Rabu, 8 April 2009

TeoRI ' TinDAk BAlas '

Assalamualaikum,

          Sebagaimana yang telah di ketahui semua, BN KALAH pada malam ini! Kemenangan besar di Sarawak banyak merujuk pada perbezaan keadaan politik di sana sekaligus tidak dapat menyelamatkan hakikat yang BN sememangnya telahpun tewas. Sebenarnya saya telah memikirkan sekurang-kurangnya 7 tajuk lain bagi menghiasi blog saya di kala dingin malam ini yang turut ditemani jutaan kehibaan, namun saya memutuskan tajuk ini lah yang paling sesuai sebagai wadah bagi menyampaikan makna sebenar yang terbuku jauh di dalam hati saya. Teori ini bukan lah apa-apa yang baru tetapi perlu saya ungkapkan kembali di kala kejatuhan teruk BN pada akhir-akhir ini..

          Kebetulan perbincangan dengan rakan 'sekepala saya' sebentar tadi kelihatannya tidak mendapat 'feedback' yang positif berkenaan dengan apa yang saya cuba sampaikan pada tiraian malam ini. Tidak mengapalah, yang penting rasanya jika saya dapat membawakan teori ini dengan baik pada kira saya meskipun kurang di persetujui oleh yang lain terutamanya selepas malam ini. Teori ini saya nukilkan atas kesedaran bahawa kebenaran tidak selalunya datang dalam keadaan @ pun rupa bentuk yang kita kenali mahupun mudah diterima akal, tatkala kekalahan berterusan BN sejak akhir-akhir ini tentu ramai yang menyangkakan yang sudah tiada apa lagi yang tinggal bagi BN @ UMNO selepas ini atau lebih tepat lagi pada Pilihan Raya Umum yang ke 13 nanti.

          Kebanyakan analisis yang saya sempat baca menyerang bertubi-tubi saudara Khairy dan juga Pak Lah, tetapi saya kurang pasti apakah kesannya kepada mereka selepas ini namun tidak mengapalah kerana itu bukan persoalannya yang utama. Pandangan saya, kalangan ini tidak belajar dari peristiwa bilamana hampir runtuhnya PAS pada PRU 11 yang membawa kepada desakan kepada perletakan jawatan terhadap Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sebagai menteri besar, apa yang jelas berlaku mereka segera rapatkan barisan dan 'menghapuskan' suara-suara sumbang dari dalam yang mampu mengganggu gugat parti. Mereka membina imej yang baik dan pada masa yang sama berjaya memburukkan imej UMNO di mata rakyat. Politik berfokus diamalkan dan kawasan 'kuat' Pengkalan Chepa juga terus di pertahan. Dan kemudian apabila tibanya PRU 12 mereka tiba-tiba menang dengan majoriti yang cukup besar(berbeza degan BN yg sudah biasa dengan kemenangan mutlak sekali dalam putaran temph 10 tahun @ 2 pilihanraya).

          Perkara di atas saya bawakan didalam teori tindak balas yang saya kemukakan pada sebelumnya. Pola turun naik sepatutnya pasti berlaku mengikut giliran pada setiap putaran 2 pilihanraya atau dikira secara mudah setiap 8 ke 9 tahun(@ 10 tahun), apabila Pas Kelantan dilanda kejatuhan pada pusingan 'turun'(yang pasti berlaku) mereka telah cukup bersedia untuk menghadapi pola menaik pada pusingan pilihanraya yang berikutnya maka pada pandangan saya ini lah sebabnya mereka tiba-tiba menang besar dalam PRU 12, hatta kemenangan UMNO pada 2 kerusi parlimen juga semata-mata atas faktor pengaruh(bukan lagi atas faktor parti sebagaimana biasa) yang menunjukkan parti sudah sedikit hilang sentuhan apabila berlakunya putaran 'turun' @ jatuh ini tadi. Sebaliknya pusingan menaik ini(terhadap BN) sepatutnya kembali berlaku (sebagaimana pada 10 PRU sebelum ini) pada pilihanraya yang akan datang cuma yang perlu di pastikan sebergaya manakah mampu ia dilakukan nanti??

          Sahabat saya kuat menentang teori tersebut atas alasan pada hari ini ada pemboleh ubah yang telah masuk campur yakni faktor 'anwarisme' berbanding dahulu, media juga menurutnya telah bercambah secara tidak terkawal sehingga membolehkan fitnah terhadap kerajaan berleluasa tanpa sebarang sekatan. Media konvensional(pembela kerajaan) sudah tidak lagi di terima anak muda sedangkan hakikatnya itulah sahaja cara yang ada bagi kerajaan untuk memberi penjelasan pada rakyat, begitu juga blog-blog pro kerajaan yang di caci maki dan lebih teruk lagi sebahagian besar blog-blog ini tidak mempunyai asas yang kuat dan tidak mampu menangkis serangan pembangkang. Kesimpulannya dia merasakan teori tindakbalas ini tidak akan berlaku lagi dan UMNO BN berkemungkinan pasti akan kalah selepas ini.

          Maka ini jawapan saya, faktor 'anwarisme' hanya berlaku kerana simpati, dan pada saya semudah ia datang maka ia juga akan segera pergi, percambahan meendadak media pula seharusnya membawa keuntungan dan kerugian kepada dua-dua belah pihak secara rata jika ia mampu digunakan secara bijak mahupun sebaliknya oleh itu tidak perlu ada sekatan jelas bagi mengawalnya, rakyat juga akan cepat bosan jika sering di sajikan dengan keburukan kerajaan maka akan timbul kesan sebaliknya yang memburukkan pembangkang sendiri. Sebagaimana akhbar dan media lain blog juga tidak akan memberi kesan penuh pada pemikiran rakyat, memang benar ia perlu di kawal tetapi jika isu-isu berkenaan mendapat jawapan sewajarnya dari kerajaan maka sekali lagi ia hanya akan memakan pembangkang semula, bagi memperkuatkan hujah-hujah dikalangan blogger pro kerajaan pula saya percaya kerajaan atau blooggers sendiri boleh menyediakan suatu bank maklumat untuk penjelasan bersama.

           Atas sebab-sebab ini saya yakin putaran menaik akan kembali dan BN mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan diri dan rakyat, dan insyaallah jika kita semua berusaha untuk memperbetulkan keadaan dari sekarang maka hasilnya nanti tentu lebih baik. Satu sandaran mudah dapat saya berikan adalah apabila BN menang besar dalam PRU 11, kejayaan ini berterusan dari satu PRK ke satu PRK yang lain, sebaliknya apa yang berlaku pada PRU 12??Sejurus BN kalah teruk pada PRU 12 BN berterusan kalah dalam setiap PRK yang ditandinginya(kemenangan di Sarawak lain cerita) namun saya percaya sebaliknya akan berlaku pada PRU 13 nanti..Kenapa x pcaya kew???
Ini satu lagi bukti, apabila BN menang besar dalam PRU 11 keadaan di Sarawak sebaliknya berbeza apabila BN kalah banyak kerusi d tangan pembangkang di Sarawak pada pilihanraya selepas PRU 11, di sebalik kekalahan teruk BN di semenanjung pada akhir-akhir ini(natijah daripada kekalahn BN pada PRU 12) kemenangan besar di Batang Ai(jumlah majoriti naik 2 kali ganda) sebentar tadi menunjukkkan perbezaan..Mengapa??? Ini lah yang saya simpulkan sebagai signal pembalikan @ teori tindakbalas yakni perkara yang sebaliknya akan berlaku pada setiap putaran pilihanraya..Jika teori saya benar BN pasti akan mencatatkan peningkatan kemenangan bilangan kerusi pada pilihanraya Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi dan berterusan sehinggalah PRU 13.

Insyaallah,

Sekian,

4 comments:

joegrimjow berkata...

teori ikut logik
ok la 2
semua ley kemuka pendapat
gud2

Z-MAY berkata...

bila dah banyak kemenangan dari sarawak, menteri kabinet dari mereka pun kenalah banyak juga. yang kalah kat semenanjung usah terhegeh-hegeh nak jadi menteri. cermin muka dululah...

MOHD FUAD YAHAYA berkata...

bukan hanya teori tindak balas...

tetapi teori di mana strategi Sdr. Anwar Ibrahim yang ingin melihat BN/UMNO semakin "lembik" dilenyek oleh mereka dengan memastikan setiap tahun akan ada Pilihanraya Kecil tak kiralah di Parlimen atau di DUN untuk memastikan momentum kemenangan mereka kekal sehinggalah PRU13..

Nah inilah apa yang orang kita tidak perasan...strategi ini akan dilihat mampu menggangu gugat kedudukan BN/UMNO dengan menjatuhkan reputasi mereka apabila telah kalah dalam pilihanraya-pilihanraya kecil itu.

Dengan kata lain, dengan isu ini nanti maka secara moralnya penyokong BN/UMNO akan rasa "demotivated + hiba + frust" apabila parti yang disanjung2nya telah kalah..

dari perspektif aku, jika perkara ini berterusan..tidak mustahil BN/UMNO akan jadi pembangkang di dalam Dewan Rakyat...

inilah yang kita kena lihat dan cuba kaji teori dan strategi Sdr. Anwar ni..

Pikirkanlah..apa kesannya!

ONE berkata...

salam,

tq saudara joegrimjow..

nmpknya impian saudara z-may utk tngok ramai menteri/timb menteri dr timur malaysia telah tercapai..

surat yg penuh perasaan WDT09..
tq memasukkan dlm blog saya..

saudara mohd fuad,
saya memahami pandangan saudara dan rasanya datuk najib adalah harapan terakhir utk pertahan kan negara..

insyaallah..
tq smua sekali lagi..

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner