Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ini kehangatan pilihan raya seolah-olahnya tidak kan padam dari kehidupan seharian kita. Dimulai dengan PRK Permatang Pauh yang menyaksikan kembalinya DSAI ke dalam kancah politik negara secara rasminya ,berterusan hinggalah ke PRK KT dan kini berkemungkinan pula mendaki ke tiga bukit setelah dua daripadanya sudahpun pasti. Saya tidak pasti kalau ini apa yang tersirat di mahui dalam sanubari setiap dari rakyat malaysia tapi yang pastinya keadaan kelihatan semakin tidak terkawal dan kegelisahan semakin menyelubungi setiap jiwa yang mampu berfikiran waras.
Setahun yang lalu ketika hampir pilihan raya keadaan mulai meriah dan diterima rakyat dengan baik kerana mereka sememangnya amat menantikan hari itu meskipun mengikut perangkaan SPR peratusan keluar mengundi sebenarnya turun manakala undi rosak pula meningkat.Ceramah-ceramah berapi mula di sajikan kepada rakyat, apatah lg tempoh mengundi PRU itu merupakan antara yang paling lama sekali dalam pengamatan sejarah hidup saya.Tidak kira siapa pun yang datang berceramah rakyat akan turun beramai-ramai dalam memeriah kan nya. Di hari-hari terakhir menjelang pilihan raya keadaan semakin meriah apabila ceramah dari pihak pembangkang dan kerajaan saling bersahutan dari satu kawasan terhadap kawasan yang lain.
Teringat saya di kawasan kampung-kampung ada juga penduduk sendiri yang buat ceramah dalam memastikan sentuhan terakhir dapat di berikan sebelum hari mengundi. Keadaan sememangnya amat gamat dan dialukan. Tapi sejurus runtuhnya kerajaan BN di beberapa negeri,kegembiraan ini tidak lagi begitu di rasai. Sambutan kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya membawa kebaikan tidak begitu di rasai lagi. Perbuatan mengkhianati negara menjadi-jadi.DSAI pula tampil dengan idea 16 September nya, saya tidak pasti kalau rakyat begitu gembira dengan rancangan beliau itu.
Mereka yang hampir dengan beliau terus mengeluarkan tarikh baru selepas kegagalan merampas Malaysia pada 16 September tapi yang peliknya bila di tanya pada DSAI dia tidak mengaku pula meskipun mengiyakan yang dia punyai beberapa tarikh lain untuk rancangan nya itu.Kaedah lompat parti di canang sehingga ke seluruh dunia terutamanya media barat dan indonesia.Tertawa kecil saya apabila berbicara dengan seorang pekerja asing berkenaan bagaimana beliau mempermainkan rancangan DSAI yang kempunan untuk menjadi PM itu.
Dalam pada masa yang sama hal khinzir dan keruntuhan moral terus popular untuk dibincangkan.Manakan tidak nya kini keempat-empat negeri paling banyak khinzir telah dikuasai PR iaitu Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor.Tapi bagi PR dan penyokongnya segala yang buruk berkenaan mereka hanyalah mainan media massa yang dituduh pro BN. Sebaliknya ketika dulu apabila media massa ini membongkar kepincangan dalam pentadbiran BN tidak pula penyokong BN kata ia angkara pembangkang. Saya ingat lagi antara negeri bekas pemerintahan BN yang sering mendapat perhatian media dulu iaitu Kedah, Perak dan Selangor. Banyak masalah yang di bongkar tetapi pemimpin yang dulu tetap berusaha untuk memperbetulkannya tetapi sejurus sahaja negeri tersebut dirampas PR segala yang salah bulat-bulat dicampak pada BN. Inilah serba sedikit perangai pemerintah baru yang tidak sedap didengar oleh rata-rata rakyat di bawah ini.
Tidak lama lepas itu rancangan DSAI kelihatan semakin menjadi kenyataan sebagaimana yang dilakukannya ketika menafikan BN untuk mendapatkan 2/3 kerusi di dewan rakyat apabila Adun BOTA isytihar sertai PR. DAP pula yang beria-ia menghentam anwar sejak akhir-akhir ini pada mulanya memberi sokongan penuh kepada permainan lompat parti ini. Sebagai contoh nya di Perak mereka jugalah yang begitu hebat mencanangkan bahawa ada Adun di negeri lain dari BN juga akan turut melompat ke dalam PR. Datuk Nik Aziz Nik Mat di kelantan juga menyatakan sokongan nya.
Tetapi akhirnya PR sendiri yang terkena apabila kehilangan Perak dan turut diancam kehilangan kerusi-kerusi mereka yang lain. Mungkinkah mereka akan menang kali ini dan mampu terus bermegah pada rakyat atau akhirnya PR juga akan tersungkur sebagaimana negeri Perak?
3 comments:
MEMANG PADAN DONGAN PR..!TAPI YANG MENGHERANKAN TUHAN DAH TUNJUK MEREKA MASIH MACAM TU JUGA. MASALAH BETUL.
PEMIMPIN DI NEGARA KITA NIH MEMANG MAHIR DENGAN POLITIK SEHINGGA SEPANJANG MASA, TIDUR,MAKAN,MANDI DAN APA SAJA MESTI BERPOLITIK.
NAK BERBINI PUN MENGUNAKAN KAEDAH POLITIK JUGA.
salam
salam,
timo kaseh sedaro gotah dan wssalam kepada OTAI..
Catat Ulasan