Seminggu sudah saya tidak mengemaskini blog ini gara-gara mempunyai sedikit urusan peribadi. Namun pada hari ini saya kembali bagi mengupas semula cerita-cerita indah sepanjang pembentukan perjuangan saya. Pernahkah kita terfikir walau sekalipun ungkapan ini...
Andai ku tahu segalanya berlaku sebegini rupa!
Dahulu rasanya pelik sangat apabila melihat keadaan politik negara yang 'terlalu' stabil sehingga kadang-kadang terasa amat bosan sekali perasaan di hati, namun kini segalanya telah berubah, semua yang pernah saya fikirkan terasa amat jauh sekali berbanding realiti selepas PRU 12..Tiada apa yang menggembirakan sanubari halus dalam diri sebaliknya berasa begitu sedih sekali melihat keadaan politik semasa. Alangkah sakitnya hati kecil melihat segala macam kerosakan dan ketidakstabilan yang berlaku tetapi inilah realiti kehidupan, kadang tenang dan kadang bergelora.
Kini terlalu banyak yang perlu di persalahkan, mudah sahaja untuk kita fahami kerana kebenarannya jika kita tidak menyalahkan orang lain bukankah kita akan di persalah kan? Permainan jenis apakah ini yang sedang menggelumangi kita semua warga pencinta politik! Acap kali saya membaca artikel yang menyalahkan pemimpin negara tidak kiralah yang 'dahulu' itu mahupun yang meng'ganti'kannya kemudian ataupun yang baru-baru ini sahaja. Istilah ketaatan telah hilang dari kita semua, bukan salah mereka saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian. Sebaliknya ini semua dek kerana kaki-kaki fitnah dan jahil yang tidak bertamadun di luar sana.
Salahkah apabila Tun Dr. Mahathir memajukan Malaysia dan menerapkan elemen modenisasi ke dalam negara yang tercinta ini? Menceritakan detik di mana saya membuat keputusan hidup dan sumpah setia perjuangan, pernah sekali saya berada di sebuah bangunan tinggi di kota raya Kuala Lumpur yang mana pemandangannya indah meliputi segenap lapisan panorama pusat bandar yang dihiasi lampu-lampu bergemerlapan di kala waktu malam yang dingin. Terdetik di hati saya betapa banyak nya jiwa-jiwa diluar sana yang rosak akhlaknya, seolah-olah setiap pelosok bandaraya ini ada cacat cela yang tersembunyi meskipun begitu di tutup rapi oleh rupa kosmetik bandar metropolitan..Salahkah Tun M apabila semua ini berlaku? Berdosakah dia menanam impian dan masa depan dalam sanubari setiap insan di selerakkan kota ini? Tidak, tentu sekali tidak, semua ini dan tidak walau satu pun darinya adalah salah beliau, bukankah telah dibinanya platform terbaik bagi kita semua untuk melaksanakan mekanisma pengawalan itu dan salah kah jika Tun M memberi kebebasan untuk kita mencorakkan sendiri asas sebagaimana kertas putih yang telah diusahakannya. Ini semua salah kita sendiri @ sekurang-kurangnya salah saya kerana gagal mempertahankan amanat berharga tersebut, dosa kita kerana tidak berjuang dengan penuh kebenaran demi negara bangsa dan agama ini, malahan salah kita kerana tidak bersama-sama dalam membentuk masa depan mengikut acuan kita sendiri.
Mungkinkah ini semua salah Pak Lah yang gagal mendapatkan sokongan dalam melaksanakan transformasi yang didambakan, meskipun begitu silapkah dia memerintah dengan penuh kelembutan dan ketaqwaan, berdosakah dia apabila memberikan kepercayaan yang keterlaluan kepada rakyat madani untuk memberi penilaian terhadap pemerintahannya sehingga dipijak sementelahan rupa. Apabila pertama kali mencanangkan berkenaan pembersihan rasuah, masihkah kita ingat betapa Pak Lah telah di permainkan dan di sindir oleh pelbagai pihak? Di ikuti pula dengan pembawaan gagasan Islam Hadhari yang juga di iktiraf Syeikhul al Azhar, Syeikh Muhammad Al Tantawi sebagai manhaj ke arah pemahaman islam sebenar, sekali lagi ia dijadikan sebagai bahan gurau senda oleh mereka yang jahil. Apakah jenis rakyat dan manusia yang kita semua telah jadi? Menjalankan tugas tuhan tanpa mendalami tanggungjawab diri dan sewenang-wenangnya mencacai amanat Allah yakni para pemimpin yang telah di pilih? Sejauh mana kah hak kita dalam mentadbir alam semesta yang terbentang luas jika dibandingkan dengan mereka yang terlibat secara langsung dalam tugasan berkaitan. Berjuang dengan penuh kesakitan dan kadangkala terasa bagai keseorangan dalam dunia, adakah sesiapa yang benar-benar peduli akan pengorbanan tersebut.
Andai ku tahu kalau ini semua sebenarnya adalah salah ku sendiri!
Andai ku mampu merubahnya dengan tangan yang ini..
Namun berjayakah perjuangan itu nanti dengan melihat keadaan semasa yang semakin kalut dan huru-hara.
Mungkinkah Datuk Najib merupakan mangsa yang seterusnya permainan kumpulan pengatur dunia itu..
Andai ku tahu sebelum segalanya terlambat..
Semoga Allah akan memberikan bantuan dalam perjuangan suci agenda bangsa. Pertahankanlah islam dan umat bangsaku ini..
Ya Allah selamatkanlah kami semua,
Jika andainya masih ada lagi sebarang kesempatan sebelum saat kejatuhan..
3 comments:
wah seminggu x post terus sunyi jer...
nape delete post comment sblum nie???
SAUDARA janganlah berselindung disebalik kelemahan saudara sendiri..
saudara menunjukkan saudara sudah mengaku kelemahan saudara kerana gagal memperjelaskan pesoalan2 saya
yang dipostkan..
salam kalah kepada saudara..
salam anon,
utk pengetahuan saudara jika saya sengaja tanpa sebab delete post saudara maka semua post saudara telah saya delete..
komen sdare dlm post yg terkehadapan lbey kurang sama..
x perlu la komen benda sama dlm dua post..
Catat Ulasan