Tepat pada jam 10.05 pagi jumaat yang lepas, maka terciptalah sebuah lagi sejarah baru dan penting di Malaysia. Lafaz sumpah Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi memartabatkan nya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Di sebalik mendung siang yang selama ini menyelubungi Kerajaan Barisan Nasional pada seketika yang lalu, kini persoalan yang lain timbul samada mampukah beliau membawa sinar baru sekaligus merealisasikan harapan menggunung yang disandarkan kepada beliau oleh serata rakyat jelata atau sekurang-kurangnya mengembalikan kepercayaan ahli BN sebermulanya pentadbiran beliau ini. 2 bukit satu empangan bakal menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kenaikan pangkat beliau dan jika masih belum cukup lagi, kabinet baru yang dijangka di bentuk pada hari rabu ini yakni sehari selepas keputusan 3 keputusan PRK bakal dinilai sewajarnya.
Ujian Datuk Seri Perdana Menteri yang baru bukan nya sedikit, saya mungkin tidak cukup layak untuk mengklasifikasikan tahap kesukarannya namun saya tetap percaya tahun pemerintahan PM yang ke 6 beberapa ketika ini bakal mendapat penghakiman yang cukup kasar dan jika ia tidak cukup positif maka BN akan ditarik jatuh pada PRU yang seterusnya. Ucapan sulung Datuk Seri Najib pada malam tadi cukup memberikan kejutan, namun cukupkah sekadar itu??? Aura sebegini jarang sekali dapat bertahan lama jika tidak berterusan mendapat suntikan. Oleh itu tidak boleh tidak, segala perjalanan pentadbiran perlulah di pastikan dapat di gerakkan sesempurna mungkin, tiupan amaran telahpun di berikan, MCA telahpun memulakan tuntutannya di kala parti masih lagi belum cukup bersedia bagi mempertahan kan kedudukan seadanya. Penyelesaian perlulah segera di dapat kan supaya ia tidak akan merosakkan pakatan murni yang telah sekian lama bertahan atas pengorbanan darah dan keringat semua bangsa terutamanya bangsa melayu.
Andainya tiada penyelesaian konkrit di capai maka rakyat akan terus berhadapan dengan ketidakstabilan yang dialami pada ketika ini, di sebalik keadaan ekonomi dunia yang terus tidak keruan, harga minyak pula kembali melonjak di pasaran antarabangsa, malahan FDI dari luar negara pula semakin berkurangan ditambah pula dengan kejatuhan rizab antarabangsa negara. Bukan ini sahaja pelbagai masalah akan melanda lagi selepas ini dan jika kerajaan dan rakyat tidak cukup gagah untuk menghadapinya, berkecewalah kita semua di kemudian hari kerana kegagalan pada hari ini akan menyebabkan kerosakan dan kecacatan pada persekitaran generasi pada masa hadapan. Teruskan lah perjuangan dengan cekal dan tabah serta jangan sesekali mengalah dalam perjuangan negara bangsa ini.
Dan kepada Pak Lah yang dikasihi, jasamu tetap dikenang walau hanya kegagalan yang dicanangkan selama pentadbiran Tun, saya begitu berterima kasih atas segala yang telah dilakukan, bukan mudah jika hidup sentiasa dirundungi kesedihan, Pak Lah telah kehilangan ibu,adik ipar dan kemudiannya isteri yang tercinta sepanjang tahun awal pemerintahan dan kini pangkat juga tuhan telah bawa pergi, x mengapalah Pak Lah kini segalanya lebih mudah maka hiduplah dengan penuh kebahagiaan bersama isteri, anak, menantu dan cucu yang tercinta. Saya percaya Pak Lah tidak bersalah dalam arena ini namun apakan daya dunia politik akhirnya telah menelan segala perjuangan Pak Lah tanpa banyak yang tinggal untuk di perkatakan, budimu akan sentiasa di hatiku dan semoga Allah membalas segala yang telah di bina selama ini oleh Pak Lah yang di kasihi. Malahan Pak Lah lah merupakan satu-satunya PM yang pernah melawat kampung saya, walaupun hujan Pak Lah tetap turun untuk bersalaman dengan orang kampung walaupun akhirnya di takdirkan yang ia jatuh ke tangan PAS namun itu lah ketentuan tuhan yang maha ESA..Terima Kasih Pak Lah
Di Era baru ini adalah amat di dambakan agar negara akan terus di pacu kearah kejayaan yang jauh lebih cemerlamg, gemilang dan terbilang.
Semoga Allah akan terus merahmati Malaysia.
SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.
Allahuakbar..
3 comments:
salam,
Allahu akbar!
semoga Allah memberi rahmat ke atas malaysia dan membimbing Pm baru kita dalam mentadbir negara malaysia dalam keadaan aman dan damai.
dan artikel saudara One ini saya kira sebagai artikel yang penuh ikhlas dan melambangkan sebagai seorang rakyat malaysia islam yang cintakan keamanan serta perpaduan ummmah.
May Allah Bless you bro!
Asslamulalikum anakku,
Alhamdulillah, sama-samalah kita berdoa agar DS Najib akan diberikan kekuatan jasmani dan rohani untuk menjalankan tugas dan amanah yang diserahkan padanya.
Pada kamu, gunakanlah masa muda kamu dengan pengisian waktu kepada perkara-perkara yang berfaedah, banyakkan membaca, pelajari bahasa Inggeris selain dari BM.
Masa berlalu tanpa kita ketahui, tahu tahu Alhamdulillah kita dah pun hidup setengah abad dan kalau waktu lalu di sia siakan menyesal macam mana pun tiada gunanya.
Semoga kamu berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi dan hidup sentiasa dalam Rahmat Allah swt.
salam,
terima kasih aku dan makcik..
insyaallah semoga ia akan menjadi kenyataan..sama-samalah kita doa kan..
aminnn..
Catat Ulasan