Selasa, 17 Mac 2009

Kerajaan perlu BERSIH

assalamualaikum,

          Pada hari ini beberapa perkara menjadi agak jelas bagi kita semua, beberapa calon dan ahli UMNO telah pun dikenakan tindakan kerana terlibat dengan salah laku politik bagi mendapatkan sokongan menjelangnya pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi, meskipun kesalahan semua yang terlibat ini tidak begitu'detail' dinyatakan akan tetapi rasanya sudah cukuplah apa yang diperjelaskan berkenaan hukuman mereka. Yang paling mengejutkan saya adalah keterlibatan saudara Khairy di dalam permainan ini, rasanya sayang sekali kerana pada saya dia merupakan seorang yang berkebolehan dan mampu mempertahankan parti jika di serang dari pelbagai sudut oleh anasir luar, oleh kerana saya masih agak muda dalam arena ini maka saya amat memerhatikan setiap dari calon-calon ketua pemuda dan dalam keadaan ini rasanya sudah tiada pilihan lain melainkan hanya berharap agar perwakilan memilih calon yang terbaik dan bersih.
          
          Malahan beberapa calon lain yang agak ternama juga telah terlibat sama, meskipun secara langsung mahupun tidak langsung terhadap perlakuan ini..Agak menyedihkan untuk kita semua kerana kerajaan yang di pimpin Barisan Nasional pada hari ini adalah bertulang belakangkan UMNO maka seharusnya ia menunjukkan contoh dan tauladan yang baik terhadap rakyat, tetapi kisah pada hari ini memang cukup mengaibkan dan memalukan sebahagian besar ahli parti dan penyokong UMNO lain yang berada di atas pagar. Andainya masih berterusan dikhuatiri ia akan terus menjadi duri dalam daging bagi parti UMNO dan sekaligus merosakkan imej Barisan Nasional. Perkara ini tentu sekali bakal menjauhkan orang ramai dan pemuda serta pemudi dari kerajaan pemerintah, nescaya kerana nila setitik akan rosaklah susu sebelanga. Maka tohmahan dan fitnahan terhadap kerajaan serta UMNO akan berterusan dan bermaharajalela sehingga mungkin menyebabkan tumbangnya BN suatu hari nanti.

          Masalah paling utama sekarang ini adalah menangani mentaliti sebahagian dari kalangan mereka-mereka yang memang aktif dengan kegiatan kotor ini, masihkah belum terlambat bagi UMNO membersihkan imejnya? Pada pandangan saya selagi UMNO masih lagi merupakan pemimpin bagi kerajaan Barisan Nasional maka segala-galanya masih belum terlambat, namun mampukah Barisan Nasional terus memerintah selepas ini? Bukan mudah mahu melaksanakan nya, apatah lagi masa yang masih berbaki untuk meyakinkan rakyat semakin suntuk pada setiap ketika. Adakah semua pihak cukup bersungguh-sungguh bagi memerangi gejala ini?Teringat saya dahulu ketika Pak Lah melaung-laungkan perkara ini ia hanya di buat bahan ketawa orang UMNO, itu ketika Pak Lah masih mempunyai imej yang cukup dihormati dan memimpin sebuah kerajaan yang amat kuat tetapi kini apabila keadaan sudah amat membimbangkan, mampukah PM yang baru meneruskan agenda pembersihan.

          Oleh itu saya menyeru ahli-ahli UMNO yang baru agar menolak sekeras-kerasnya perlakuan ini dan pada masa yang sama berusaha untuk mempromosi kebersihan dan matlamat parti sebagai agenda utama, marilah kita bersama-sama membawa parti keramat ini kearah sebuah perjuangan yang benar dan di redhai Allah, saya bukanlah seorang yang yakin akan teori sebuah kerajaan perlulah 'oleh rakyat,untuk rakyat dan kepada rakyat', kerana sejujurnya pada saya teori ini(yang dilaung-laungkan pada hari ini) bukan lah sebenar-benarnya sebagaimana yang di anjurkan islam, dan lebih tepat lagi teori ini bukanlah berasas kan kepada pemahaman islam yang sebenarnya. Berjuanglah kita tanpa rasa gentar kerana kita tahu masih ada harapan bagi segalanya (bukan nak promot harapan baru yer) dan bersamalah wahai saudara-saudaraku dalam mempertahan kan agenda negara, bangsa dan agama yang masih lagi belum selesai. Tolak lah politik wang(rasuah politik) demi kesejahteraan negara. 

          Sekadar itu rasanya bagi penganalisaan awal saya berkenaan perkara yang berlaku pada hari ini, pada edisi yang seterusnya saya amat berminat untuk memasukkan ramalan dan tambahan analisa bagi calon-calon UMNO yang saya ikuti. Semoga peristiwa pada hari ini sekurang-kurangnya memberikan pengajaran kepada sebahagian daripada kita. Semoga islam terus megah dibumi Malaysia dan di perjuangkan oleh UMNO dan BN. Marilah bersama kita memberikan ketaatan kepada Ulil Amri...

Salam perjuangan,

Allahualam,

4 comments:

Bro Jinggo berkata...

Salam

Kita semua tahu ada konspirasi politik, sama ada ia datang dari Pembangkang atau pun didalam umno sendiri, Kami team setiakawan bloggers tidak pernah rasa goyah malahan semangat mempertahankan KJ semakin berkobar-kobar...

SAHABAT SETIAKAWAN, KUATKAN SEMANGAT!!! BERJUANGLAH BERSAMA KJ

Perjuangan kita masih belum tamat lagi.

Salam setiakawan
Salam Perjuangan

BJ

Unknown berkata...

KJ ttp salah. tp x diambil tindakan pun. pelik...

dah salah ttp salah.

ade plak salah sikit dan salah bnyk!

Bro Jinggo berkata...

Salam saudara khairul anuar segala penjelasan ada didalam blog saya... sila lawati laman blog saya tq...

Hidup ini adalah perjuangan… Syukur Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang harus YB KJ tempuhi, namun perjuangannya diberkati Allah, Allah memimpin YB KJ untuk memimpin dengan kepimpinan yang diredhai. Justeru, marilah kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada YB KJ menerusi laman web YB KJ http://www.rembau.net.my/

Salam setiakawan

Salam Perjuangan

BJ

ONE berkata...

salam,

terima kasih, tapi rasanya laluan khairy memang agak sukar sekarang,
cuma kalo boleh jangan la dr khir yang jadi kp..parah-parah

O.N.E forever © 2008 Template by:
SkinCorner