarkan berlaku"

Dalam kenyataan selepas itu, Dr. Jomo menegaskan : “Hanya kaki judi akan terus bertaruh dengan harapan menebus balik kerugiannya setakat tertentu. Dan barangkali kerugiannya akan terus bertambah walaupun mungkin terdapat ‘kemenangan’ sementara.”

Dalam tulisannya Dr Jomo berhujah konservatisme dalam soal-soal begini (spekulasi tukaran asing) bermakna kebijaksanaan dan tanggungjawab, bukannya menentang kemajuan :

“Memang diketahui Bank Negara tidak terlibat dengan begitu mendalam dengan perdagangan tukaran asing sebelum berlaku perubahan dalam Kementerian Kewangan dalam pucuk pimpinan bank itu sendiri pada pertengahan 1980-an.”

Rasanya Anwar menujukan ucapan kepada Dr Jomo bila beliau berkata : “Pihak tertentu menganggap bahawa berlaku perubahan besar dalam dasar pengurusan rizab sejak pertengahan tahun 80-an. Mungkin mereka yang berpendapat sedemikian terlalu ghairah untuk mempertahankan dasar sebelum pertengahan 80-an. Kenyataannya ialah Bank Negara meneruskan dasar yang sama iaitu meneruskan dasar berhemat. Bank Negara sebelum pertengahan 80-an tidak perlu berdagang dengan jumlah yang besar kerana jumlah rizab ketika itu adalah rendah, bahkan jauh lebih rendah dari hutang luar negara.”

Dalam jawapannya kepada saya, Dr Jomo menasihatkan supaya lebih baik ditekankan soal pucuk pimpinan Bank Negara, dan bukannya lebih tertumpu kepada Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaleigh. Sekiranya Tengku Razaleigh dibabitkan perbahasan mengenai isu penting ini tidak dapat dijalankan secara matang dan objektif.

Dr. Jomo memberitahu Bank Negara di bawah pimpinan Tun Ismail Ali dan Tan Sri Abdul Aziz Taha tidak pernah merestu spekulasi besar-besaran. Bagaimanapun apabila Tun Daim mengambil alih Kementerian Kewangan hal ini berubah. Tetapi ia tidak bermakna Anwar perlu meneruskan dasar Daim. Menurut Dr. Jomo, Anwar ada pilihan, sama ada melangsungkan dasar Daim ataupun mengambil sikap yang lebih bijaksana."

-berikut pula merupakan petikan dari tulisan buku Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999..sebelum meneruskan dengan lebih lanjut pengujung perlulah tahu pada asalnya penulis merupakan seorang pengkritik bebas pro pembangkang pada mulanya sebelum menunjukkan sokongan secara jelas terhadap BN selepas seketika..

-dalam tulisannya berkenaan isu berkaitan

Skandal kewangan yang paling besar ialah kerugian Bank Negara sebanyak lebih dari RM10 bilion akibat ***** dalam forex (tukaran wang asing). Dikatakan hanya seorang pegawai tinggi yang berpengalaman diberi kuasa untuk membeli dan menjual forex. Dikatakan juga pegawai tersebut kononnya mendabik dada bahawa dia juga seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Anwar dikatakan sangat tertarik dengan ilmu perbankan Islam dari pegawai tersebut.

Oleh sebab dia kurang arif tentang forex, tidak seperti Tun Daim dan Tengku Razaleigh yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum Anwar, maka dia tidak meneliti secara serius pembabitan Bank Negara dalam mainan forex tersebut yang dianggap terlalu tinggi dan membahayakan kepentingan negara.

Dia hanya menerima nasihat dari Bank Negara dan tidak bertindak dengan tegas sebagai Menteri Kewangan untuk menilai semula pembabitan wang rakyat dan negara yang terlalu banyak untuk bisnes forex. Pada mulanya dikatakan cuma "rugi atas kertas” tetapi sebaliknya memang benar negara kita kerugian lebih dari RM10 bilion akibat ketiadaan pengawasan yang teliti Menteri Kewangan.

Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian.

Tapi Anwar tidak sanggup meletak jawatan. Yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal tersebut ialah bekas Gavernor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein (allahyarham) dan pegawai yang kononnya dianggap pakar perbankan Islam dan forex.

-pendapat ini disokong

Tengku Razaleigh(ketika masih dalam S46), melalui kenyataannya kepada Harakah, berkata kerugian yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kerugian terkumpul yang melibatkan skandal BMF, Manimco dan koperasi pengambil deposit : “Bahkan jumlah RM9.3 bilion itu hampir sama dengan seluruh anggaran perbelanjaan pembangunan negara bagi tahun 1993. malah negara tidak pernah menanggung kerugian sebanyak itu.”

“Kalau di negara-negara lain, menteri yang bermaruah sudah meletakkan jawatannya kerana kerugian,” tegas Tengku Razaleigh.

Selain itu juga DSAI juga turut dikaitkan dengan isu penerimaan wang dr tauke judi Tan Sri Lim Goh Tong sehingga dicabar bermubahalah sebagaimana tulisan akhbar Harakah Jumaat 14 September 1990 / 24 Safar 1411 namun tidak pernah pun di selesaikan.

Akhirnya saudara menulis

'skang ko tanye la PEMIMPIN UMNO ULAMAK tue ade lg tak tabung nie..
ke main sental je smue kan..'

sekiranya tabung itu benar2 berfungsi baguslah dan saya ucap tahniah pd DSAI tetapi jika sebaliknya maka bersedihlah kita semua..

sekian..

Tanpa Nama berkata...

" terima kasih anon tapi mungkin ketika menukilkan persoalan diatas saudara anon terlupa utk menambah sesuatu yakni halalkah gaji dan elaun-elaun yang diterima oleh DSAI, DSH Hadi Awang, YB Salahuddin Ayub, Ustaz Taib Azamuddin, Nizar Jamaluddin, dan ahli-ahli parlimen lain PKR dan PAS, dari dana kerajaan persekutuan @ mungkin kah saudara mahu bertanya juga halalkah peruntukan ke atas agensi-agensi bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang(x kira lah sikit ke tak cukup kew)????? "

kan saye dah katekan..
nape nak timbulkan persoalan sape yang saudara nyatakan diatas..

tanyela menteri kewangan...
tanyela perdana menteri..
dorunk bukan ade kuasa menentukan semuanye..semua ditangan pusat..

masalah dalam kerajaan negeri PR..
sudah dibuat tabung yang dimaksudkan..saudara jangan main sebut je kan..berkata dengan fakta bukan ckp semberono ye...
selangor sudah bergerak ke fasa ke dua penubuhan tabung itu..kelantan sudah lame dah ditubuhkan..negeri perak yang dirampas oleh pengkhianat bangsa tue dah mula jugak tabung nie(skang tak tahula mcm mane..dorunk bkan kesah tahu halal haram).


" Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian. "

pandai pulak ckp pasal maruah ye..
sebut pulak negara jepun..
tahu tak negara jepun tukar bape banyak kali perdana menteri dlm 3 tahun sebelum nie..
second tahu tak sebab ape perdana menteri tue kene tukar?

ckp pasal kene letak jawatan konon..
saudara bukak and semak blek kes2 penyelewengan menteri2 saudara tue dulu..

kes mike tyson(muhammad taib)
kantoi puluhan juta kat australia tue ape?? sampai 2009 jd menteri lg..(baru2 nie je kene buang)

kes khir toyol tak yah cte la..
saudara pergi semak balek kes pending kat mahakamah pasal kes khir toyol bape banyak..
nak dkat 20 kes rasuah taw..
kalo tak sangkut jugak satu tak tahu la..kebal gler..mmg gne toyol btol la..

saudara tak cte pulak anak mahmud taib( menteri plg lame dalam dunia)
bina istana 30 juta kat luar negara tue..saudara tahu ke wat2 tak tahu??

kalo saudara nak suro senaraikan sampai pg esok pun tak abis brother..

saudara tahu tak DSAI skang jd penasihat kepada Negara2 arab dalam mengenai hal ehwal kewangan??

saudara tahu ak DSAI jd Penasihat Bank2 di Negara2 ARAB?

saudara tahu ak DSAI jd Penasihat kewangan di HONG KONG??

ade ke najib dijemput bg TALK pasal kewangan??

ade ke dunia pandang kepakaran menteri2 malaysia skang??

seluruh dunia berebut nak gune kepakaran dier tapi hati busuk sesetengah golongan yang berhasad dengki ( SIFAT MELAYU ) di Malaysia nie yang membuat fitnah dan tohmahan kepada DSAI..

saudara tak ingat ke bagaimane ketika DSAI dilepaskan dari penjara..negara arab saudi menanggung pembelanjaan seluruh kos perubatan di sane..ditambah pula dengan negara jerman menawarkan doktor pakar mereka untuk merawat DSAI..

tak terpkir ke kenape seorang bekas banduan boleh dilayan mcm tue??
ketike itu mahathir wat statement mengapa layan seorang bekas banduan mcm tue sekali..katenye la..( Dier jeles la tue negara2 lain tak wat mcm tue kat dier)

selepas itu lg DSAI dilantik jadi pensyarah kat Universti Washington..mengajar ekonomi..
dpanggil pula menjadi pensyarah sementara kat Universiti Oxford dalam bidang kewangan dunia..

bagi TALK kat pelabur2 ASIA di singapura mengenai kewangan..
saudara tahu ak??
ke wat2 tak tahu..

cube la pkir ckit kan..
kenape dunia begitu perlukan nasihat DSAI...

NAJIB ade ke org suroh bg talk kewangan?? (takde org nak dgr kot)

menteri2 skang ade kew negara2 luar pggl bg pandangan or talk ekonomi??( Sape pun tak layak )

tak terpkir ke semua tue saudara??

Tanpa Nama berkata...

KEPADA TANPA NAMA,

INI NASIHAT AKU KALU NAK BAGI PENDAPAT BIARLAH BERFAKTA TERUTAMANYA KALAU TUAN PUNYA BLOG DAH BAGI SENARAI RUJUKAN DARI BUKU DAN AKHBAR.
KALAU KAU ADA BUKTI NAK KIPAS ANWAR APASAL KAU TAK BAGI SUMBER KAU SEBALIKNYA HANYA BERDASARKAN PANDANGAN SEMATA-MATA.
TAHUKAH KAU BERKENAAN BUKU YANG DI TULIS LUTFI OTHMAN PADA 1993 ITU?MUNGKINKAH KAU PATUT TANYA DIA DAHULU YANG MENULIS BUKU MEMO UNTUK BAKAL PM..PERNAHKAH KAU BACA BUKU INI DAN BEBERAPA BUKU LAIN YANG DITULIS OLEH PENULIS DARI PEMBANGKANG DAHULU BERKENAAN DENGAN ANWAR?
TIDAKKAH KAU BACA BETAPA GAGALNYA ANWAR KETIKA MENJADI MENTERI KEWANGAN DAHULU, PERNAHKAH KAU MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKENAAN PERLAKUAN ANWAR YANG MELAKUKAN RASUAH UNTUK MENJADI TPM DENGAN MELIBATKAN PEMBELIAAN SAHAM BERKAITAN PETRONAS?
PERNAHKAH KAU BERTANYA KEPADA LIM KIT SIANG APAKAH YANG TELAH DIKATAKANNYA TERHADAP ANWAR BERKENAAN KEGAGALAN BELIAU MEMBERI JAWAPAN DALAM SESI DEWAN RAKYAT BERKENAAN KERUGIAN DALAM PELABURAN BNM?
SEMUA INI HANYA SEBAHAGIAN DARI PERKARA YANG DIBANGKITKAN BERKENAAN ANWAR SENDIRI YANG LANGSUNG TIDAK PUNYAI KAITAN LANGSUNG DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN.
AKU NAK TANYA ILMU PENGETAHUAN APA YANG KAU ADA UNTUK MEMBELA ANWAR!!!PERNAHKAH KAU TANYA MAT SABU MENGAPA DIA MENGGELAR ANWAR SEBAGAI AL-JUBURI?KAU HARUS FAHAM BILA SESIAPA SAHAJA MENYERTAI PAKATAN PEMBANGKANG DOSANYA AKAN DIHAPUS OLEH ULAMA ALIM MEREKA SEHINGGAKLAN BETAPA BANYAK KESALAHAN YANG DILAKUKAN AKAN DITUTUP RAPI, TETAPI KALAU KAU BENAR-BENAR NAK TAHU BERKENAAN ANWAR LEBIH BAIK KAU CARI MAKLUMAT SENDIRI, BUKAN DARI MULUT PEMBANGKANG DAN ULAMAK PEMBANGKANG KAU.MEMANG BUKAN SENANG NAK CARIK TAPI BUATLAH PEMBACAAN DAHULU SEBELUM MEMBERI PANDANGAN

ONE berkata...

salam anon 2:10,

ni masalah bila anon x baca komen orang betol-betol..saudara ingat saya main suka ati je kew tulis benda kat atas tue..lihatlah pada komen saudara ini

'saudara jangan main sebut je kan..berkata dengan fakta bukan ckp semberono ye...'

ni cerita ape nie???x baca ke komen saya sebelum memberi contoh dari buku Pemuda PAS tue????

lepas tue saudara nk bangkitkan pasal Anwar jadi penasihat kewangan..saudara tau x sape rekomen anwar kat dunia arab???pasal kat negara barat dengan singapura tu toksah cite lar..x kan buat2 x tau hubungan anwar-wolfowitz-shahariza???ke memang x tahu sebab da kena tutup rapi bak kata anon 10.09 oleh orang dalam pembangkang..

lagi satu satu saudara nk pertikaikan berkenaan ini

" Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian. "

ha tulah ni mesti tak tau sape karang buku yang amek quotation nie wkt nak kutuk anwar..ha pi tanya kat pengarang harakah tu..ni semua keje dia..kalo x pcaye gak patutnya, salah harakah n d gang la..

eh kejap saudara kenal x sape Lutfi Othman nie????????

lepas tue macam biasa la main sedap-sedap je tulis komen mmg ntah ape2 la anon nie..pasal taib mahmud tu pulak saudara pegi la cek sudah lah dia tu kaya gaban sejak dahulu lagi.. anak dia pulak kawen sape???tu pasal ada rumah mewah tp c anwar saudara tu mana de duit tapi rumah dia bnilai rm7 juta..ha nk tanya kew dr mana dapat duit..pegi tanya ezam dengan lokman..anwar pegi jumpa soros buat ape????last time anwar masok pentagon(tmpt CIA) wat pe..

tu la saudara pcaya sgt..pegi baca baek2 baek ape harakah n utusan n akhbar tabloid 'bebas' penah tulis pasal dia..suara keadilan campak dalam tong sampah pon tak pe manjang kipas anwar je..

at least kalo kjaan salah utusan tulis la jugak, utk jaga PAS harakah tulis jugak benda bfaedah utk pas..siasah tulis jugak kes fairus tu, berita harian pon lbey bermaklumat..malaysia kini bila da salah tulis pasal kemenangan khairy jamaludin dalam pilihanraya lepas dia mintak maaf, tv 3 wkt BN menang besar dulu dia la bukan maen dedahkan masalah dalam pentadbiran kjaan..bila media prima ambil alih ntv7, berita dia pun da cukup bebas x macam dulu..selepas beberapa akhbar mandarin diambil alih orang bpengaruh dalam politik mca, semua kahbar mandarin telah dibebaskan dan sehingga dituduh seseorang menjadi penyebab orang bukan melayu x sokong BN..tp sedara x amek peduli semua ini bila bagi keratan dalam harakah dan tulisan buku pembangkang terus bantai komen..

saya yang saudara pernah hina dalam komen-komen sebelum ni pun buat pembacaan dahulu,benar mungkin saudara terlalu bijak tetapi sekurang-kurangnya saya yakin post komen saudara terlalu amat mentah..orang yang matang akan berkata berhadapan hujahnya bukan main taram jer..saya pernah berhujah dengan seorang pensyarah dalam laman siber, dia memang punyai bukti kukuh akan rasuah keatas pembesar kjaan tetapi ironinya dia pon no satu amek rasuah dari perasuah tadi..sekurang-kurangnya saya tahu bukti dia, sekurang-kurangnya kami berhujah atas fokus sama bukan dari apa orang cakap pun bukan dari salah tafsiran @ saja2 salah faham sebab memang x de benda baik nak ditulis..

saya telah buktikan dalam hujah yang sebelum-sebelum ini betapa saudara telah menyalahertikan saya tetapi apakah tindak balas saudara??x mengapalah saya mendoakan kerahmatan keatas kita semua, semoga Malaysia terus di berkati Allah S.W.T

salam..

ONE berkata...

salam anon 10.09,

terima kasih kerana sudi berkunjung..
salam perkenalan..

Tanpa Nama berkata...

kepada ANON 10.09..

Hang marah btol ye kat anon2 lain dalam comment2 sebelum nie...

nape tak dapat jawatan dalam UMNO ka?
atau kalah pusingan awal?

hang cibuk cter pasal sorang ANWAR tue je..dier la paling banyak salah dier la paling bapak rasuah..

hang jadi buta ka sampai pemimpin UMNO puluhan menteri dorunk dok rasuah wat2 tak nampak ka?
hang lg kwat kipas nampak..
yang sorang beriya benar hentam yang berpuluh2 rasuah tue wat2 buta ka?

sorang2 menteri rumah puluh2 juta tue apa?

pi la usha umah khir toyo baru tue.

pi la usha umah nazri yang baru tue.

pi la usha umah rafidah bape banyak dier ade..

pi la usha sami vellu umah dier bape banyak ade..australia dah 2 dah..

pi la usha rumah mahmud taib satu2 rumah bape juta satu umah..bape banyak tak yah ckp la..

hang cbok dok kalut kat srg..(ANWAR)

yang bapak2 perasuah dalam UMNO nie mcm mane??

hari2 kuar rasuah..kalo rasuah je mesti UMNO..tak menteri peyokong dier..same la tue perasuah jupe perasuah..

bukan la nak backup sgt ANWAR tapi jgn la taksub sgt kn hentam dier kang mkn diri belek sendiri susah..gopoh semacam nie apasal?

terlepas jawatan dalam UMNO ka?

tak tahu la kan..

cbok cte 1o tahun dulu 20 tahun dulu..yang skang punye rasuah wat2 tak nampak ka?

ini la perangai penyokong UMNO yang takssub sgt..ketua pemuda(rasuah) pun diangkat..
ah mampuih tak lame la tue..
tgk kat badan kite lu sebelum nak ckp org ye..

sdarla wey..

salam dari perak..

Tanpa Nama berkata...

kepada penulis blog nie..

first) orang tak tulis hang brdebat
dgn sape kew tak perlu nak
tunjuk yang hang nie berilmu
sgt kan.itu name angkat diri
sendiri..sori..

kedua) nak kate hang nie banyak
sgt fakta takdela mane pun
fakta sepuluh tahun punye
dua puluh tahun punye
nape skang ANWAR takde wat
salah ye? pi ungkit cte yang
tah btol ke tak..kalo la
btol pi la dakwa dier..
bawak ke mahkamah..
ini syok sendiri namenye..

ketiga) hang pi belajar pasal
gerakan FREEMASON dulu k..
sape yang anggotainye
kat malaysia..tahu ak
ape FREEMASON?
kaji ape objektif gerakan
tue..sibuk ckp ANWAR yahudi
kan..hang bace kaji gerakan
nie tahu la sape yang
pencacai yahudi sbnarnye..
pastu kaji balek mahathir
berguru dengan sape kat US
selama 6 bulan belajar kat
sane dulu..kalo hang ingat
sejarah la..sape name guru
dier tue..hang tahu la
sape yang taik yahudi
sbnarnye..

aku bukan taksub sgt dgn ANWAR tapi pencacai2 UMNO nie yang Over2 hentam dier tanpe sedari pemimpin dier pun tali barut dgn yahudi..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada saudara anon dari perak..

walaupun saye saling tidak mengenali
saudara, saya harap kite same2 berkata pada jalan yang benar kepada orang2 yang angkuh dan sombonk nie..

saye sgt menyokong comment saudara yang mengatakan secara ringkas jgn la pandang pada srg ( ANWAR ) dan wat2 buta dan tak nampak pada bapak2 perasuah dan penkhianat negara yang lain..

saya pun tidak beberapa faham ble penulis blog begitu taksub menghentam pada sorang( ANWAR )
tapi pandai pulak dier cover2 bapak2 pengaut hasil negara nie..
kaya dari dulu la kate dier..
khir toyol tak reply..
dah cek belum kes khir toyol bape banyak yang pending skang??

muhammad taib ( MIKE TYSON )
tak jawab pulak bawak puluhan juta kat Australia tue ape cte??

skang nampak dah penulis blog nie
pandai mengata orang.. dier yang lebih2.. tapi makan diri balik..

kepada anon dari perak saya anon dari negeri jiran saudara..(KEDAH)

saya mengharapkan kepada saudara2 anon(PR) yang lain sila nyatakan negeri anda amat dihargai..

Tanpa Nama berkata...

salam..sori menyibuk jap..

pasal timbul gerakan FREEMASON nie
saya tertarik nak bg pandangan..
sori taw pada penulis blog dan sape2 jela.

FREEMASON nie gerakan yahudi sedunia dan skang yang sdang kontrol PBB dan boleh dikatekan seluruh negara ahli2 dier pgg negara melalui sebagai pemerintah negara la..hampir semua negara kat dunia nie dikawal oleh ahli2 FREEMASON sebagai pemerintah negara la..

FREEMASON kat malaysia dulu ade beberapa menteri dan ahli2 dari kerajaan ( UMNO )menganggotainye..
mahmud taib,mustapha(menteri sabah dulu) pastu mahathir..dier dulu berguru dgn pengasas FREEMASON kat US...

lgsatu FREEMASON nie OBJEKTIF utama dier adalah menerapkan semangat kebangsaan dan bangsa..
kebanyakan pemerintah yang kwat semangat kepada bangsa dan kebangsaan selalunye hampir kesemuanye adalah ahli gerakan FREEMASON..

saya takot dgn perjuangan parti yang kwat dengan bangsa nie..
takot sudah diserapkan dengan semangat FREEMASON nie..bukti ade pemimpin2 dorunk msok FREEMASON..

neway sory tak nak ganggu dah..
salam..

ONE berkata...

salam anon2 dr bangladesh, pakistan, nepal dan lain2..

mentang-mentang lar buku freemasonry tulis pasal pengikut freemason kat malaysia dr golongan elitis terus bantai umno la pulak..
bole nyatakan bukti kononya tun mahathir ikut ajaran freemason???

lps tue apsal cakap saya angkat diri sendiri...bole story sket???nak kata gerakan kebangsaan tu freemason ke..saya nak tanya bai ah dalam islam tu ape???hmm saya telahpun mendapat sedikit input bkenaan freemason nie, menurut sumber yang saya dapat pergerakan freemason nie adalah pergerakan yang cukup berahsia sebagaimana yang didedahkan majalah mastika beberapa tahun lalu yang gagal utk mendapatkan maklumat berkenaan menteri dan beberapa orang kenamaan lain yang turut terlibat..jadi bole saya tau macamana saudara boleh tau sgt nie..saudara pengikut freemason kew???ptut la tau sangat..ni saya nak telepon polis nie..tlg sertakan no telepon bagi komen selepas ini yer disamping alamat masing2..

lps tue nak tanya pasal kekayaan menteri kat malaysia kew??apsal x tanya gaji d orang berapa???wkt anwar jd TPM sploh tahun lepas pun gaji dia da berbatak banyak nyer, nak tau pasal saham dia dalam petronas sblm jd TPM???kaitan dia dengan PNB sampai bole proposed khalid ibrahim utk dapatkan saham dalam PNB..!!!

tu la manjang nak kata kjaan BN nie teruk sangat cuba saudara lihat dalam PR sendiri, sebok hal orang, jaga la tepi kain sendiri..kalo husam menang timb presiden saya ucap taniah la sebab saya kompom isi borang masok umno(agak nye la)

sekian..

Tanpa Nama berkata...

" mentang-mentang lar buku freemasonry tulis pasal pengikut freemason kat malaysia dr golongan elitis terus bantai umno la pulak..
bole nyatakan bukti kononya tun mahathir ikut ajaran freemason??? "

lor emo pulak saudara nie..
sape kate pengikut2 FREEMASON dari golongan elite??? takde sape ckp pun.. saye tgk comment anon 02:26
takde tulis pun mcm tue..

Yg dier tulis " mahmud taib,mustapha(menteri sabah dulu) pastu mahathir. " ( UMNO la tue kan)

sayang btol hang kat mahathir pengkhianat agama tue ye..
takpe2 backup lg..besh layan saudara nie..
saudara pergi kedai MPH or POPULAR kat mane2 la..dan member saye kate kat KINOKINUYA KLCC pun ade pergi bahagian POLITICS pastu carik buku " MALAYSIA JEWS "
PAGE 146-148 tak salah saye la coz saye tak bape ingat sbb saye tak ingin beli buku ade name mahathir dan orang2 umno nie( dahla pencacai yahudi)

ade senarai2 name majlis tertinggi FREEMASON kat MALAYSIA beserta dgn jawatan dalam politik, kerajaan mahupun swasta..
dier ade 20 top ahli majlis tertinggi 14 daripadanya orang umno termasok la mahathir sebagai perdana menteri jawatan ketika itu dan PRESIDEN UMNO..MUSTAPHA, MAHMUD taib pastu banyak lg la( akan nak ingat semua kot) nak pi cari la...

mahathir berguru enam bulan dengan pengasas pertama FREEMASON kat US...dalam buku tue tulis siap detail dengan tarikh masa bila dan tempat kat ane..

btol la ape yg anon 02:26 katekan tue " mahathir..dier dulu berguru dgn pengasas FREEMASON kat US... "



" menurut sumber yang saya dapat pergerakan freemason nie adalah pergerakan yang cukup berahsia sebagaimana yang didedahkan majalah mastika beberapa tahun lalu yang gagal utk mendapatkan maklumat berkenaan menteri dan beberapa orang kenamaan lain yang turut terlibat.. "

mastika jugak sumber rujukan dier..
heheheh..utusan lg? TV3 kan??
rakyat malaysia dah tak caye dah media pencacai UMNO nie..

orang mencari fakta bukan bersumberkan media pencacai UMNO tue..melalui pembacaan buku la...kumpulkan banyak maklumat dari pelbagai buku dan wat perbandingan la dan terjemahkan la..makneye kene berfikir..
bkan tiru bulat2 ayat media pencacai UMNO tue..

paper utusan " tidak bubar parlimen " tag dier..
tapi esok pak tido tue bubarkan parlimen..
( hahahahahah ) joke of the year..


" lps tue nak tanya pasal kekayaan menteri kat malaysia kew??apsal x tanya gaji d orang berapa???wkt anwar jd TPM sploh tahun lepas pun gaji dia da berbatak banyak nyer, nak tau pasal saham dia dalam petronas sblm jd TPM???kaitan dia dengan PNB sampai bole proposed khalid ibrahim utk dapatkan saham dalam PNB..!!! "

orang tak timbulkan persoalan gaji la..cube bwk bertenang bace elok2 comment anon2 tue..anon2 tue timbulkan persoalan rasuah..salah guna kuasa...mengaut keuntungan negara..itu persoalan dier..

kalo ade pgg saham terbesar dalam TOTO perjudian mcm mane pulak eh????

ADNAN MANSOR!!! dier tak layak dipanggil tengku sbb dier tambah sendiri tengku dalam sijil beranak dier atas sbb ngaku kerabat melaka..original surat beranak dier ADNAN MANSOR JE!! bapak dier tak tahu ke keturunan dier kerabat diraja sampai ltak ADNAN MANSOR je..???( tak malu btol ) gila PANGKAT!!!

pergi la cek saham dier dalam JUDI TOTO bape banyak dier pgg..bape banyak dier share dgn VINCENT TAN judi kat genting....
SETIAUSAHA AGONG UMNO KAN??( sampai skang tue najis pun simpan dier ye dah same2 tak nak ikot agame kn )
hahahahah lingkup la...


SORANG2 MENTERI UMNO TERANGKAT YE??
kalo menteri2 umno nak ckp pasal moral,jujur,amanah tak payah la..
shame on u la...

banyak lagi nak kuar fakta nie..
masih ramai lg menteri2 tak TERANGKAT lg dalam comment2 saye..
kene hidung sendiri balik kan..


" saya kompom isi borang masok umno(agak nye la) "

msok la saudara...takde sape nak halang pun..naik la kapal yang nak karam tue..lg cpat tenggelam lg cpat pupus UMNO dan penyokong2 dier..

ONE berkata...

salam..

oleh sebab kali ni comment sdare cuma pandangan macam saya jugak jadi saya pon x bminat nak ptikai..

cuma kalo boleh jgn lah kjap dr perak la kjap dr kedah lar lps tu tiba2 nk ptahan diri sendiri tp jd anon lain...

nak tau mcm mana sy tau..ha beberapa orang anon memang da sal traffic tenet dr area PJ, macamana pulak bole tuka2 negeri nie???ate x kuasa nk jawab..

owh rupanya ada dalam buku jews yer???mintak maaf lar saya rujuk dari buku freemasonry sebenarnya..nanti bila bkesempatan saya akan belek2 buku sdare cakap tue..sebelum saya pasti mungkin elok saya x komen terlalu banyak..

kemudiannya berkenaan vincent tan toke toto tue..emh betol la rasanya akhirnya akan terkena pada batang idung sendiri sebagaimana disebut saidina ali karamullah hi wajhah..hmm kalo sdare tanya pasal hubungan dengan vincent tan, rasanya saudara juga patut tahu pada asalnya dahulu vincent tan, tun mahathir,d anwar ibrahim memang punyai hubungan yang cukup rapat..mungkin saudara juga mahu bertanya siapakah yang berurusan dengan vincent berkaitan pelesenan sport toto nya itu..emm sape menteri kewangan ye..mungkin saudara juga patut tahu apa hubungan antara anwar ibrahim dan tauke genting lim goh tong dahulu sebagaimana dilapor dalam akhbar harakah jumaat, 14 sept 1990..(ya saya akui saya lebih meyakini utusan n d gang walau betapa ia diserang PR sekalipun..tapi seingat saya saya da berusaha utk menggunakan artikel dr lidah pembangkang sebagai jawapan komen..)sila kan lah jika x nak percaya juga..saya faham

berkenaan tengku adnan saya x de maklumat dan sekiranya komen sdare semata-mata mahu memalukannya saya perlu membuat penelaahan sendiri dahulu..

berkenaan masuk umno seingat saya tulisan adalah merujuk pada muktamar PAS tapi suka hatilah kalau saudara rasa kapal umno akan karam, masih tidak mustahi utk saya menaikinya..bukan kerana saya tetapi kerana mereka yang berada di dalamnya..kehidupan penumpang kapal ini juga bagaikan sebahagian dari hidup saya, jika takdir menentukan ia bakal karam dan tenggelam sebagaimana telahan beberapa sahabat baik saya, maka ini janji saya, saya akan berada dalam kapal tersebut....

ONE berkata...

salam,

la nak sindir blog plak..ske ati la..yang saya dapat detect ada tiga orang anon jer..seorang yang suka main tuka2 negeri, sorang lagi yang tulis pasal perak tapi x penah pon saya ulas benda yang ditulis sebab sy x bape paham komen..yang dr shah alam dan PJ nie rasanya anon yang sama jer(instinct)..

owh saudara ada tulis menteri pdagangan yer..emh
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...

errrr errrrr...menteri pdagangan!!!
............................
.............................
emh
......................hahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
x nak layan la komen nie...merepek betol..rasanya menurut telahan saya kalo diikutkan pada jawapan sdare mst saudara tidak jelas berkenaan hubungan anwar-tun mahathir-vincent lebih dari itu rasanya saudara juga tentu tidak berapa mengetahui asal dan sebab hubungan baik antara anwar dan nalla karupan(dulu la)..hubungan mereka lbey kurang cam nie ler anwar-nalla-vincent(hmmm nape nala ditengah yer)hehe teringat plak komen sdre pasal menteri pdagangan..
hahahahahahahahahahahahahahaha..

hmm pasal 80 juta yer...ish komen saya pasal rugi 10 bilion tue smua sdare da bakulsampahkan kew..tok sah tanya mahathir lew..siap bagi kenyataan lim kit siang, tengku razaleigh(S46),Othman lutfi(pengarang harakah),shabery(S46),DR JOMO(penganalisis ekonomi), syed husin ali(PRM) lagi..

emh pasal yang seterusnya nie, saya terpaksa delete komen sdare(maaflah, bukan sengaja tapi semua tulisan berkenaan rahim adalah saya baca dr buku pro pembangkang, tapi dakwaan tue cukup besar, bagi mengelakkan masalah maklumat saya ingin meminta maaf kerana terpaksa delete komen sdare sebelum ini)maaf sangat!!!!

pun begitu saya tetap berasa terpanggil utk melayan komen sdare..saya berasa amat tidak adil utk memberi komen d pihak noryati(yang dikatakan mangsa itu-kalau x silap la)pun begitu elok jika sedara memahami, maklumat yang didapati sdare amatlah terbatas, sebagai contoh pernahkah sdare terlebih dahulu mendapatkan maklumat berkenaan sebab DAP menggugurkan dakwaan terhadap Rahim???ini adalah perkara penting yang menjadi persoalan akan ketulusan DAP dalam isu ini...namun pada saya yang salah tu tetap salah jadi saya pun x berminat nak tulis banyak..

saudara benar2 merasakan YB lim itu sebagai 'clean politician'???terpulanglah..
teruskan kan lah usaha sdare utk menelanjangkan sesiapa..
saya akan berusaha memberi komen balas tapi jika komen seperti sebelumnya berterusan saya ingin meminta maaf terlebih dahulu kerana berkemungkinan terpaksa mendeletenya..

Jgn salah faham kerana saya tetap akan memberi pandangan dan fakta balas yang kurang didedahkan di pihak sana..

terima kasih.....

日月神教-任我行 berkata...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner