Khamis, 9 Julai 2009

Edisi Khas : O.N.E forever

Assalamualaikum..

Sebagaimana yang telah saya janjikan sebelum nya, Edisi Khas O.N.E forever kali ini adalah untuk memperjelaskan lagi sedikit sebanyak berkenaan blog ini dengan lebih mendalam. Kira-kira setahun yang lepas saya mula memikirkan kembali bagi merancakkan semula penulisan blog ini kerana telah pun seketika memendamkannya. Ketika melayari internet, pada suatu ketika saya mula menyedari betapa banyak telah munculnya blog-blog tempatan baru terutamanya yang pro kerajaan berlainan sungguh jika hendak dibandingkan dulu(2 tahun sebelum ini) yang mana kebanyakan blog adalah dikendalikan oleh penulis-penulis blog anti Malaysia dan anti kerajaan terutamanya dari Singapura.

Membaca blog-blog tersebut saya mula menjangkakan masih ada lagi walaupun sekelumit harapan bagi kerajaan Barisan Nasional untuk terus mempertahankan kedudukan. Bermula sebagai seorang yang berfahaman bebas yang mendapat banyak input-input politik PAS dari datuk saudara saya, saya juga didedahkan dengan input politik UMNO dari bekas ketua kampung nun jauh di Seremban dahulu. Berdasarkan pengetahuan saya yang tidak seberapa itulah saya mula berdikit-dikit dalam menimba ilmu politik dan mula menyedari betapa sebenarnya realiti dalam wacana kehidupan adalah jauh berbeda berbanding apa yang kelihatan. Ingatlah betapa kita tidak harus membuat penghakiman berdasarkan pada rupa fizikal semata kerana isinya berkemungkinan amat mengelirukan. Namun begitu saya juga menyedari kadang-kadang dan selalunya berbanding sebaliknya adalah rupa luaran akan mencerminkan secara tidak langsung sebahagian dari sanubari seorang manusia jauh di lubuk hati mereka.

Berdasarkan pengetahuan yang semakin berkembang ini akhirnya saya memberanikan diri untuk menerobos ke ruang siber dan membuat keputusan untuk mempertahankan kerajaan dalam perkara berkaitan perlaksanaan dasar dan tindakan bagi mana yang saya agak tahu. Namun begitu saya cukup sedar pengetahuan dan pengalaman saya masih terlalu cetek jika mahu dibandingkan dengan yang lain. Sepanjang menulis blog beberapa purnama ini , saya juga banyak terlibat dalam perdebatan secara siber, menyumbang buah fikiran pada laman web dan blog yang tertentu selain bergaul rapat dengan rakan-rakan di Bloggers Pembela Negara(BPN) dan AIDC. Bagi tujuan input-input perdana saya sering melayari laman web Utusan, Hara*** dan Suara ********. Memahami yang aliran penyebaran maklumat diantara kerajaan dan pembangkang kadangkala agak kontroversi saya juga banyak mendapatkan maklumat dari penulis-penulis blog yang berpandangan bebas.

Saya adalah seorang penuntut ijazah sarjana muda di sebuah universiti swasta di Selangor yang mana sebahagian besar dari pembelajaran saya adalah berkaitan undang-undang meskipun bercampur juga dengan perkara berkaitan perdagangan. Dengan penulisan blog ini saya amat berharap untuk berkongsi pendapat saya terhadap isu-isu semasa samada yang hangat mahupun menjadi kegemaran saya semata, saya juga akur betapa nukilan dan pandangan saya kadangkala tidak menepati citarasa pembaca, pun begitu penghayatan diharap dapat diberikan semasa melakukan penelahan terhadap wacana tersebut yang dikupas dari pelbagai sudut yang tersendiri.

Selepas sekian masa menjayakan blog ini, saya kini lebih bersedia untuk memberikan pandangan pandangan pro Barisan Nasional terutamanya UMNO. Walaupun kini kerajaan Barisan Nasional yang dikepalai UMNO mungkin semakin hilang kekuasaannya namun saya tetap percaya masih lagi ada ruang untuk memperbaiki ia dari dalam tanpa perlu gangguan dari luar. Saya menghargai segala pandangan yang telah diberikan sepanjang mengendalikan blog ini.

Sekian untuk setakat ini..

HIduP uMNo!!

5 comments:

kryptonian child berkata...

salam.....
pekabar bro......
igt aq lgke????
ko wt majoring pe?????
dpt x nk wt e comerce???

suhail shahimi berkata...

berbeda?
Barisan Nasional yang DIKEPALAI??
macam orang indon je penulis ni :P

hujan emas berkata...

Askum.
Tahniah kerana sdr sanggup berjuang untuk Kerajaan semuga kita sama-sama dapat teruskan perjuangan ini demi Bangsa, Agama dan Negar kita. Wasallam.

gotahlantun berkata...

meh kito samo samo mempertahankan dan memperbaiki maruah umno yang dicalar oleh ahli sendiri.

bukak buku baru laa..

selamat hari raya!

udanggalah berkata...

SALAM perjuangan..Kesedaran akan timbul bila kita boleh menilai yang hak dan batil.Sokongan membabi buta tanpa sebarang kajian dengar,lihat dan nilai membuat kita
jadi taksub tak tentu pasal..

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner